✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Saturday 27 July 2013

Allah Menutup Aib Orang Yang Menutup Aib Saudaranya

Hadis Allah menutup aib orang yang menutup aib saudaranya :
1. “Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

2. “Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat” (HR. at-Tirmidzi)

3. “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

4. “Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yang lainnya, bila dia melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya” (HR. at-Tirmidzi dan Abu Daud)

5. “Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya.” (HR. al-Bukhari)

6. “Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah s.a.w. menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”

7. Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata, “Ada seorang lelaki yang minum minuman keras (khamr) dibawa di hadapan Nabi s.a.w., maka Baginda bersabda: “Kalian pukullah dia”. Abu Hurairah berkata, “Di antara kami ada yang memukul dengan tangannya, ada yang memukul dengan sandalnya, dan ada yang memukul dengan pakaiannya”. Ketika orang itu akan kembali, sebahagian orang berkata kepadanya. “Mudah-mudahan Allah menghinakanmu”. Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu berkata yang demikian itu, jangan kamu membantu perbuatan syaitan (syaitan sangat suka jika Allah menghinakan hambanya kerana memang itu pekerjaan syaitan)”. (HR. al-Bukhari)

8. “Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (HR. at-Tirmidzi)

9. “Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat.” (HR. al-Bukhari)

10. “Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).

Sunday 14 July 2013

22 tanda hari kiamat semakin hampir

1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

RAMADHAN KARIM
ALLAHU AKRAM
=D

Sunday 7 July 2013

Welcome To Ramadhan





As the candle light flame,

Ur life may always be happiness claim;



As the mountain high,

U move without sigh;

like the white linen flair,
Purity is always an affair;
As sunshine creates morning glory,
fragrance fills years as flory;
with the immaculate eternal smile,
attached to u mile after mile;
All darkness is far away,
As light is on its way;

Wish all of u a very Happy Ramadan




RAMADAN RECIPE

A Glass of Care
A Plate of Love
A Spoon of Peace
A Fork of Truth &
A Bowl of Doa'.

Mix with spices of QURAAN.
Enjoy This Meal.
RAMADAN MUBARAK




Nota Cinta : Selamat Berpuasa kepada semua kawan2 di blog =) jangan nanti curi2 buka periuk ia =) hehe , semoga amalan kita diterima dan diredhai oleh Allah SWT dan berdoalah pada agar diberi syurga kepada kita , walaupun kita tahu amalan yang kita lakukan tak setanding untuk masuk ke syurga tapi percayalah Allah itu Maha pemurah lagi maha penyayang =) assalamualaikum . Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai seorang muslim yang sejati .

Sunday 23 June 2013

Jerebu

Wah ! rasa kekok nak berkata2 ni hahak . lama jugak Arina mendiamkan diri ni , rindu blog macam2 nak cerita ni , meh2 satu2 kita cerita meh ...

Buat pengetahuan semua negara kita digemparkan dengan isu jerebu yang melanda beberapa buah negeri termasuk JOHOR . Jadi , dekat Kota Tinggi ni tak terlepaslah dari jerebu ni . Pada mulanya Arina macam pelik juga kenapa lah bila keluar rumah lain macam langitnya tak seperti sebelum ni ceria je warnanya . Bila dah sampai tempat kerja , merata tempat sibuk cakap jerebu2 , almaklum tak tengok berita ni jawapnya . 

Daerah Muar paling teruk jerebunya cecah 300 lebih , ni muar dalam darurat mencecah 600 , semua sekolah terpaksa ditutup lagi setelah 3 hari diberi cuti . Arina nak keluar rumah pun takut , jerebunya bila pagi tengah hari agak tebal sikit , bila petang di dah berkurangan , kalau nak keluar rumah memasing pakai Mask.


Ini gambar jerebu dari pandangan satelit di tempat Arina . Bila siang gunung ganang semua dah tak nampak senja baru nampak . 

Tak sangkakan lagi berapa minggu je dah nak puasa , wah dah tak sabar ni rasanya . Tapi , Arina macam ada benda lain je yang tak sabar hehe nikan hujung minggu , time nilah dapat cuti kalau tak kerja je kan . Buatlah satu plan untuk keluar pergi Kota jalan2 dengan kengkawan dengan family .

Ah ! sebelum keluar rumah tu pakai dulu macam gambar dekat bawah 

|
V
|
V


Lebih elok pakai purdah nampak cantik sikit , sebenarnya takde mask lain nak pakai sebenarnya dah sampai Kota pergi Farmasi beli mask putih tu , rasanya dalam farmasi tu semua bukan nak beli ubat , just nak beli mask semata2 je tu hahak

First tu jalan2 dengan Umie semua beli baju raya , ah benda tulah yang lebih tak sabar dari puasa ni , hehe macam2 lah shopping lepastu Arina keluar pula dengan kengkawan dekat tempat kerja 


Pergi mana je makan2 jalan2 tawaf satu Kota tu =) hilangkan tension bekerja , tetiba pula rapat dengan akak2 ni semua , tak tahu pula kami ni sekepala , tudung biru tu nama dia Enn sebelahnya Iera . Kat tempat kerja kita orang selalu kena marah sebab " BANYAK CAKAP " ???? ZZZzzzz lain kali sebelum nak masuk kerja sertakan syarat2 , semasa bekerja tidak dibenarkan bercakap .tak relevan betul , kami walaupun banyak cakap tapi tangan berjalan , sampaikan line kiteorang paling cepat buat barang siap kena pindah line lain untuk tolong dorang . Biasalah mungkin ada yang tak puas hati , cemburu dengan kita orang , biasa orang macam tu , semua tu bergantung pada iman masing2 , imam pula bergantung kepada solat masing2 .


