✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Friday, 30 November 2012

Beginning of My Story Arrggg !

At the first :: Assalamulaikum Semua =D

Serious ni story baru terjadi so , dia tak basi lagi cuma dia tengah hot sikit . Whatever lah . Situasi ini tak tahu lah kenapa ia berlaku tulah jodoh Allah yang telah ditetapkan =) tapi , serious ia suspen gila  ! tahap gaban lepasni taknak buat lagi =,.=

Umi : Iena pergi kedai kejap beli topup dengan roti untuk sarapan esok sekali tu isi minyak motor .
Arina [Iena] : ok2 bagi duit , kejap lagi pergi nak siap kerja ni lepas tu nak mandi dengan solat sekali .
Umi : Erm yelah cepat sikit kang dah magrib [kul5.30 still dia cakap dah magrib mak prihatin]
Arina [Iena] : Ok2 !

Dah siap mandi apa semua startlah motor nak pergi kedai sebelum tu touch-up muka sikit , motor pun nak kena touch-up gak yang penting cermin sisi tak kotor , clear jew tengok muka Arina pun sedap huahua~ tengah bawak motor biasalah orang yang kita berselisihan mesti senyum dekat kita kan , tak pun kita senyum dekat kita . Then , ada satu member ni Azuan nama dia , terserempak dia pasuh dia senyum tu baru senyum kalau berenti comfirm borak cite sal dak kelas huahua~ lepas dia senyum budak belakang dia perasaan aku senyum dekat dia ! dalam hati Arina ini olang gilakah ! hihOkk abaikan '

serious Arina kalau bawak motor bak kata orang Romantik gitu hahahak ! bukan romantik jadi pemandu berkhemah katakan bawak pun tak laju 40km/h menikmati kehidahan petang ,sambil tu cuci mata tengok rumah orang hahaha 

Bila dah sampai selekuh tu Arina nak belok kiri sebelum tu ada kereta tu dia dari kiri simpang yang lain , dia main belok jew . Eh ! ini olang mau matikah ? Arina potong dia pasuh Arina terdengar suara yang aneh , ku besarkan telingaku mendengarnya , hehe rupa bunyi ambulans yang hampir datang dari kanan Arina .


Ah korang tau kan bunyi ambulans macam mana ? serious Arina terkejut gila ambulans tu dengan laju hampiri Arina . Kan Arina cakap Arina bawak punyalah slow 40km/h bila dia betul2 belakang Arina bawak laju pula tu mampus aku ! dalam hati, press moto agak2 70km/h tak fikir apa terus hala ke kedai berhampiran gila lah aku ni berkhemah sangat pun tak boleh . Ambulans tu bawak pesakit sebab dia baru keluar dari klinik . Huahua ! gila thap gaban jantung ni dup dap3 sekarang ni pun still rasa lagi . Bunyi ambulans tu dahlah kuat . Aishhh ! masih terbayang . 


Terus pergi kedai topup
Arina : Sis nak duit celcom 10 / 10
Sis : Ah apa ? duit celcom ?
Arina : [malu] serious kejap2 tengah terkejut ni pasal ambulans tadi =,.=
Sis : Ada penyakit terkejut kah ? 
Arina : [tarik nafas] Ah ! sis nak topup kad celcom 10ingit (2)
Sis : Ok2 tu je
Arina : Yup . bayar terus bela * malu gila tadi uh .

Mak Cik Kedai : Aishh ! kau ni laju kau bawak moto ? kang tak pasal2 kau sekali dalam ambulans tu [nada membebel]
Arina : senyum =D ish cik ni ada doakan sy macam , sy terkejut ni mkcik . nasib tak pengsan makcik haha [ sambil jeleng2 anak dia]
Anak Mak Cik kedai : Apa kau Iena tengok aku macam tu ?
Arina : Apa dia kau ! diam dah .
Mak Cik Kedai : Kau Eina asal cakap macam tu ? dia rindu kau tu . [nama Arina dgn anak dia sama =) Me Arina she Azreena =)]

Arina dengan Eina tu rancak berbual tanya pasal exam lah apa lah . dia jual roti . Then roti and topup done beli hahaha , start motor ingat nak pergi isi minyak pasal dekat tempat isi minyak tu ramai orang pasuh terus je balik lagipun minyak motor adalah tinggal separuh =) 


