✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Tuesday, 2 April 2013

Lesen Memandu

Hi semua =)
sihat tak ? hope korang sihat =D
Ini adalah cerita terpendam dan telah disimpan beberapa bulan di dalam draft 

Terasa malu sangat ! bila orang tanya buat apa sekarang ? kerja ke ambil kursus pendek ke ? haha malu sangat sebab lepas je SPM takde benda yang nice pun dibuatnya , aishhh baru sekarang nak menyesal ? lagi2 bila orang tanya tak masuk MJ ke ? aishh pasal result hampeh tulah . haha whatever lah orang nak cakap apa ? serious jadi penganggur itu sangat membosankan ! erm ini adalah fact dan experience so , lepasni ada masa terluang ke apa ke ? straight the point ' CARI KEJE ' ! haha serik dok rumah 24jam. 

Tapi , bila dengar pengalaman kawan2 yang kerja dia say ' Kerja penat Ohhh ! ' , ' boring lah kerja tak best pun tapi , dapat duit best '. haha macam2 kan ? kan ? 

Dalam masa tu , dari Arina duduk rumah tengok Tv je , habiskan masa begitu sahaja , hafal hafazan pun dah taknak (nak jadi apa pun tak tahu) . Umie daftarkan Arina untuk ambil lesen kereta , sebelum2 ni pernah ceritakan ? lah ni nak cerita lebih details lah haha kira nak story pasal pengalaman lah ni . 

Blog ni terhad ke ? xkan ? so , Arina nak cerita panjang memang lebar lah kahkah !

Ni dalam kelas 5jam (KPP) dengar ceramah dari pukul 10 sampai 4 petang termasuk rehat makan tengahari . Serious sampai tertido2 dengar En Sahar bagi ceramah pasal KPP ni . dah lah sejuk sebab ada aircond dia sejukk buatkn kita mimpi sampai ke Korea lahh hehe . Lepas rehat tu En Ali pula , nasib baik En Ali ni suka buat lawak , segar sikit bila asik ketawa je kalau tak Arina dah mimpi apa entah.

psstttt !! tetiba Arina teringat mimpi ikan dalam kelas , ikan tu gila nak makan Arina , tengah syok2 lari tetiba kaki tersangkut kat batu . Tetiba tersentak barang dekat atas meja semua Arina tertolak sampai jatuh (macam isteria) satu kelas gelakkan termasuk cikgu , makannya dalam kelas usah tidur ! kahkah =D !

Lepas Kelas KPP ni selang 4 hari , Arina ambil ujian komputer pula . Kalau nak ambik ujian ni sekurang-kurangnya 4 hari baru boleh ambik sebab pihak berkuasa nak daftarkan kita , apa2 lah yang berkaitan . haha tak ambik port sangat sebenarnya just ikut je ejen cakap apa haha .

Ujian komputer ni korang kena banyak baca , banyak buat latihan dia supaya ... dapatlah korang markah full 50/50 kahkah ... Arina ? ermmm cukup2 makan . soalan dia ulang2 je dalam buku latihan dia tapi , dulu je disediakan buku latihan sekarang hampeh dia suruh baca buku nota dia je =='

Ni contoh2 soalannya , first2 duduk depan computer , org tu tak bagi intro pun dia just cakap ' nah ambik ic ni pergi computer no 4 ' , duduk depan tu blurr .. blurr .. sentuh goyang2 sikit mouse tu tetiba keluar masukkan no ic anda dan pilih kategori . Kalau asik error tu sebab dia salah pilih kategori , pilih lah orang awam , entah pilih kategori apa entah kahkah =D ! lepastu jawablah apa yang dia tanya .. Last tu nanti dia bagi keputusan lulus ke tidak 42 ke atas tu dah kira lulus . 

Agak2 kalau korang haus baca post ni pergilah ngeteh2 dulu ea haha ...