Kata akhir <3 mana tempat yang ada jerebu tu ,pakai mask tau jaga kesihatan anda , Bye assalaamualaikum semua , salam syaaban =)

Seronok Kerja

Hi semua =)

Ada tak ni tanya mana Arina pergi ni ? lama tu menghilang ? ishhh2 apa citer an sekarang ? Alhamdulillah Arina masih berpijak dibumi yang nyata dan masih ada untuk menaip blog ni hehe .

Dah dekat sebulan dah Arina kerja , apa rasanya ? Ya Allah , macam2 ujian dah Arina lalui sorang2 . Biasalah setiap manusiakan tidak terlepas dari sebarang namanya ujian ni . Arina sebagai apa ? Engineer ke ? haha tak pasal yang baca ni tercakap " Taikklahh Engineer " hehe biasa2 je orang bawahan je . Macam2 sebenarnya dekat situ ada . Ada department  Assembly lah Machine llah , Arina department Spray . Di bawah Spray pula banyak line . First Masking , unmasking , putty , Polish , spray ,jegging dan macam2 lagi lah . Arina Masking . Ah nama pun masking so , kejenya tampal2 lah .


Barang besi macam ni , lepastu tampal yang mana nak tutup takut nanti masa spray dia terkena bahagian yang tak sepatutnya ke kan .
Lepas 2 minggu 3 minggu Arina kerja dekat situ adalah 2 orang akak ni masuk dekat line Arina , Sepatutnya dekat line tu ada 4 orang je  , bila dorang masuk jadi 6 , umur dorang pun 19 , Arina 18 kiranya paling muda lah . Sejak mereka berdua tu masuk , sejak tulah macam2 Arina lalui . huahuuuuaaaaa ='( banyak sedih . 

Suatu hari tu Arina dengan dorang kena pangil dengan supervisor Myammar lah , siap panggil dekat office bagai , salah apa je ? kak Enn tu dia taknak pergi polish sebab dia tak tahan dengan habuk . Lepastu si Supervisor tu nak marah2 . Ishhh boleh tahan lagi sabarnya   tu . 

Lepastu Arina kena fitnah dengan akak mulut lezer ni , dekat depan orang ramai pula tu . Kena fitnah rapat dengan budak office bangsa Nepal , siap sindir " aku tahu rahsia kau , rahsia sulit kau , kau jangan sampai aku nampak kau pergi hotel bukak tudung " , masa tu malu sangat dah lah depan orang ramai , yang kononnya engineer tu ,siap jeling2 . Sabar jelah . Nasib kerana masih waras dan beriman hanya mendiamkan diri dan masih boleh tersenyum untuk akak mulut manis berkata2 tu .Lagi sekali kalau dia buat takpe boleh tahan lagi , kalau kali ke 3 memang nak bagi didih darah muda kita ni . 

Rasanya moral yang dapat dalam sebulan bekerja ni :

  1. Rasa diri ni macam lelaki pun ada , angkat2 barang berat2 , maknanya takda lah kita nak  mengharapkan namanya lelaki je kalau nak angkat barang2 berat ni :p
  2. Belajar erti cekap , cepat , pantas , kalau dekat mana2 pun kita kena berdikari sendiri , takdelah nanti orang asyik nak kutuk kita je , kita ni lembap. 
  3. Buang sikap lalai , cuai . sentiasa peka dan telita . Tulah yang Arina tengah usahakan , tahu manusia tu tak terlepas dari kelemahan malah yang lemah tulah kita ubah jadi kelebihan.


Walau apapun yang kita kerjakan semuanya berbalik kepada NIAT (Lillahi Taala) . Biarlah orang buat kita jangan kita buat orang , kemungkinan kita adalah orang dia minta tolong bila dalam kesusahan .

Sunday 19 May 2013

KAJIAN SAINTIS: PERASAAN CINTA DARI RENUNGAN

LONDON – Menurut sekumpulan saintis, perasaan cinta akan datang jika seseorang lelaki memandang wanita yang diminatinya selama 8.2 saat, lapor sebuah akhbar semalam.
Sekumpulan penyelidik menyatakan jika seorang lelaki merenung wanita hanya selama empat saat, ia menunjukkan lelaki itu tidak menyukai orang yang direnunginya itu.
Kajian itu dilakukan terhadap 115 pelajar di mana beberapa kamera tersembunyi mengesan pergerakan mereka sewaktu berbual dengan pelakon dan aktres.
Mereka kemudian diminta memberikan penilaian terhadap daya tarikan pasangan masing-masing.
Namun, pelajar wanita lebih berasa bimbang untuk menarik perhatian yang tidak dikehendaki kerana risiko enggan hamil dan menjadi ibu tunggal.
Kajian itu disiarkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior. – Agensi

Monday 13 May 2013

First Day

Hi semua =)

Wah ! lamanya Arina tak update blog ni , rindu meh . rindu . okay dah seminggu dah arina bekerja , so far okay . First day je dah ada kawan yang sama2 masuk . Mula lakan perempuan bila baru kenal mesti ada je nak tanya , nama siapa , duduk mana . Masuk je gate jumpalah seorang akak ni dia pun first day masa tu nama kak ruby , lepas berapa minit datang lagi sorang kak ila namanya dia QA Enginering lepasan U lah , wah bestnya kan . Lepas kenal tu kenal lagi dengan kak Yati , ada lagi sorang dia baru habis belaja kedak Matrik , Arina sorang je paling Youth kat situ lepasan SPM hahakk mesti pelikkan ??