Ah  nilah motor kesayangan Umie Arina motor Yahama Ego's haha nilah satu2 motor yang berjasa kemana sahaja dia sangup bawak lagi2 time nak jumpa Bestie pergi jalan2 , Carik sayur dekat kedai , 1st time jumpa kekasih lama huahua segala2nya dia lah . Takde dia pasti rindu =) korang yang ada motor kesayangan mesti ada perasaan yang sama kan .? =D

Buat masa ni Arina tak berani lagi lah race atas 70km/h hahaha uikk ! dasyat . Lepas ni kalau takde orang still bawak romantik kalau jalan agak sibuk comfirm kena laju sikit huahua ! budak takde lesen tak boleh bawak laju2 hahaha 


Ok feel terkejut dan sedih masih terasa . Terlalu emosi kah aku ? emosi lah sangat ! hehe ok tu je dapat Arina share story mory dekat sini p/s :: jgn jadi cam Arina ia huahua ~ . ok papai Assalamulaikum nak sambung study oh my #BahasaArabSPM ! =,.=


  • Surat Syurga utk Si dia :: Thanks sebab sudi jadi kawan saya =D  Saya tetap nak jadi kawan awk sampai syurga =) cara nak mendapatkan kemanisan iman mencintai kawan/sahabat kerana Allah swt =D 

Saturday, 24 November 2012

KeMunGruNgaN MeLanDakU =,.=

Assalamualaikum Semua =)




kepada uolls yang sukasuk! baca blog Arina ni . Ada ke yang suka ? persoalannya . ok saya bukan mencari populariti di sini , just saja nak luahkan feel aku di sini . Uolls nampak tak berapa banyak segmen GA yang Arina join huahua ~ bosan memeningkan =( apayang dipeningkannya ? sorry to say Arina tak suka kalau segman ke GA ke memeningkan uh ! =,.= yang membuatkan leceh2 ni . Lagi2 blog tu lambat loading perghh ! seksa siak <-- baru belajar dari ayat remaja sekarang . Arina paling benci kalau ada widget yang menganggu bila kita nak follow dia ke nak shout ke , bila tekan tertekan widget tu . Lagi satu bila nak follow takde tempat follow ,tak pun ada perkataan follow je tapi pic orang yang follow tu takde sebab blog Arina ada masalah untuk follow kena follow pakai email =( sedihkan . * tambahan bila kita follow eh ! dia unfollow kita pula . Kata orang cina ' ini suwey punya olang ' Zzz 

Benda ni semua boleh menyebabkan hilang moOd oiii ! Maybe Arina penat sangat kOt tu ang sentap sangat ni alahai =,= Serious malam tadi Arina tidur dalam pukul 1 lebih kOt pagi u knOw ! hehe studY maut haha pasuh bangun untuk solat subur , mata still ngantok dan apa lagi tidur baliklah . Tup2 dalam pukul 8 lebih gitu suara memekak terjah dalam mimpiku ! Adoi spoil lah suara tu mimpi sedap ni dating2 dengan pemeriksa yang jaga peksa . Alahai hensem sangat ke pemeriksa tu ? persoalannya bini orang agaknya kuakua hihokk ! Suara tu memanggil namaku IEEENAAAAA !!! [this's pangilan nama manja huahua ] just orang terdekat je yang panggil IENA uolls nak panggil ? panggillah haha wait sebelum tu apa pangkat hang ? hehe husband aku huahua untung !. Then , pangilan memang bukan setakat dua tiga kali tapi berkali2 lah haha My sis lah orang memekak tu uh ! leh runtuh rumah tu . 