Kelas KPP pun dah , Ujian Komputer pun dah . Ok next teruskan perjuangan kahkah !
 kata kak long kak cik , dulu just ada kelas KPP , ujian komputer pasuh dah boleh belajar mandu tapi time Arina ni lepas je ujian komputer ada kelas praktikal L , alahai punya lama nak sampaikan L tu haha merungut sikit ni haha 

Kelas praktikal L tu 6 jam , 3 jam dalam kelas , 3 jam lagi dekat litar . 
Dalam kelas praktikal tu dia bagi ceramah tentang kompenan2 dalam kereta , semualah yang melibatkan kereta ni , terutama sekali pasal test JPJ , persediaan sebelum dan semasa test JPJ . Kena ingatla 5 step dalam kereta . macam2 lagi lah.

Gambar dekat atas ni litar F1 Sepang .. lahhh sudah ... hehe ok nilah litar belaja kereta tu , Arina belaja lesen ni dekat Bandar Penawar . Seronok sangat belaja dekat sini sebab litar dia luas la sangat .. dan banyak angin macam duduk tepi pantai padahal pantainya jauh lagi hehe pasal pengajar ? tu sat lagi cerita

ok ni story masa praktikal kalau nak baca TEKAN SINI 

Lepas habis je praktikal L tu wah ! logah den ... haha sebab bakal terima lesen L dan lepas tu boleh belaja kereta dengan lebih mendalam (yahooo) .. hehe dekat 2 minggu juga lah tunggu lesen L keluar tapi bila Arina telefon ejen cakap lesen L dah keluar belum ?, dia cakap belum , Jpj belum keluarkan lagi tapi Arina dah boleh start belaja =) nampak tak kebahagian di situ ? hahak

Arina pergi lah belaja .. rasa malu pula sebab Arina sorang je belaja masa tu , aiseyhmenn .. dalam kereta Arina tak cakap pape pun diam je *cover lah tu hahak , dah sampai je tempat tu neves kita wak nak bawak kereta ni , serious Arina cakap masa Arina bawak tu asik mati2 je .. berpeluh2 satu badan masa bawak ni , dengan CikWan tu takde pula mati2 sangat sebab masa dekat litar tu tak tekan sangat minyak , asik main klas dengan brek , time dengan CikZul asik kena tekan minyak , awesome ! awak tahu kita takut nak press minyak banyak2 ==' . CikZul bersabar ajar kita wak , hahai 

Ramai yang complain lah dorang susah nak belaja dengan cZul ni sebab dia serious asik nak marah2 je , tapi bagi Arina dia ok je , dalam dia bebel2 tu ada betulnya sebab dia nak kita jadi memandu yang berkhemah . Arina mula sedar bila situasi dalam parking .

Arina : (bawak kereta nak mendaki bukit) czul saya takut nak tekan minyak banyak2 ni (buat muka cemas) ,
CZul : Awak nak takut apa tekan minyak tu lagi (takde belas kasihan muka serious )
Arina : muka macam nak nangis pun ada , tabahkan hati tekan minyak paras 3 naik bukit .
Czul : kalau kita jatuh pun kita jatuh sama2 (sambil ketawa sinis ) bila dah dekat atas bukit  pastikan cermin sisi dekat tiang pertama , lepas minyak tekan klas tekan brek sampai habis , tarik handbrek .
Arina : monolog dalam hati (aku tengah cemas kau wat lawak pula sambil buat benda yang dia suruh tu ) pasuh czul ?
Czul : okay dekat atas ni ada 4 perkara yang awak kena tahu 1). Tekan minyak 
Arina : ok tekan minyak (cakap sambil buat)
Czul : 2). angkat klas sikit 
Arina : ok angkat klas sikit 
Czul : 3) tangan dekat handbrek
Arina : tak perasan dah terturankan handbrek tetiba kereta tu melompat terus je turun bukit (muka dah nampak sangat bersalah haha)
Czul : ah nilah baru belaja cikgunya dah takde (konon style cite pendekar bujang lapok lah) haha
Arina : hehe 