Memasing tanya kenapa tak sambung belaja ? almaklum belum tiba masanya arina nak sambung belajar , Tuhan lebih tahu perjalanan hidup Arina , So kay lah . Banyak sangat pengalaman selama seminggu ni , ramai kawan bak melayu tulen sampai yang celop kahkahahh.

Dekat situ banyak foreign dari Nepal , Vietnam , Philipine , dorang semua baik2 tapi , jangan baik sangat kang ada dia pijak kepala kita , ingat sikit dia tumpang je kat negara kita ni hahahk tak mau cakap lebih2 lah .


Gambar hujung belah kanan tu yang tudung masuk dalam tu Kak Ruby sebelah tu Kak Ila . Gambar bawahnya tu pakai baju hitam Kak Yati sebelahnya tak ingat pula namanya .

Dalam seminggu tu macam2 terjadi malu cik nak cakap Tuhan dengan kak Yati je tahu . Satu haritu nak tamrin asik tak boleh malu cik orang dekat situ tengok je hahak . Baju koyaklah ah macam2 :p

Arina dekat situ masih nak berjinak2 lah speaking bi sebab segelintir foreign kat situ tak paham bahasa melayu . Terasa perubahannya bila cakap mesti ada ma .. ma .. contohnya : wait ahh , i mau pegi toilet , please take over ma , i risau ma ini barang jam . hahak macam tulah ayatnya . 

Next time Arina cerita lagi kay . Dorang semua best sangat macam2 kerenah . Berangan jadi barangan . Okay salam =)

Tuesday 30 April 2013

Lee Jong Hyuk



TAHU TAK !

ARINA MINAT DIA NI !

KAHHHHHH3 !!! :p

* Hanya sekadar minat dan mengharap *
* Bakal suami nanti macam ni *
* Selalu senyum setiap hari *
*& Sentiasa Ikhlas*
*Dengan*
*=D*



Name: 이종혁 / Lee Jong Hyuk (Lee Jong Hyeok)
Profession: Actor
Birthdate: 1974-Jul-31
Birthplace: South Korea
Height: 184cm
Weight: 76kg
Star sign: Leo
Talent agency: SidusHQ
Family: Wife and 2 son

Kalau nak tengok dia , tengok dekat Ntv7 dalam cerita 
A Gentleman's Dignity

Tak Kesah


Setiap orang nak kan keadilan , eh siapa taknak keadilan tu ? 
rugilah siapa yang tak nak tu .
Berbalik kepada kita sendiri lah kenapa orang tak tak berlaku adil dengan kita ? kemungkinan diri kita sendiri pernah tidak berlaku adil terhadap seseorang . 
Tapi , percaya diri sendiri sebab rasanya sifat ketidakadilan tu tak pernah atau jarang dilakukan . So , buat apa nak takut , percaya pada diri sendiri lah . 
Dapat ke tak dapat tu rezeki masing2 , mungkin itu dah takdirnya . 

Eh tak kesah lah .

Yang penting diri kita dilandasan yang betul . Yang buat kerja tak elok semata2 nak pentingkan diri sendiri , suatu hari nanti terima habuannya , kita tak perlu rasa tidak puas hati , biar Tuhan yang balas , anggap je itu satu ujian .
Kalau kita bersikap baik , mesti kita dapat manfaat yang baik . 

Eh tak kesah lah .

Biarlah orang buat kita jangan kita buat orang . Berfikiran terbuka , bila orang meniru gaya kita maknanya kita berjaya menonjolkan diri kita . Buat apa nak tiru2 orang ?
jadi jelah diri sendiri ,
itu lebih baik .
kelebihan dan kekurangan kita , kita terima lah dari situ kita boleh perbaiki diri kita jadi lebih baik =)

Friday 26 April 2013

Pandangan Pertama

Mana office ? saya nak ambil borang ?
??? i'm not understand ..
lah lupa aku kena speak sebab dia ni pendatang asing bangsa naple . laughh
where itu office arr ?? , i want to go to the office ??? aku pun lupa nk speak english macam mana , hentam keromo jelah hahak perkataan tu dah terlintas dalam otak aku . weird ? tak payah sememangnya aku macam ni , haha 
Hoaahhh ! you take this vacancies form , you go inside and see the staf. One more , you need to wear the pass as visitor (nametag)
aku menganjing balik , hoahhhh ? hahak okay2 thanks.#

Isi borang ni ( lega aku penat aku bercakap dengan naple tu tadi , nasib akak kaunter ni orang melayu)
Siap. 
Okay2 apa2 nanti pihak kami akan telefon cik.#

Dalam perjalanan nak balik dia telefon , esok pukul 9.30ada interview ia bawak fotostat ic dan sijil spm , ah lagi satu resume.