Arina nyautlah ' Ye2 ! ada pe yang memekak ni ? rumah lagi sikit nak runtuh ni ! ' uh memang spoil tahan parahnormal lakan uh ! Nak tahu dia just cakap apa ? ' Woi ! bangun pergi mandi siap cepat2 '. Lah nak pergi mana pula ni , Arina tak sedar pun tertidur balik haha  sebab mata ni serious ngantok gila tahan gaban ! hahaha lepastu suara yang nyaring kalah Ning Baizura tu =,= dia dah mai balik . ' Eh ! cepatlah siap kang kau tinggal nak ? ah dok dengan Tupai Tikus dekat rumah ni . ' Perghh ! dia ungut aku . Binatang gila tulah yang aku benci !! BENCI BINATANG MULA DARI HURUF 't' uh ! ' Ye2 ! nak pergi mana macam nak ajak satu kampung =,.= ? ' . ' Nak pergi rumah kak Long , cepat sikit siap orang dah nak gerak ni .' Lah setakat nak pergi KakLong lah Lol betul akak aku sorang ni =,= serious jiran sebelah pun dengar jugak kOt , haha tahan malu jelah tapi , memang dah biasa kOt sebab Family Arina ni tahan memekak dia tahap Uhhmmm lah haha bila akak a.k.a Acik bila dia ada dekat rumah memang memekak lah rumah tu , kalau takde memang senyaplah beb rumah tu haha Arina lah budak paling pendiam huahua =) . ' Jangan memekak boleh tak ? orang dah pergi dah rumah Kak Long , dia yang lambat tak sampai2 ! ' . ' Apa yang kau merepek ! bila kau pergi ? dalam mimpi kau ? tahik hidung kau pahit ! dah cepat pergi mandi ! ' . Hahaha pergghh ! memang malu dah malas nak gadoh dengan dia kang runtuh rumah tu terus siap2 then pergi rumah Kak Long =)Aissh ! dalam seminggu kalau tak mekak dengan dia memang dah sah lah . Pening kepala Umie , jiran kiri kanan pun pening haha 

Balik dalam pukul 6 lebih azan asar pun dah bertumandang then terus mandi dan solat . Lepastu terus buka internet huahua =) Then disebabkan ada blog yang kurang sihat dah hilang mOod tapi , takpelah mugkin baru belajar kOt hehe entah2 arina pun sama . Now ! Arina tengah layan Cerekarama@Tv3 entah dari tadi tak tahu tajuk cite dia hahaha pasal kampung Putat vs Maria-Mariam ? haha wahatever ! :P 


Kekuatan datang bukan dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah tahu erti mengalah * Jikalau anda tidak mampu nak mengembirakan seseorang janganlah menambahkan lagi kedukaannya =) hehe ok SukaSuki By Cik Arina Assalamualaikum Semua , SELAMAT MALAM

Contest My Top Referral by Blog BingkisanHati

Assalamualaikum Semua =)



♥ Birthday GA by Sharina ♥

Assalamualiakum Semua =)


Klik banner untuk join =)

Segmen:Add Follower Di Blog


KLIK BANNER UNTUK JOIN =)

Header Free !

Assalamualaikum Semua ! =D

Hyep2 ! haha ok Arin nak bagitau something yang boleh buat uolls happy kot ? hehe :P uolls sihat tak ? sihat tak ? hehe baru ni Arina terjumpa satu blog ni  dari seorang sis yang cute ni then , bacalah . Baca punya baca terjumpa satu entry sis dia nak buat FREE HEADER END OF THIS YEAR wah ! seronok2 . First cari sis ni dekat twitter alamak tak jumpa hehe then add dia dekat FaceboOk , wah ! dia accept ah ! apa laagi membebel tak hentilah suruh dia buat header Arina haha macam tetamu tak dijemput kan ? hehe Sis tu punya baik dia agree wah ! best2 :P jelous tak 


Ah nilah header Arina request dekat dia tantik tak ? hehe penat sis tu layan kerenah Arina hehe sorry sis =) Arina nak guna header ni awal tahun depan semestinya azam baru =) uolls nak jugak tak ? meh2 jom2 join mintak sis tu header FREE . Arina bawah umur dia so , pangil dia sis hehe 


Jom cepat bagitau dia nak header FREE inbox je dekat fB kalau uolls nak klik lah banner tu ok selamat dapat header baru =)  nama sis tu NUR AIN =) cepat pergi usha dia =D dekat link bawah ni entry dia siapa yang tempah header free dekat dia tengoklah contoh2nya ikut citerasa uolls lah k papai =D Thanks Sis buat header Arina =)

  • http://berlygerlysmart.blogspot.com/search?updated-max=2012-11-22T15:55:00%2B08:00&max-results=2


http://berlygerlysmart.blogspot.com





Friday, 23 November 2012

Harapanku Doaku =)



Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk
mencintai-Mu.

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar
tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta yang batil.

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar
tidak berpaling dari hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih
dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah ya Allah ikatannya,
Kekalkanlah cintanya,
Tunjukilah jalan-jalannya,
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu
yang tiada pernah pudar,
Lapangkanlah dada-dada kami
dengan limpahan keimanan
kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu... .
ameen Ya Robbal A'lamin...