Apa Arina cerita tadi ? haha yang ni tak payahlah nak berdialog sangat , masa nak masukkan kereta dalam parking petak tu serious Arina lupa step dia walaupun Arina dah pernah buat dengan cWan . So , masa tu Arina tak ingat apa , macam orang tak pernah belaja , cZul ajarlah , Arina tak paham pun apa dia ajar masa tu , masuk telinga kiri keluar telinga kanan macam asap gitu haha . cZul dah mula dingin apa taknya orang belaja parking 2 minit, yang Arina dekat setengah jam , dengan enjinnya matilah . 

CZul : ' awak ni kenapa ? (muka tegang) ' .
Arina : (mula seram), ' jangan nak marah2 , kang saya merajuk kang , kang saya merajuk sapa nak pujuk ? '. (alamak aikkk tacing jap) .
Czul : (ketawa) . eh nak merajuk pula ? biasalah anak bongsu anak manja tu suka merajuk tu haha
Arina : lega aku buat dia ketawa , kalau dia serious lagi mati kita , nangislah jawabnya =='

Lepas je tu serious Arina macam troma nak buat parking , lah2 Arina cakap dengan Czul ' dah lah saya tak nak buat parking , saya nak cWan ajar , sekarang saya nak main bukit je ni ' . Czul ' yela nanti saya cakap dengan Cwan , awak merajuk dengan saya taknak saya ajarkan' . Alamak dia pula tacing ! dah Arina serba salah apalah aku ni hahak .

Lepas tu kereta tu ganti orang lain pula yang nak belaja , yang Arina duduk sambil tulis nota sikit (takut lupa lagi) , Czul duduk sebelah Arina sambil memberi nasihat , kata-kata hikmah yang menyentuh jiwa , terharu =') ,dia cakap dia marah bukan apa dia nak didik orang tu supaya jadi pemandu berkhemah , dia taknak orang tu main2 , dia taknak bila dah dapat je lesen P , beberapa hari selepas tu keluar dekat surat khabar terpampang gambar orang tu sebab KEMALANGAN . Dia taknak macam tu sebab dah pernah terjadi ,budak tu koma sampai sekarang dah masuk 7 bulan koma . Dia nak semua anak didik dia tahu asas tahu macam mana nak elak dari semua tu berlaku . Kata-kata dia tulah yang membuat Arina renung sepanjang-panjangnya ='( 

Gambar dekat atas ni adalah salah satu perkara yang akan diuji semasa pihak JPJ ,test tahap kepandaian , khemah tak khemah , cuai tak cuai ke kita ni haha , ayat Arina dah macam apehh !! ambik semua campak dalam tong sampah psttt ! orangnya jangan lah , sampai hati u alls =p  .Gambar yang pertama tu hiasan je tapi ia bermakna hehe maksudnya yang tak kesampaian tu adalah pihak JPJ akan tengok korang bawak dekat jalan raya . Dekat selekoh pakai gear 2 , bila dekat simpang korang kena berhenti lepas tu singnal , mesti tengok kiri kanan walaupun masa tu memang takde kereta pun , bak kata cWan '' kalau awak tak tengok , kandas dah ! " (korang bayangkan gaya dia cakap tu lograt orang ganu) hahak , 

Arina taip ni dah macam tulis karangan masa Darjah 6 , cerita tentang petikan haha , The second picture is show how to up the bukit and turun bukit , haha (macam sakai awak cakap bi) ==' masa dekat bukit ni masa yang diberikan just 3 minit nama dia ujian mendaki bukit , kalau kereta banyak mati tak pe asalkan tayar masuk dalam line warna kuning tu , bila dah angkat tangan , tayar tu kebelakang , maaf anda dah terkandas . So , kena hati2 lah jangan mengelepor sangat bak kata Aien Rosman ,hahak