Wah ! 1st ni gunakan slip spm yang adalah sikit (style Qila) hahak , kak cik cakap " ah kau bawak slip spm kau yang kebulan tu coz banyak B (dengki) pergi interview tu , ckp gn dy kau nk kerja yang berat2, resume tak payah kau budak mentah lagi " . My sister memang agak lezer dan terlebih adab , it's okay dah biasa.#

Anak jiran yang hantarkan , dengar dia suka Arina siap mintak no bagai ? hahak dekah seh . Dah lah sebaya kak cik , apa2 jelah . I'm still young ( budak mentah ) . Tak terfikir lagi lah pasal semua sekarang fikir kerja je.# 

Duduk kejap eh .

Tetiba ada lelaki masuk dan terus cakap dengan akak tu where ? (orangnya nampak simple je dengan uniform keje.)
give me a few minutes.
Come on.Jom kita pergi ke bilik meeting , mulakan interview . 

What's your name ah ? Suha ? that right ?. 
Yup2 . Nasuha .
Oh ahhh you still young 18 years old , nice2 . 
I could only smile . Nothing to say better i silence .
when you can start working ?
I say anytime of allowed (betul ke aku speak english ni? almaklum 1st time comunicat dgn org macam ni sedikit pengsan*)
You not continue study ?
This year I want to fokus work but next year I can continue .
ahhhh ? (siap buat muka) - dia tak paham.
akak tu pun cakap satu persatu " this year her want to learn work , next year her can study.
Dik comfirm ke tahun depan nak sambung ? bila ?"
Maybe InsyaALLAH awal tahun bulan satu.
The mean her working in six eight month maybe.
Ahhhh .oaky2 I put her Operator Temperary.

If you continue study what course you can take ?
Islamic.
Oh , Misza ? dulu you study course apa ? ( lah boleh cakap melayu cikit2 hehe)
I dulu ambik Chemestri .
Hoahhhh same with me . paling saya suka masuk lab , buat experiment mix colur . Walayehhhh !! =D I like this much .
Serious ! arina terpegun tengok Mr Huang tu . hahak dengan gaya dia , rasanya bukan dalam bilik meeting macam dekat kedai kopi tengah lepak . hahak cute sangat time tu =)

You have VroOmmmm2 !! ? ( i mean Motor?)
Terkejut Arina ingat apa Vrooommmm2 tu . haha arina cakap takde nanti pergi kerja tumpang jiran.

You can start work 2hb and when you start word , you need to learn , affient .....
(kadang2 kita bekerja kadangkalanya ada ceria , muram , nasib takde baik , itu perkara biasa dalam kehidupan , awak kena kuat hadapi semua ni , kena tegur dalam kerja , awak jangan terlalu sentap sangat , anggap je itu perkara biasa) 
dia tatap betul mata Arina ni , panjang berjela dia bagi motivasi kat arina ni , sampaikan arina tertenung mata dia tanpa disedari , seumur hiudp arina tak pernah kalau bercakap dengan orang pandang mata , biasa pandang cara mulut dia bercakap haha . 

Cara dia cakap sweet sangat dahlah comel cute cam Hairul Azreen hahakk. perasaan dah ni*
Ah dia suka senyum cakap Hairul ni , hahak terus Fall in Love <3 hahahk

Thursday 25 April 2013

KehidupaN Baru

Bersama saya Cik Arina B'Inspirasi , Hola dan salam satu malaysia salam sejahtera hehe

Semua orang dok Alhamdulillah dapat sambung belajar , dapat tawaran sini sana , sampaikan pening poning nak piih mana . yang ada dapat masuk form6 aliran sastera sebelum ni aliran sains pasuh dapat tukar , erm baguslah ,pasuh ada yang dapat matrik . Wah bestlah dorang , gud luck tok dorang yang dapat mana2 untuk sambung belajar ni .

Arina ?

senang je jawapannya , Arina tak sambung mana2 pun so , tak payah tanya sambung mana . Dapat form6 tapi takpe lah , cita2 terpendam diutamakan hehe arina nak juga sambung tapi tengoklah bila Tuhan izinkan .

Arina tengok ramai yang tergopoh sangat buat keputusan contohnya dia nak jadi Doktor pasuh dia penik nak apply mana lah2 ikut kawan mohon uitm ambik perladangan lah , mohon ipg nak cikgu lah , padahal dorang tak minat pun dorang fikir jalan senang je . Apalah dorang ni tengoklah diri sendiri apa kelebhan diri kita . kalau dia lebih kearah sains2 ni ah teruskan aja lah jadi doktor .

Yang nak berjayanya kita bukan orang sekeliling . Bila kita dah berjaya yang tumpang gembira siapa ? orang sekeliling kita . Tak ke gitu ?

Cerita pasal diri Arina , Arina dah dapat keje . hohoooo next entri . Selamat malam dengan harapan :

Tonton.Com

BismillahiRahmaniRahim ..