MenCaRi KeDaMaiaN HaTi =(

Assalamualaikum Semua =)


I know thats sejak2 ni Arina bnyak merapu ! haha *sedar diri kejap . Hahaha ujian yang kuat menimpaku =,.= hanya bersabar yang mampu ! Hati dah tak tahan untuk menahannya , mata pun sudah berkaca hampir sahaja dia nak pecah sehingga bertaburnya mutiara . Aisshh ! cukup ! cukup2 sudah - Kan dah . Serious Tuhan bagi ujian ni nampak kecik je tapi diri ni yang merasakan , rasa dia mendalam sangat . Dok study pun dah tak guna takleh masuk . Kawan2 Arina sesetengahnya permphonan dorang Form6 dekat Maahad Johor diluluskan . Wah ! bestkan but Arina ='( tak tahu lagi , Arina tak mohon lagi . Kalau semuanya dah settle Arina nak sangat masuk MJ ! erm dekat sini Arina macam nyawa2 ikan gitu , Kalau Arina tak dapat masuk MJ terpaksa lah Arina ambil kursus bahasa but , ada lagi satu penghalang ! nak kawin ke ? hahaha pasal tu nanti cite . Abg Arina dia nak Arina mohon Maahad dekat area MELAKA ! erm Arina tak tahu sama ada ke tak ? Arina taknak sebab rindukan kengkawan , nanti rindu rumah dekat johor ni . Abg dia kerja dekat Melaka so , dia nak bawa Arina dengan Umie tinggal dengan dia dekat Melaka . Maklumlah Umie dah takde sapa2 lagi Abah dah takde yang tinggal anak2 dia jep .

Atuk dengan nenek pun dah takde , jangan cakap tengok muka atuk nenek pun tak pernah sebab dorang semua meninggal time Arina belum wujud dekat dunia ni , just atuk Selamat ayah Umie je pernah jumpa tu pun dah meninggal masa Arina darjah 2 . Aishhh sob2 ! .Arina taknak berpisah dengan rumah ni , rumah ni banyak kenangan Arina dengan Abah , i'm miss him so much . Memanglah time cuti baru balik tapi serious lah rindu nanti . Rindu dekat kengkawan . Erm asik berpisah jekan ='( lagi2 BFF ah Tidak ! baru nak plan sambung belajar sama2 , carik keje 4time sama2 . Adakah semua itu akan terjadi ?? Serious Arina kalau cakap gi Melaka mesti merungut , asik Melaka je macam rumah Mak mentua dekat sini kahkah ~ Kalau cuti sekolah tak lain dan tak bukan destinasi first yang terpikir dekat kepala mereka Melaka sebab nak pergi jengok sedara2 dekat situ exceli , Abah orang Melaka erm pasal Abah ada family Tiri dan gilakan harta pusaka lah family Arina tak merasa pun bercuti 2 bagai nak balik kampung , sedih annn ?? entah rumahnya macam mana pun tak tahu , rupa atuk dengan nenek pun tahu , siann.. Untung orang ada atuk nenek abah yang sihat walafiat ! Hargalah dorang =) Arina ada Umie dengan adik beradik je tulah yang paling dekat dan rapat .Pasal Maahad tu Arina nak sangat masuk MJ . Doakan Arina ia . Taknak masuk yang dekat Melaka bagai tu . Belum bersedia nak tinggalkn Rumahku Syurgaku . 

Cerita yang menusuk hati Arina ni sejak2 ni Arina mengalami penyakit fall in love yang tak tahu hala tujuan . =( serious Arina suka dekat dia tapi nak dipendekkan cerita maybe dia bukan milik Arina . Arina tak bagitau dia pun Arina suka dia haha jatuh air muka nanti haha :P Cinta dia dengan minah tu lebih kuat kOt . Dahlah malas nak cerita panjang2 . Hope dia bahagialah =) kalau ada jodoh , adalah kalau tak babai * Arina tak suka kalau seseorang tu couple but dia tak ngaku couple . Aishhh BENCI tahan gaban ! muntah darah aku puas2 ! Lagi satu nak dibanggakan sangat Couple2 tu . Enough ! loya tekak . Hanya mampu berdoa pada Esa sahaja , arina tahu banyak kekurangan Arina dari perempuan perfect tu , it's okay Arina bukan perampas dan materialistic Women . 