Gambar yang belah kiri bawah dia tu pula ujian masuk dalam petak , dekat sini pun kalau kereta mati ke tangan bersilang ke takpe asalkan tayar jangan kena dekat line kuning kalau tak habis dah . Gambar sebelah tu ujian 3 penjuru , ah yang ni masalahnya ramai time test JPJ orang banyak kandas , syarat dekat sini hanya 3 kali berhenti sahaja (masuk, undur kebelakang ,dan keluar ) , kereta tak boleh mati dekat sini . so , please take note okay . hehe

Ah siap ada stepnya lagi dalam kereta ni haha ada orang lain dengki dekat kami dengan ejen kiteorang cakap bawak toyol dalam kereta haha , daripada ejen dorang tu siap bawak batu dalam kereta sebab nak takutkan pelajar dia apa cerita an ? haha tapi kelakarlah orang dekat sana , macam2 kerenah Arina jumpa hahak

Masa first2 dulu Arina bertiga first tu Aien Rosman , Me & Nazirah but bila dah last2 tinggal jelah Arina dengan Aien =)

Perjuangan diteruskan ^^ konon je nak buat alah2 pendekar penyelamat Lahad Datu kahkah =p jeles ke ? . Lepas beberapa hari belajar tu , setiap calon yang belajar kereta ni mesti kena QTi , apa tu ? entahlah haha Qti ni sepatutnya kita bawa kereta dengan orang lain bukan cikgu kita , maknanya cikgu lain yang tengok kita bawa ok tak , kalau ok calon ni dah boleh test Jpj tapi , Qti arina lain dari pada yang lain main sign2 je haha. baget kena test lah dengan cikgu lain berpeluh2 satu badan sebab neves kahkahh2 lah2 eleh main sign2 cap jari dengan cikgu lain je ermm buat kita seram sejuk je kan ?? lepas je tu cikzul cakap minggu depan minggu depannya lagi hari selasa arina test Jpj , hahak dekah seh , macam tak caya nak test Jpj dah.

'' Selasa ni nak test Jpj parking dah ok , jalan raya bermasalah harini hari ahad '' , ah memang neves habis , cikzul suruh bawa kereta dengan cikgu lain , nama dia pun cikzul tapi , cikzul arina lebih femes cikzul saujana haha pe2 lah korang bukan tahu pun =p . Arina pun dah bersedialah tekan klas masuk gear satu pasuh jalan , tetiba dekat bukit boommm...boommmmm kebabooommm * eksen jep

Kereta sama kancil tapi , masalahnya gear dia lain dari kereta kancil yang selalu arina bawak . Masa dekat bukit tu entah macam mana entah , maybe arina terlalu cepat nak tukar gear yang cikzul ni potpet ..potpet .. haha arina terpegun tengok dia membebel .. "eh2 ! ni bahaya ni , eh awak kalau awak buat macam ni dah terkandas dah , macam ni selasa ni awak test Jpj, bla ... bla... " kelakar gila ! dia pula mengelabah tak tentu pasal , arina pun dah macam apa dah masa tu , lepas je dari tu arina cakap " pakcik ni jangan lah mengelabah sangat , saya pula yang cuak , cuba ajar saya tenang '' , hahak kelakar gila lah. Tapi , apa yang dia ajar masa tu memang terbaikkkk ! arina ikut je apa dia cakap cara dia memang kita bawa kereta cara tenang dan relax santai2 je .

Lepas tu arina tak puas hati lah pasal bukit problem , arina bagitau dekat agen cikzul "cikzul .. saya nakjalan luar lagi =( " memang muka simpati masa tu , pasuh cikzul tak layan beberapa minit lepastu baru dia cakap dah Jom ! , yahoooo ! hehe lepas je bawak tu cikzul cakap ah dah okay lah ni ^^

Saat2 yang ditunggu .