Hey blogger semua . Ish macam lama je tak taip blog ni . almaklum terasa happy je ni . Alhamdulillah Tuhan pinjamkan rasa gembira ni . Ya Allah Ya Allah ... =D

Adalah setengah member dia cakap , dia pening buat account tonton ni , Arina pun terjah lah laman tonton ni , wah ! nampak macam best ada macam2 movie , boleh tengok live kat Tv . Arina pun buatlah account tu , bila first time Arina buat , rasa macam susah , sebab Arina tak check pun dekat email. Beberepa lama tu , Arina buat lagi pakai email yang aktif , sekali boleh bila dah comfirm dekat email , bila nak login asyik ERROR je sebab password dia kena betul2 . 

Contohnya bila kita register , check email comfirm kan , login , username tu letaklah username kita masa register tu then letak password abc123 , done aktif . Bila account dh boleh bukak tukarlah password yang kita selalu pakai , xdelah orang senang nak bukak account kita tu nanti =) 


Best sangat sejak2 setiap hari mesti ada je movie nak tengok lagi2 movie korea , hehe okay sebenarnya lama dah Arina tinggalkan tengok cite2 korea ni , last masa Arina form 1, dulu tak famous sangat korea ni , baru sekarang je . Disebabkan ada movie chinese ni Title dia " LOVE CUTS " kata bestie cite ni best tapi ada sedikit 18sx tapi sedih , boleh leleh air mata ni . Arina gan bestie ni memang memang layan cite korea tapi tak geletis sangatlah gan pelakon2 dy , suka tengok jalan ceritanya.


Perempuan dalam gambar tu ada penyakit kanser payudara , kesianlah dia bekerja sebagai tukang jahit , bila dia sakit semua tugas rumah suami dia buat , anak perempuan dia belaja jahit , anak lelaki dia jaga kedai , kalau tak sebelum ni , suami dia asik nak marah je , suruh isteri berenti keje lah , anak dia yang perempuan tu asik nak suruh dia buat baju kimono , anak lelaki dia suruh ambik gambar suka berahsia jarang nak lepak2 gan dia , bila semua dah tahu penyakit Sissy ni semua belas kasihan . Akhir sekali sissy tu mati . T_T sedih2 . 

Jom tengok kat Tonton.com 

Tuesday 23 April 2013

segmen I LOVE YOU MOM


Dear Ummi ,

Ummi Dikna nak ungkapkan satu perkataan yang sangat berharga bagi Dikna " I LOVE YOU " , terima kasih ummi telah menjaga Dikna 17 tahun nak masuk 18 tahun dah , 4 tahun ummi jaga Dikna tanpa abah . Dikna hargai pengorbanan ummi selama ini . Walaupun Dikna bersahaja suatu hari nanti pasti perngorbananmu terbalas dengan kejayaan anakmu ini . InsyaAllah ummi doakan jelah kehidupan Dikna supaya mendapat keredhaanNya . sayang ummi sampai syurga .
Yang Ikhlas menurunkan air mata
Dikna 

Bagi sesiapa yang nak join segmen ni 
klik banner kay =)

Monday 22 April 2013

RAHSIA HANDSET KETIKA KECEMASAN & CARA2 FORMAT HANDSET


Eh betul ke ni ? Arina tak tahu pula dan arina baru tahu bila terbaca satu page fB ni . 

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -


1.Nombor Kecemasan

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di PAPARAN PENUH di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock).

2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak)

4. Telefon dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.hohoh..padan muka kaw!

Kebanyakan tips ini boleh digunapakai untuk telefon bimbit jenama Nokia.:)

CARA2 FORMAT HANDSET
Adakah yang memiliki enset nokia jenis s60 (Nokia N70, N73, 7610, 6600, N-gage, 6120 Classic)?Format tepon jika msuk virus?xperlu p kdai tepon or klinik handphone or wateva lah yg mnyakitkan ati krana mngmbil upah yg tggi.Kat sni aq akan bgi tutorial cket sal nk FORMAT HANDSET JENIS SYMBIAN 60 pada kwang.

Ok,First skali kwang p buat air tgkat ali or kopi ker ikot ksukaan kamu lar..Second lak,yg jnis isap rkok tu isap ar luu puas2.Pastu kwang follow step bwah neyh k.Sblum tu pastikan enset kwang tu ckup bateri(full).

1. Pertama skali, save and backup sumer data2 dalam memori enset kwang(nota,mssge,draft mssge,cntact,pic) kepada memori kad.klau nk backup bleyh gnakan NOKIA PC Suite kat pc kwang tu.
2. Selepas sudah backup data2 trsebut,kuarkan memori kad kwang n off enset trsebut.
3. Dalam keadaan off,

- Tekan butang dail (green button)

- Butang bernombor 3

- Tekan butang bintang * (star)

- On handset korang

- Jangan lepas satu butang pun hinggalah screen menunjukkan abjad FORMAT

- Masa yang diperlukan lbeyh krang 5 minit.

4. Kesemua step diatas haruslah dibuat serentak sehingga kuar waktu yg perlu diset smula.
5. DONE! Anda brjaye mmformat tepon anda!