Ok dah tahu budak yang dekat atas tu gemok . Erm huahua * kali ni tak perasan tapi kenyataan . Pic ni ambil time nak pergi shoping sakan dengan pasar borong <-- kalau senang nanti update pasal pasar borang dekat Kota ni ea . serious dekat situ tudung Radiusite pun ada haha but Arina beli tudung Sarung tepinya ada renda bunga2 yg dua lapis tu harga dia RM 40 haha murah2 kalau tak dia nak cekak darah kita 55 , tawar punya tawar taraaaa 40 =) hehe Umie memang kaki tawar kalau dalam shopping2 ni =) yang sedihnya kena bebel dulu baru dapat tudung tu , Umie cakap kau kalau tak kawin dengan orang kaya tak taulah haha ada ke situ . Siapa kaya dekat sini nak tak kawin dengan Arina angkat ketiak buat chicken dance haha =D gurau jep . Dekat bawah ni pic time sebelum nak puase lamakan ? belanja kawan mam burger haha beli burger mam dekat taman tapi , gaya ni sesuai untuk orang yang patah hati macam Arina =( Dah patah hati mam banyak2 ! hehe


Ok Air dekat kedai tak sedap so , bawak air dari rumah * =D
Kalau stay dekat Melaka dapat ke hang out macam ni =(

Hiduptidaksempurnajikatanpasedih=)

Jom BW sambil Follow sampai Lebam

Assalamulaikum Semua =)


 

Klik banner kalo nk join =)

Thursday, 22 November 2012

1ST MEGA-GIVEAWAY BY GIRL ON THE SLOPE

Assalamualaikum Semua =)


Klik banner utk join =)

GIVEAWAY 12-12-12

Assalamulaikum Semua =) 
harini nak join GA ni =)
  • Blog ni pastinya ok , sesuai dgn Tuan Blognya =) Pulak tu pgemar Naruto ish tak bnyk commentlah memang sesuai dn xde jdi masalah lah
  • Selamat Maju Jaya =D 
Giveaway ini Dianjurkan oleh Mohd Noor Shawal & Ditaja oleh Nur ElisraSiti AisyahElfa SharinaAfiqah AliasDouble E' T-ShirtChipStoreFatin AlyaaAzmina NordinCadar Murah dan Ejulz - Sophie Paris Malaysia"

Sapa2 nk join jom ! clik banner =)

Sunday, 18 November 2012

Segmen = Jom Follow Sempena Cuti Sekolah

Assalamulaikum Semua =)




Pemberitahuan...!!

 ~ Mula dari 13 November hingga 27 November.
~ Tamat pada 10 Malam.
~ UPDATE..!! 

Kalau nak join klik banner =) 
Jom Join =)

Wednesday, 14 November 2012

Mengubah Ciptaan Allah

Assalamualaikum Semua =)

Now ! Arina nak sharing caring dekat awak2 semua tentang mengubah ciptaan Allah . Dengan membaca kita boleh tambahkan ilmu =) maklumlah tinggal beberapa hari je lagi exam dah nak sambung lagi so , cara macam ni juga automatik study sekalikan ? hehe Arin ambil basic je so , minggu depan exam P.Syariah Islamiah dan Science , yang tak ambil PSI tu dia ambil subjek P.Agama Islam . Kandungan PSI dengan PAI ni sama je tapi PSI lebih detail lah =) ada mengistibatkan hukum lah dan macam2 lagi . Ok kita start yang ambil PSI tu jOm study =)

  PENGUBAH CIPTAAN ALLAH ::

Maksudnya :: Daripada Ibnu Mashud r.a katanya , Sabda Rasulullah s.a.w : Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu , yang mencukur alis , yang menjarangkan gigi untuk kecantikan , yang mengubah ciptaan Allah .

Larangan yang terdapat dalam hadis  ::

Membuat tatu :: Membuat tanda atau lukisan pada mana2 anggota badan secara kekal seperti di muka dan lengan . Hukumnya HARAM dan DILAKNAT.
Menjarangkan gigi atau mengasah gigi :: Hukumnya HARAM dan DILAKNAT kerana mempunyai unsur PENIPUAN . Harus memperbaiki gigi yang rosak , sumbing dan sebagainya yang bertujuan perubatan dan pemulihan .

