✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Sunday 25 March 2012

SYURGA UNTUK ORANG BERTAUBAT

ABDUR RAHMAN BIN GHANNAM al-Daws mengisahkan bahawa suatu hari Mu'adz bin Jabal Radhiallahu 'Anhu datang kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Setelah mengucapkan salam dia memberitahu: "Wahai Rasulullah, di depan pintu ada seorang pemuda segak sedang menangis seperti hamba sahaya kecil kehilangan emaknya. Dia ingin berjumpa dengan engkau."




"Suruh pemuda itu masuk wahai Mu'adz" kata Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Mu'adz pun membawa pemuda itu masuk menemui Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.


"Apa yang membuatmu menangis wahai pemuda"? tanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.


"Macam mana aku tidak menangis ya Rasulullah, aku telah melakukan dosa besar yang aku rasa tidak mungkin akan diampuni Allah!" jawab pemuda itu.


Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam terus bertanya : "Apakah engkau mempersekutukan-Nya?" tanya Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.


Pemuda itu serta merta menjawab : "Aku berlindung kepada Allah untuk mempersekutukan-Nya dengan apa jua pun" jawabnya.


Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pun bertanya lagi : "Apakah engkau membunuh seseorang yang diharamkan Allah untuk membunuhnya?"


"Tidak ya Rasulullah!"


"Jika begitu Allah akan mengampuni dosa-dosamu meskipun dosamu sebesar gunung yang menjulang di langit" kata Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.


Pemuda itu tiba-tiba menangis kuat sambil berkata : "Dosaku lebih besar daripada gunung itu!"


"Allah akan mengampuni dosa-dosamu meskipun dosamu sebesar tujuh bumi berikut, lautan dan segala yang ada di dalamnya" kata Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sambil tersenyum.


"Namun dosaku lebih besar daripada itu ya Rasulullah!" jawab pemuda itu lagi.


Dengan sabar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : "Allah tetap akan mengampuni dosa-dosamu sebesar langit dan bintang-bintangnya sekali.


Lagi-lagi pemuda itu menjawab : "Dosaku lebih besar daripada itu ya Rasulullah!"


"Wahai pemuda! Apakah dosa-dosamu yang lebih besar ataukah Tuhanmu?" kata Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.


Maka pemuda itu tersungkur di hadapan Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan berkata : "Subhanallah, tidak ada yang lebih besar daripada Tuhanku."


"Kalau begitu, dosa apakah yang telah engkau perbuat?" tanya Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.


Dengan air mata yang berlinangan pemuda itu pun menceritakan :


"Sudah tujuh tahun ini pekerjaanku mencuri kain kafan mayat yang baru dikuburkan, untuk aku jual ke pasar. Pada suatu hari ada seorang gadis Ansar meninggal dunia. Setelah gadis itu dikubur dan ditinggalkan oleh keluarganya, seperti biasa aku pun mendatangi kuburnya untuk mengambil kain kafannya. Aku gali kubur dan aku keluarkan mayatnya, kemudian aku lepaskan kain kafannya daripada tubuhnya. Aku tinggalkan dia dalam keadaan telanjang di kubur, kemudian aku segera pulang membawa kain itu. Setelah aku sampai di rumah aku teringat betapa indahnya tubuh gadis itu, sehingga akhirnya aku tergoda untuk melihatnya kembali. Ketika aku melihat mayat gadis yang telanjang itu aku tidak dapat menguasai diriku sehingga menyetubuhinya. Pada masa itu seolah-olah aku mendengar seseorang mengatakan : "Wahai pemuda, celakalah engkau di hadapan Penghisab di hari kiamat kelak, tempatmu adalah di neraka.........." Aku segera sedar dan merasa takut sekali, bagaimana menurut pendapatmu ya Rasulullah?" tanya pemuda itu mengakhiri kisah perbuatan dosa-dosanya.


Mendengar kisah pemuda itu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sangat terkejut dan berkata : "Pergilah engkau daripada sisiku. Aku takut akan terbakar bersama apimu!"


Pemuda itu pun segera meninggalkan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan dengan wajah yang sangat murung. Dia pergi ke Madinah dan di tempat itu dia menangis selama empat puluh hari empat puluh malam, memohon ampun kepada Allah Rabbul Jalil. "Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan kekhilafanku dan berikanlah wahyu kepada Nabi-Mu. Jika Engkau tidak mengampuniku, maka berilah segera aku seksaan yang menghancurkan di dunia ini, tetapi selamatkanlah aku daripada seksa-Mu di hari kiamat nanti.........!"


Rupa-rupanya taubat pemuda itu diterima Allah 'Azza Wa Jalla. Allah Subhanahu Wa Ta'ala kemudian menurunkan wahyu sepotong ayat kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam : "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa kecuali Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah keampunan daripada Tuhan mereka dan syurga yang ada di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal" (Ali Imran 135-136)


Selepas menerima wahyu itu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersama para sahabat keluar mencari pemuda itu. Ditemuinya pemuda itu berada di antara dua batu besar dalam keadaan lemah dengan mata yang bengkak kerana terlalu banyak menangis. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam mendatangi pemuda itu dan membersihkan debu-debu yang melekat di kepalanya sambil berkata :


"Aku ingin memberi khabar gembira kepadamu bahawa engkau kini telah dibebaskan Allah daripada api neraka".


Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kemudian berpaling kepada para sahabatnya yang menyertai baginda seraya bersabda : "Beginilah hendaknya kalian menyertai dosa-dosa yang kalian perbuat, seperti yang dilakukan pemuda ini".

BERTAUBATLAH WAHAI MANUSIA YANG BERIMAN !

ArinaMilikDia
Comments
2 Comments

2 comments:

  1. salam perkenalan..done follw awak

    ReplyDelete
  2. nice entries ,
    trsentap sebentar ,
    semoge kite amek iktibar dri cite nie ,
    insyaALLAH

    ReplyDelete

Awk tinggalkan lah comment
saia cyg awk kalau awk comment
piece (Yo)~