✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Monday, 22 April 2013

KONTES PANDUAN BLOGGER - MEMBUDAYAKAN ILMU BLOG

Jawapan 1 : Google Pagerank (PR) ialah penanda aras yang menentukan populariti sesebuah laman web kepada Google. Ranking PR bermula dari angka 0 sehingga 10. Laman yang mempunyai PageRank 10 merupakan laman yang lebih popular kepada Google. Pagerank ini merupakan teknik SEO berbeza dengan Alexa yang hanya melihat jumlah entri dan trafik blog. Blogger yang berpotensi entri yang baik dengan tajuk yang memenuhi syarat pihak google percaya bahawa laman tersebut akam menerima PageRank yang lebih tinggi dan lebih cenderung untuk muncul di bahagian atas keputusan carian.

Bagi pendapat saya Google Pagerank (PR) amat penting dalam blog saya kerana dapat perhatian yang lebih oleh para mengiklanan untuk meningkatkan dana duit saya sekaligus blog saya selalu disinggah , komen dan ramai yang mengenali blog seorang blogger baru .
Jawapan 2 : Tip asas yang saya tahu untuk sesebuah entri yang menepati cirian SEO adalah teknik PENULISAN . Iaitu hendaklah Tatabahasa yang betul , Perenggan yang betul , Penggunaan bold dan italic yang tepat , gambar dengan tajuk yang betul , tajuk entri pendek dan tepat (untuk mendapat tarikan berikan tajuk yang mengeliurkan membuatkan ramai yang ingin membacanya).Selain itu , gaya bahasa juga perlu untuk meningkatkan kesrenokkan para pembaca .Seseorang pembaca akan kongsi sesuatu entri jika ia memberi kepuasan maklumat untuk mereka.Lagi banyak entri kita di share oleh ramai pihak. Secara tak langsung kita akan membina backlink untuk blog kita.
Jawapan 3 : Ya , penampilan blog amat penting untuk menarik pengunjung menjadi pembaca setia dengan penampilan yang menarik dan tidak terlalu menarik menyebabkan loading atau menjadi blog yang berat dan membuatkan pengunjung malas nak menunggu sehingga membatalkan niatnya untuk menyinggah ke blog kita . Bagi pendapat saya penampilan yang sesuai ialah 

1) Latar blog (background) yang sesuai dengan tema blog supaya ia nampak lebih menarik , tidaklah terlalu sakit mata memandang contoh saya sendiri bila berkunjung mana-mana blog bila melihat warna latar blog tersebut yang warnanya terlalu terang membuatkan macam-macam hati ni bermonolog , kekadang tu terus tutup lagi-lagi blog yang bertemakan kartun seperti naruto dan pelbagai lagi lah.

2) Peletakkan iklan yang terlalu banyak juga tidak elok kerana melambatkan pembukaan blog , sebaiknya letaklah iklan di bahagian atas atau di sidebar , janganlah sampai dalam entri pun nak letak senarai iklan.

3) Letak like facebook " sila like untuk terus membaca " ,(iklan2 yang terapung) perlu ke nak memaksa orang untuk like ? lepastu bila dah like kena tunggu 9999 saat . ish apa kejadah tu ? bertahun tunggu ,dah takde button close lebih baik tak payah buat , buat sakit hati pengunjung je.

4) Tajuk yang tiada kaitan dengan entri , lagi-lagi bila nak cari info dekat google , bila buka benda yang kita cari tu tak menyumbang apa-apapun . Jadi , buat satu tajuk entri yang berkaitan dengan entri dan memberi serba sedikit info.

5) Lebih baik sebuah entri tu disertakan dengan gambar baru menarik nak baca.

6) Widget , Janganlah letak widget yang tidak sepatutnya ia juga akan melambatkan (loading).

7) Pemasangan lagu , lebih baik pakai mp3 ke atau fullmusik ,janganlah pakai SCM music player tu pun boleh melambatkan blog , nak lagi baik tak payah pasang pun takpe.

8) Word Verification , tolonglah hapuskan word tu , ramai dah blogger yang komen pasal ni , sekarang ni ramai dah blogger yang buat Tutorial jadi , apa lagi godeh je blog yang sediakan perkihidmatan tutorial tu.

9) Letak lah biodata , gambar sebenar janganlah letak gambar aaron aziz lah , yana samsudin lah , hairul azreen yang fear factor tulah , lagi-lagi letak gambar orang korea , uh tolong lah bagi identiti yang sebenarnya untuk mengelakkan pemalsuan diri.

10) Happy Blogger , tak sombong selalu beri feedback , tegur-tegur dan senyum =)

No comments:

Post a Comment

Awk tinggalkan lah comment
saia cyg awk kalau awk comment
piece (Yo)~