➜ Mencukur alis dan mencabut atau menghilangkannya dengan apa cara sekalipun hukumnya HARAM

Perkara2 yang termasuk dalam mengubah ciptaan ALLAH ::

 Menyambung Rambut
::
Menggunakan rambut atau sesuatu yang menyerupai rambut di kepala termasuklah menanam rambut di kepala , memakai rambut palsu dan termasuk cara2 lain yang dilakukan oleh sesetengah orang pada zaman sekarang . Hukumnya HARAM .
➢Mewarna Rambut
:: Mengubah warna rambut dengan menggunakan bahan2 yang tertentu . Harus jika guna inai dan katmun , jika selain dari bahan ini adalah HARAM .


➢Lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya
:: Hukumnya HARAM dan dilaknat oleh Rasul saw kerana melanggar fitrah dan tabiat semula jadi manusia . Setiap ciptaan Allah mempunyai hikmat dan rahsia tertentu.

➢Mengubah anggota badan
:: HARAM tujuan kecantikan . Harus untuk memulihkan kecacatan ataun menggantikan anggota yang tidak berfungsi 
i . Pemindahan organ - memindahkan anggota badan manusia yang diambil daripada orang yang hidup atau mati . seperti pemindahan mata , jantung kepada yang yang memerlukan.

ii . Pembedahan dan pemindahan anggota manusia yang diambil dari binatang , harus hukumnya dan kecuali Anjing dan Babi.

iii . Pembedahan Plastik - HARAM tujuan kecantikan semata-mata . HARUS untuk perubatan dan pemulihan .

CARA ULAMAK ISTINBATKAN HUKUM ::

 1. Lafaz لـعـن yang bermaksud ALLAH MELAKNAT menunjukkan larangan pasti . Hukum haram membuat tatu , meminta dibuat tatu , mencukur alis , menjrangkan gigi dan mengubah ciptaan Allah untuk kecantikan .

Faktor Berlakunya Larangan Dalam Hadis

1. Tidak bersyukur dengan nikmat Allah
2. Iman lemah
3. Kurang didikan agama
4. Mengikut hawa mafsu
5. Mengikut peredaran zaman atau rakan sebaya

Langkah Mengatasi

1. Sentiasa bersyukur 
2. Yakin dengan kesempurnaan kejadian Allah
3.Mendalami ilmu agama
4. Mendekatkan diri kepada Allah
5. Mengadakan kempen & ceramah kesedaran

Hikmah Larangan

1. Mengubah kejadian Allah 
2. Melahirkan perasaan sombong
3. Tidak mensyukuri nikmat Allah
4. Memudaratkan anggota badan 
5. Menyerupai amalan orang kafir 
6. Terdapat unsur penipuan

Terima kasih kerana sudi tambahkan ilmu kalau ada pertanyaan insyaALLAH ada jalan penyelesaiannya =) Sharing is Caring =) So , jangan nakal2 ia nak ubah ciptaan Tuhan nanti Dia laknat tahu ! Ma'al Salamah Wa'lalikok =D



Sumber buku teks Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan  4 dalam bab Mengubah ciptaan Allah [hadis hukum] m/s :136* 

* SaLam MaaL HijRaH *

Assalamulaikum Semua =)
Salam Maal Hijrah 

Hi korang dah baca doa akhir tahun belum ? Ah kalau belum ah cepat baca doa ni =)
kalau tak korang buka mana kitab doa disertai dengan maknanya =) doa ni baca selepas asar  ::

Doa ni baca selepas solat magrib =) jangan lupa baca tau ::
Nota SeHaTi SeJiWa :: Arina harap ambil yang keruh buang yang jernih , biarlah yang pahit itu menjadi pengajaran dan pedoman dalam hidup . Yang baik itu dikekalkan sentiasa menjadi baik dan tahun yang bakal  dilalui ini akan menjadi lebih baik , amalan pun bertambah baik =)

Sunday, 11 November 2012

-> Hujan Same like Rain <-

Assalamulaikum Semua =)

Have a nice day =) gara2 hujan lah membuat Arina nak update story mory ni haha korang mesti fikir ah ! ni mesti cerita masalah dengan hujan kena lecak , main hujan . Okay ! saya dah besar hahaha Hujan itukan rahmat so , korang doa lah banyak2 mana tau nanti termakbul hehe mesti doa nak cepat kawin kan ? gatai ni * Harini Ahad ah ! cepatnya masa berlalu rasanya semalam hari jumaat hehe straight the point Hujan Same Like Rain haha mesti pening Rain tu hujan lah , hujan tu Rain lah huahuahua* 