Butang Rahsia Nokia
Berikut ini adalah kunci kod butang rahsia yang boleh anda lakukan sendiri dengan menekan pada key pad hp anda yang berjenama Nokia sama ada cdma maupun yang gsm. 1.
Melihat IMEI (International Mobile Equipment Identity) Caranya tekan butang * # 0 6 # 2.
Melihat versi software, tarikh pembuatan softwre dan jenis compresion software Caranya tekan * # 0 0 0 0 # Jika tidak gagal coba butang * # 9 9 9 9 # 3.
Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 # 4.
Melihat nombor / nombor private number yang menghubungi handphone anda Caranya tekan * # 3 0 # 5.
Menampilkan nombr pengalihan telefon all calls Caranya tekan * # 2 1 # 6.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan telefon kerana tidak anda jawab (call divert on) Caranya tekan * # 6 1 # 7.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilan kerana di luar jangkauan (call divert on) Caranya tekan * # 6 2 # 8.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilann kerana sibuk (call divert on) Caranya tekan * # 6 7 # 9.
Mengubah logo operator pada nokia type 3310 dan 3330 Caranya tekan * # 6 7 7 0 5 6 4 6 # 10.
Menampilkan status sim clock Caranya tekan * # 7 4 6 0 2 5 6 2 5 # 11.
Berpindah ke profil profile handphone anda Caranya tekan tombol power off tanpa ditahan 12.
Mengubah setting hp nokia ke default atau aturan kilang Caranya tekan * # 7 7 8 0 # 13.
Melakukan reset timer handphone dan score game hp nokia Caranya tekan * # 7 3 # 14.
Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 # 15.
Melihat kod pengilang atau factory code Caranya tekan * # 7 7 6 0 # 16.
Menampilkan serial number atau nomer seri hp, tarikh pengilangan,tarikh pembelian, dan tarikh service terakhir, transfer user data. Untuk keluar handphone harus direset balik. Caranya tekan * # 92702689 # 17.
Melihat kod pengamanan handphone anda Caranya tekan * # 2 6 4 0 # 18.
Melihat alamat ip perangkat keras bluetooth anda Caranya tekan * # 2 8 2 0 # 19.
Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terbaik namun bazir energi batery Untuk meng off gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 3 3 7 0 # 20.
Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terendah namun jimat energi batery. Untuk mematikan gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 4 7 2 0 # 21.
Menuju isi phone book dengan cepat di handphone nokia Caranya tekan nombor urut lalu # contoh : 150# 22.
Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk semua panggilan Caranya tekan * * 2 1 * Nombor Tujuan # 23.
Mengalihkan panggilan ke nomor yang dituju untuk panggilan yang tidak terjawab Caranya tekan * * 6 1 * Nombor Tujuan # 24.
Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk panggilan ketika telefon bimbit anda sedang sibuk Caranya tekan * * 6 7 * Nomor Tujuan #
Keterangan Tambahan : - Kod di input tanpa jarak - Ada kod-kod nokia yang berlaku pada jenama handphone tertentu saja..selamat mencuba…
Sejauh mana kebenarannya pun Arina tak tahu , Arina just share je apa yang arina nampak dan mohon yang tahu beri kepastian dekat Arina =)

Aku Akui


KONTES PANDUAN BLOGGER - MEMBUDAYAKAN ILMU BLOG

Jawapan 1 : Google Pagerank (PR) ialah penanda aras yang menentukan populariti sesebuah laman web kepada Google. Ranking PR bermula dari angka 0 sehingga 10. Laman yang mempunyai PageRank 10 merupakan laman yang lebih popular kepada Google. Pagerank ini merupakan teknik SEO berbeza dengan Alexa yang hanya melihat jumlah entri dan trafik blog. Blogger yang berpotensi entri yang baik dengan tajuk yang memenuhi syarat pihak google percaya bahawa laman tersebut akam menerima PageRank yang lebih tinggi dan lebih cenderung untuk muncul di bahagian atas keputusan carian.

Bagi pendapat saya Google Pagerank (PR) amat penting dalam blog saya kerana dapat perhatian yang lebih oleh para mengiklanan untuk meningkatkan dana duit saya sekaligus blog saya selalu disinggah , komen dan ramai yang mengenali blog seorang blogger baru .
Jawapan 2 : Tip asas yang saya tahu untuk sesebuah entri yang menepati cirian SEO adalah teknik PENULISAN . Iaitu hendaklah Tatabahasa yang betul , Perenggan yang betul , Penggunaan bold dan italic yang tepat , gambar dengan tajuk yang betul , tajuk entri pendek dan tepat (untuk mendapat tarikan berikan tajuk yang mengeliurkan membuatkan ramai yang ingin membacanya).Selain itu , gaya bahasa juga perlu untuk meningkatkan kesrenokkan para pembaca .Seseorang pembaca akan kongsi sesuatu entri jika ia memberi kepuasan maklumat untuk mereka.Lagi banyak entri kita di share oleh ramai pihak. Secara tak langsung kita akan membina backlink untuk blog kita.
Jawapan 3 : Ya , penampilan blog amat penting untuk menarik pengunjung menjadi pembaca setia dengan penampilan yang menarik dan tidak terlalu menarik menyebabkan loading atau menjadi blog yang berat dan membuatkan pengunjung malas nak menunggu sehingga membatalkan niatnya untuk menyinggah ke blog kita . Bagi pendapat saya penampilan yang sesuai ialah 

1) Latar blog (background) yang sesuai dengan tema blog supaya ia nampak lebih menarik , tidaklah terlalu sakit mata memandang contoh saya sendiri bila berkunjung mana-mana blog bila melihat warna latar blog tersebut yang warnanya terlalu terang membuatkan macam-macam hati ni bermonolog , kekadang tu terus tutup lagi-lagi blog yang bertemakan kartun seperti naruto dan pelbagai lagi lah.