Mesti ada perasaan takut , gelisah , asik fikir dan berdoa " Ya Allah mudahan aku lulus Ya Allah " , arina pun sama merasa perasaan tu . arina bangun pukul 6 untuk solat subuh lepastu arina sambung tidur balik haha ngantok gila pukul 7.30 baru bangun . siap2 sarapan telur separuh masak tepat pukul 8 dah sampai tunggu cikzul . Cikzul belum sampai ==' over gila aku ni siap cepat2 .

Sampai je tempat belajar kena beratur daftar , cap jari , sign2 . Lepastu ada mamat nikan arina punyalah penat beratur sebab ramai sangat orang , ada akak kaunter tu cakap dik ic , masatu arina tak dengar sangat , tetiba mamat ni belakang ni bagi ic , tak pasal2 kena marah dengan arina , " weyh patlah sign ! suka2 kau je potong barisan , cuba mengalah sikit dengan pompuan " haha lepas tu kawan2 dia semua cakap entah kau ni jahat tol lah kau ni , haha dekah seyh nasib hencem kalau muka cam ayam berak kapur dah lama dah =p cm berani nohh je yang taip ni .

ah gambar dekat atas tu ni dalam bilik kuliah , yang mana kereta kena tunggu dekat sini lepastu pindah bilik sebelah pula , erm penat tunggu serious arina masa ni takde perasaan pun cuma ngantok , akak yang duduk sebelah arina pun naik bosan arina asik menguap je , lepas tu tido atas meja , haha

Cehhh ! ah ni masa sebelum kena panggil pergi bilik sebelah sebab bilik sebelah ada pegawai Jpj yang beruniform cek ic dengan lesen L kita . Ah time ni neves dia dah naik sebab no 46 ni dah nak kena panggil buat parking . Time tulah baca nota sikit2 kahkahh2 tunjuk rajin hohooo . Bila dah pergi tempat parking ni hati memang huru hara lah , lagi2 bila nampak orang tu gagal depan mata ada akak ni buat bukit , lepastu dia dh angkat tangan kereta undur kebelakang , dalam masa tu juga dia kena tinggalkan kereta tu dekat bukit nanti ada cikgu yang bertugas ambik kereta tu bagi orang lain , arina nampak dah kereta yang selalu arina bawak ada sorang pakcik ni , caiyokk lah pakcik lulus beb malu je kita yang muda kalau tak lulus , lepas je dia turun tetiba 46 .. 46 .. sapa tu ? sapa tu ? haha

Alhamdulillah arina dapat kereta yang arina selalu bawak kira kereta egen lah (cikzul) memang rasa relax tenang je , sebab kita dah biasa kan , baru nak bawak ni tetiba pula enjin mati , uh dugaaan , tekan minyak sikt lepas klas cikit2 , uh berjalan sampai je bukit tayar dah masuk , pegawai Jpj pun tunjuk tangan suruh jalan , uh lega bila dah lepas tu , ujian letak kenderaan pula , ceh2 muka taknak toya pula teringat detik2 belaja dengan aien , dengan halid inche , cikzul , time ni lah teringat pula dekat umie . Pegawai Jpj tu pun bangun dari tempat duduk sambil tunjuk tangan suruh jalan , lepas dah . Tiga penjuru ni last ni , budak depan ni dah lepas aku pula , aku mesti boleh dan akhirnya alhamdulillah kesemuanya kira lulus lah , fuh ! lega , mengeletoh tangan ni haha uh macam nak cium2 je kereta ni haha.

Jam dah pukul 11 lebih , arina kena tunggu lagi nak test jalan luar pula , arina takut gila masa ni sebab arina belajar dnegan kereta kancil , tup2 bila test Jpj kena kereta Viva , sungguh tak pernah seumur hidup bawa kereta Viva . Dah fikir2 macam2 dah . Dekat pukul 12 lebih gitu no 46 ? 46 ? kereta A eh . 

Fuh ! bukak je pintu kereta Viva tu arina bagilah salam sambil bagi borang yang dia suruh bagi.