Tadi tengah main kentot2 tu setengah blog tu ada kesan jejak Arina http://cikarinasukataip.blogspot.com/ [ ✿ Tatkala Aku B'Inspirasi ♥ ] - Maklumlah kan akak Aisyah Umaira' dah keluarkan senarai nama segmen dia tu berpusu2 lah blogger terjah blog2 yang ada dekat situ . Lepas tu terjumpa satu blog ni dia takde dalam senarai segmen tu ni jumpa dekat blog kawan , blog tu everthing semua yang penting jenis makanan lah -Muffin
tu nak cerita tu kerana hujan lah yang membuatkan perut Arina teringin sangat nak makan kek2 dekat situ --> http://fb-ilovebaking.blogspot.com/ <-- macam2 ada korang tengOk lah sendiri apa yang paling teringin nak tu ICE CREAM CONE CUPCAKES aish ! siapalah nak bagi cupcake tu dekat Arina petang2 macam ni untuk breaktea, secret admire pun takde haha 



Tengoklah bukan main lagi dia lambai2 tu haha benda2 macam ni salah satu favourite tau . Kalau nak usha , usha dengan ni tau  ! haha tapi ada lagi yang tekak ni suka haha kalau cakap tak cukup entry ni ah ! =) Arina siap cakap lagi dengan Sis tu bagilah satu teringin sangat =( -siap buat muka kecian lagi tau . hehe tapi seriously sejak2 ni Arin teringin nak makan muffin2 ni lagi satu dunot . Hari tu pasal tekak ni punya cite tetiba seorang teacher ni dia buat muffin coklat tapi sayang coklat dia sssstttttt tak ***** hehe tapi telan jelah =(
Buat Yg Dikasihi :: Kalau baik hati kalau ada lebih kat dapur hulur lah sikit dekat Arina =D -maaf muka xmalu :P Arina akan terima sebab dia FREE hehe Salam Syg Muffin CupCake Dunot 

Saturday, 10 November 2012

Cuba TengOk Header tu pusing2 Lah !

Assalamulaikum Semua =)

Malam yang nyaman , petang tadi tengok halaman rumah pun lembab2 sebab baru lepas hujan . Petang td macam2 ni jiran depan rumah buat ada ke nak gebang dengan radio dia tu - woi bang! kuat lagi radio uh , satu dunia dengar pun tak pe aman sentosa hidup tapi malang lah sikit sebab telinga masing2 dah pekak semua raga2 abg lah ! ok abaikan abg tu kejap lagi radio dia rosak padan muka dia huahuaa ! Arina nak cerita kat korang semua hehe tengok header atas tu cuba sentuh gerak2 kan ?? kan ? !#$%&*( pening kepala cik Timah hahah ) boring2 tu yang takde keje buat benda ni semua . :D piece yo (Y) .
Nota InspiRasi :: Kalau korang nak klik mana2 link klik cepat2 tau sebab benda2 semua secara automatik bergerak dengan cepat haha habislah korang ;-)

korang nak juga ke benda yang macam dekat atas tu meh kita ajar eh awak step by step kalau tak dapat makna takde rezeki lah tu better jumpa yang lebih pakar k . hehe =D

1. Dashboard > Template > Edit HTML > Proceed

2. Expand Widget Templates > Tekan ctrl + F

3. cari code dkt bawah nie :


a:hover {

Dia lebih kurang macam kod kat bawah ni ah 


a:visited {
  text-decoration:none;
  color: $(link.visited.color);
}


a:hover {
  text-decoration:underline;
  color: $(link.hover.color);
}


4. Kalau dah jumpa korang copy kod kat bawah ni :

padding-left:150px;
-webkit-transition: 2s;
-moz-transform: rotate(360deg);
-webkit-transform: rotate(360deg);
opacity:.01;
}


5. Paste dekat bawah a:hover { contohnya mcam ni :

a:hover {
padding-left:150px;
-webkit-transition: 2s;
-moz-transform: rotate(360deg);
-webkit-transform: rotate(360deg);
opacity:.01;
}