2) Peletakkan iklan yang terlalu banyak juga tidak elok kerana melambatkan pembukaan blog , sebaiknya letaklah iklan di bahagian atas atau di sidebar , janganlah sampai dalam entri pun nak letak senarai iklan.

3) Letak like facebook " sila like untuk terus membaca " ,(iklan2 yang terapung) perlu ke nak memaksa orang untuk like ? lepastu bila dah like kena tunggu 9999 saat . ish apa kejadah tu ? bertahun tunggu ,dah takde button close lebih baik tak payah buat , buat sakit hati pengunjung je.

4) Tajuk yang tiada kaitan dengan entri , lagi-lagi bila nak cari info dekat google , bila buka benda yang kita cari tu tak menyumbang apa-apapun . Jadi , buat satu tajuk entri yang berkaitan dengan entri dan memberi serba sedikit info.

5) Lebih baik sebuah entri tu disertakan dengan gambar baru menarik nak baca.

6) Widget , Janganlah letak widget yang tidak sepatutnya ia juga akan melambatkan (loading).

7) Pemasangan lagu , lebih baik pakai mp3 ke atau fullmusik ,janganlah pakai SCM music player tu pun boleh melambatkan blog , nak lagi baik tak payah pasang pun takpe.

8) Word Verification , tolonglah hapuskan word tu , ramai dah blogger yang komen pasal ni , sekarang ni ramai dah blogger yang buat Tutorial jadi , apa lagi godeh je blog yang sediakan perkihidmatan tutorial tu.

9) Letak lah biodata , gambar sebenar janganlah letak gambar aaron aziz lah , yana samsudin lah , hairul azreen yang fear factor tulah , lagi-lagi letak gambar orang korea , uh tolong lah bagi identiti yang sebenarnya untuk mengelakkan pemalsuan diri.

10) Happy Blogger , tak sombong selalu beri feedback , tegur-tegur dan senyum =)

Gwiyomi Artis Di Keek.com

Sejak semenjak ni Gwiyomi semakin popular lagi-lagi anak remaja yang setahun jagung cam Arina ni fenetik gila dengan K-pop ni , alahai Arina tak minat sangat pun k-pop2 ni , bak kata rasyid anak jawa nak pandang korea haha memang perasaan lah . hahak 

Jom layan Gwiyomi artis di keek.com =)








Gwiyomi Nora Danish yang sngat menyentuh hati =)



Tak ketinggalan juga Maria Elena blogger terkenal tu 



Haha comel ? pelik2 je lah zaman sekarang ni , esok lusa entah apa entah ilmu korea nk turunkan =='

Kontest Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang!

As-Salam. Sukacita memaklumkan bahawa Kontes Panduan Blogger akan berlansung bermula dari 15 April 2013 - 30 April 2013 (15 hari). Hadiah untuk Kontes Panduan Blogger adalah seperti berikut:

  • 1 x Hadiah Pertama - RM200 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif
  • 1 x Hadiah Kedua - RM150 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif
  • 2 x Hadiah Ketiga - RM50 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif

Satu hadiah penghargaan akan diberikan kepada mana-mana blogger yang buat promosi menerusi entri blog masing-masing mengenai kontes ini. Ianya akan dinilai berdasarkan kedudukan di enjin carian Google dan olahan bahasa serta kreativiti yang digunakan.

Syarat-syarat Penyertaan dan Pemilihan Pemenang

  • Blogger warganegara dan menetap di Malaysia.
  • Daftar sebagai peserta kontes dengan mengisi borang berikut - http://goo.gl/I1rlD
  • Jawab 3 soalan dengan betul dan tepat - jawapan boleh diperolehi dalam blog Panduan Blogger
  • Setiap jawapan perlu dijawab menerusi satu entri khas di dalam blog anda.
  • Anda bukan penaja kontes ini.

Syarat-syarat Pilihan (optional)

  • LIKE fanpage blog ini di SINI.
  • Buat satu entri khas untuk promosikan Kontes ini.

Cara Nak Jawab Soalan Kontes

  • Terdapat 3 soalan mengenai blog yang perlu dijawab oleh peserta kontes. Soalan-soalan tersebut akan diterbitkan terlebih dahulu di fanpage blog ini sebelum diterbitkan menerusi satu entri khas Panduan Blogger beberapa hari sebelum tempoh tamat kontes. 
  • Jawapan kepada setiap soalan adalah subjektif tetapi berkaitan dengan isi kandungan di dalam blog ini. Anda digalakkan menggunakan fungsi kotak carian yang disediakan dalam blog bagi memastikan jawapan anda benar-benar layak untuk menang.
  • Jawapan kepada soalan-soalan yang diberikan perlulah dijawab menggunakan sebuah entri khas yang perlu anda terbitkan.
  • Jawapan perlu dihantar hanya setelah ketiga-tiga soalan telah diterbitkan di fanpage blog DAN di blog ini. Anda perlu menyertakan link atau pautan jawapan tersebut di kotak komen entri khusus untuk penghantaran jawapan yang akan diterbitkan kelak.
  • Setiap entri jawapan perlu menyertakan link-link penaja yang disediakan di bawah - salin kod HTML yang diberikan dan dimasukkan ke dalam entri jawapan anda.