Arina : Assalamualaikum cik sambil senyum (mana tahu dapat markah lebih haha =p)
Pegawai Jpj : Ah apa saya tak dengarlah , kuatlah sikit , halus je suara .
Arina : Assalam...mualai..kum . Encik . (layan~ kalau tak ada kang tolak markah)
Pegawai Jpj : ah waalaikumsalam . nama Nasuha . erm saya baru nak taubat nasuha.
Arina : hehe (dalam hati perlu ke cakap baru nak taubat nasuha , ergg seleging kang baru tahu ==' ).

Alhamdulillah jalan luar pun ok , bukit tu ok , lepas je dari bukit tu tukar gear 2 jalan sikit belum sempat tukar gear 3 , dia suruh signal kiri lepastu patah balik . Lega lah Lulus test Jpj , kereta Viva ni sama je macam bawak kancil , lagi sedap Viva =) . Ada pakcik tu lepas je dia turun dari kereta senyum bahagia dia , lepastu hisap rokok haha pakcik2 , makcik2 pun ada . ada makcik tu nangis '' alah aku tak lulus parking , aku langgar tiang " . takpe makcik cuba lagi kay =)

Terima kasih semua =D terutama cikzul yang pakai baju merah kuning tu =) sabar je dengan kerenah arina , tak sia2 arina merajuk dengan dia , hahak =p apa yang di ajar walaupun kadang2 tak paham2 kadang2 dah hafal dah ayat dia " Kan saya dah cakap asas awak kena tahu " , " Yang penting bawak kereta jangan sampai enjin mati " . hahak jahat betul anak murid dia ni haha lagi2 nama Nasuha Arina ni . haha terima kasih juga halid syawal inche yang ajar arina , dorang yang gila2 . nak tau yang mana satu ? yang tutup mulut tu nama dia halid ,peminat gila aien rosma hahak , yang baju biru tu syawal '' Biar tak hensem asal manis " hahak lawak gila dorang ni . Buat aien gak cyaiyok2 Jpj ni haha kasi lulus punya , pegawai Jpj tak begis mana pun sebenarnya ada yang lain dia senyum2 je dekat kita =D hehe gelak2 je kitaorang kalau jumpa lagi2 cerita sal peminat gila dia tu , hahak

Aien aku bagi semangat dekat kau ni ! haha mesti aku rindu gila dekat kau dekat semua =') dan kepada semua yang nak ambik lesen tu korang takpayah takut sangat relax je , relax sangat pun susah so , biasa2 je buat je muka ketengek , jangan banyak ketawa sangat , buat macam arina tidur je senang tak rah fikir banyak =) 

Siapa yang sudi baca pengalaman ni dari mula sampai habis terima kasih banyak2 =) syg semua ♥ assalamualaikum papai semua , lain kali cerita lagi kay ♥ yeahh lepasni dah dapat lesen P , jom pi jalan2 ronda2 kampung =D
Comments
10 Comments

10 comments:

  1. http://meyrajohn.blogspot.com/2013/04/headerfooter-by-selalulalu.html

    JOM JOIN SINI. :)

    ReplyDelete
  2. he3.. teringat plak masa amik lesen keta dulu.. hu3

    ReplyDelete
  3. memang panjang lebar..semput nak membacanya..haha
    aku lom lagi amik lesen kreta..berdebar pulak rasanya..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saja nak taip mcm novel , ad mcm novelis tak ? hahak kalo nk ambik nty gud luck , alah biasa2 je , pegawai jpj tak makn org lah hehe

      Delete
  4. salam dari KA, tahniah , dah masukkan blog ini dalam Bloglist KA ye & done follow back juge 530 !

    ReplyDelete
  5. Mase ni bday aq.. ko sambut tak ?

    ReplyDelete
  6. Mase ni bday aq.. ko sambut tak ?

    ReplyDelete

Awk tinggalkan lah comment
saia cyg awk kalau awk comment
piece (Yo)~