6. Whoaaa . Sebelum tu preview dulu . Kalau jadi baru save ok . Dah siap :)

7. Kalau korang just nak header je yang berpusing tukar kod tadi dengan kod ni :



.header:hover {
padding-left:150px;
-webkit-transition: 2s;
-moz-transform: rotate(360deg);
-webkit-transform: rotate(360deg);
opacity:.01;
}

Kalau nak copy tekan Ctrl + C dan paste =D

Nota kaki :: Maaf jika tak faham ke apa ke better ikut step by step kalau yang jadi bagus2 ! hehe kalau yang tak jadi cari yang lebih pakar ok . Just suka2 je Sharing is Caring =D Kalau tak jadi tu maybe kod dia tak sesuai kot ni hanya untuk Templates Simple *

Topup FREE by Apih

Assalamulaikum Semua =)

Kali ni join bro Apih Heykal punya GA hehe


Arina guna jenis prabayar MAXIS ah ! nak no telepon sekali tak mintak kat tokeh jual putu mayam k . Arina nak sangat topup FREE bukan sebab tak mampu k . Sebab dia FREE blog alah famous pulak tu bagi huahua* kalo ada rezeki alhamdulillah lakan . ok tu yang penting Arina nak dapat satu pengalaman dalam berblogging ni dengan dapat TOPUP FREE dari abg encem ni ! haha [gatal pula]-

Jom Join ramai2 =D 
Klik banner untuk join .
Tarikh tutup 30 NOVEMBER 2012

Segmen Sabtu : Jom Cari Follower Bersama AH

Assalamulaikum Semua =)

Harini Arina nak join Aisyah Humaira' segmen . Alang2 dah buka blog no join sekaki hehe


Klik Banner Untuk Join =)

Tarikh Tutup 11.50 pm malam ni
Jom ramai2 join =)

Tukar Header Lagi ?

Assalamualaikum Semua =)

Asal muka korang macam belajan ? sebab korang tak senyum kan ? kan ? Ah baik senyum sekarang , SENYUM . =D . Ah ! kan cantik lagi molek , kalau tak macam baru lepas telan kerbau . hehe . Korang sihat tak ? Mudahan sihat senyum selalu . Korang tengok tak Anugerah Skrin 2012 masa Pierre Andre dapat award ? Dia cakap Kalimah yang paling berharga adalah Laa 'ila hailallah . Jagalah kalimah itu dalam diri kita . Wah ! Arina suka ! suka ! hehe . zaman sekarang susah nak dapat orang macam tu =) yang ending dia satu dunia kecoh . haha no comment about that . wink~
Sejak2 ni tak tahu lah hati kurang berpuas hati dengan header blog , agak geram gitu kenapa diri ni kurang kreatif ? persoalan di sini hahaha -ayat perlu sumbat gula2 dekat mulut * dah banyak kali tukar . Untungla sapa yang pandai lagi kretif tukan haha . Sejak2 ni pula hati ni sering kali terpaut dan terpikat dengan warna yang agak menunjukkan diri feminine gitu haha especially warna pink campur peach brown2 haha korang tengoklah sendiri . korang nak tengok header yang paling buruk dekat dunia ? ah ni dia ah tengoklah bawah tu-

Buruk ! tapi dalam hati agak simple tu leh terima haha!

Yang atas dah tak lawa  . Tukar lagi yang ni sebab yang tadi dah tak berkanan lagi dalam hati ni * tengok tu takde benda lain katak tu jugak nak ambil pasuh tetiba ada burung sesat (L)
Last2 agak fade up gitu ah test lagi buat lah2 dapat idea buat yang macam kat atas ni hahaha sesuai dengan tema warna haha *

Nota Kepala :: Yup ! Saya tahu saya tak kreatif ! dah tahu lama tentang itu haha sedih ! Ok tu je nak kongsi aippp! jangan kutuk lebih2 kalau lebih kang malam ni ada penunggu dalam bilik anda hahaha ! Ayokk ! tak tahu . Ciri2 budak tu kepala bulat , badan bulat , takde tangan ,takde kaki , takde mata hidung tapi pakai baju tak tahulah kalau korang kemproh tak pakaikan dia baju hahaha ah ! apa benda tu ??? hahahaha

Bantal peluk adalah penunggu setia anda , sentiasa tunggu di dalam bilik . korang ada ? haha korang curangkan , malam peluk2 dia bila siang pandang dia pun tak hehe*
ok tu je mudahan pasni lebih kreatif =) k bubai . Salam alaik'

Don't akemyheart*