Pemberian Hadiah


Hadiah-hadiah berupa t shirt dan cenderamata akan diuruskan oleh pihak penaja, manakala hadiah wang tunai akan dikreditkan ke dalam akaun bank terpilih. Pihak HH tidak bertanggungjawab seandainya hadiah yang ditawarkan tidak diterima oleh para pemenang.

Tujuan


Kontes ini dianjurkan adalah sebagai salah satu proses pendidikan untuk blogger. Ia bertujuan untuk menambah dan memantapkan ilmu blogging setiap peserta, bagi memastikan bahawa blogger Malaysia adalah blogger yang punyai ilmu.

Masa kontes 15 hari dan cara penghantaran jawapan soalan adalah untuk mendidik blogger supaya lebih tenang dan sabar. Ia juga untuk bantu blogger agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.

HH ucapkan selamat berjaya kepada semua. Oh ya, HH berhak untuk meminda mana-mana syarat sekiranya perlu tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada peserta. Dan keputusan kontes ini adalah muktamad.


Tips:
  • Jadilah sebahagian daripada blog ini di Facebook bagi membolehkan anda menerima soalan lebih awal agar dapat anda cari jawapan kepada setiap soalan tanpa perlu tergesa-gesa.
  • Untuk menjadi pilihan pemenang khas bagi promosi, anda wajib meletakkan link penaja-penaja kontes ini sehingga keputusan diumumkan.
  • Jangan gopoh untuk hantar jawapan anda. Belajarlah untuk bersabar.

Semoga berjaya.


Baca Selengkapnya - Kontest Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang! http://www.hasrulhassan.com/2013/04/kontest-panduan-blogger-jawab-3-soalan.html#ixzz2RAK6Cc9X
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook
Jom kita beramai-ramai memeriahkan kontest ini agar hubungan kita sesama blogger terjalinnya ukhwah di dunia maya ini =)

Tag :

Aneesa
Syaheera
Wana
Aisyah
Lyna
KA
Ain
Deno
Farah
Ikin

KISAH SEBENAR KEMALANGAN NGERI DI FEDERAL HIGHWAY 21 APRIL 2013!

PUNCA SEBENAR KEMALANGAN MAUT DI FEDERAL HIGHWAY 21 APRIL 2013 | Kemalangan ini telah berlaku pada jam lebih kurang jam 4 pagi 21 april 2013 di mana telah melibatkan 12 orang dan 7 maut dalam kemalangan ngeri di Federal Highway 21 April 2013.

Kemalangan di Federal Highway 21 April 2013 ini disebabkan pertembungan di antara 5 buah motosikal dan 2 buah kereta dan menurut sumber kemalangan di Federal Highway 21 April 2013 ini adalah kemalangan paling ngeri ketika ini kerana mayat-mayat berlimpangan dan ada di antara mayat-mayat tersebut putus tangan dan kaki.

Punca dan sebab kemalangan di Federal Highway 21 April 2013 berpunca dari pemandu sebuah Honda City yang mabuk dan menyondol beberapa orang penunggang motosikal yang didakwa berhenti di tepi highway ini secara berkumpulan.lihat gambar-gambar di bawah ini dan video selepas kemalangan.

TONTON VIDEO DAN GAMBAR KEMALANGAN MAUT PADA 21 APRIL DI FEDERAL HIGHWAY DI BAWAH.


ingin melihat gambar serta video kemalangan sila TEKAN SINI

Pemenang Da'i Adibah Rozain

Da'i adibah merupakan penuntut ijazah sarjana muda pendidikan TESL, UiTM Shah Alam.

Melangkah keluar tika dunia begitu 'sibuk'..
mengejar jalan menuju Allah tika dunia begitu 'sesak'..
Itulah tuntutan dakwah..
tidak hanya tika mudah sahaja perlu meniti...
kerna resam Rasulullah sendiri..
berdakwah itu harus dicucuk duri..
perjalanan itu perlu diiringi takwa pada Ilahi..


dia yakin, pasti dan percaya..
derap langkahnya itu sentiasa ada Sang Pencipta..
yang setia menemani perjuangan hakiki
sebagai da'i di atas muka bumi Ilahi..

Hari ini, nama Adibah menjadi bualan penduduk bumi...
mudah-mudahan hari ini juga, nama adibah turut menjadi bualan penduduk di langit sana.. ♥ 

piala ini tidak datang dengan prestij dan populariti...
tapi piala ini datang dengan tanggungjawab yang hakiki...
tanggungjawab dalam misi mengubah dunia menjadi luar biasa...
mengubah jiwa-jiwa yang sendu mnjadi madu..
doakan sahabat...
doakan misi da'i adibah kita...

mudah-mudahan Allah redha usaha yang sedikit ini...

*terus capai matlamat menuju syurga idaman*

Tahniah Arina ucapkan buat Da'i Adibah juga kepada Da'i Azam dan Hadhari , MasyaAllah arina suka tengok rancangan , gagal sekali bukan gagal selama2nya , malah kegagalan tu membuatkan kita terus maju mencapai kecemerlangan , barakallah =D