Assalamualaikum Semua =)
Now ! Arina nak sharing caring dekat awak2 semua tentang mengubah ciptaan Allah . Dengan membaca kita boleh tambahkan ilmu =) maklumlah tinggal beberapa hari je lagi exam dah nak sambung lagi so , cara macam ni juga automatik study sekalikan ? hehe Arin ambil basic je so , minggu depan exam P.Syariah Islamiah dan Science , yang tak ambil PSI tu dia ambil subjek P.Agama Islam . Kandungan PSI dengan PAI ni sama je tapi PSI lebih detail lah =) ada mengistibatkan hukum lah dan macam2 lagi . Ok kita start yang ambil PSI tu jOm study =)
PENGUBAH CIPTAAN ALLAH ::
Maksudnya :: Daripada Ibnu Mashud r.a katanya , Sabda Rasulullah s.a.w : Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu , yang mencukur alis , yang menjarangkan gigi untuk kecantikan , yang mengubah ciptaan Allah .
Larangan yang terdapat dalam hadis ::
➜ Membuat tatu :: Membuat tanda atau lukisan pada mana2 anggota badan secara kekal seperti di muka dan lengan . Hukumnya HARAM dan DILAKNAT. |
➜ Menjarangkan gigi atau mengasah gigi :: Hukumnya HARAM dan DILAKNAT kerana mempunyai unsur PENIPUAN . Harus memperbaiki gigi yang rosak , sumbing dan sebagainya yang bertujuan perubatan dan pemulihan .
:: Mengubah warna rambut dengan menggunakan bahan2 yang tertentu . Harus jika guna inai dan katmun , jika selain dari bahan ini adalah HARAM .
:: HARAM tujuan kecantikan . Harus untuk memulihkan kecacatan ataun menggantikan anggota yang tidak berfungsi
i . Pemindahan organ - memindahkan anggota badan manusia yang diambil daripada orang yang hidup atau mati . seperti pemindahan mata , jantung kepada yang yang memerlukan.
ii . Pembedahan dan pemindahan anggota manusia yang diambil dari binatang , harus hukumnya dan kecuali Anjing dan Babi.
iii . Pembedahan Plastik - HARAM tujuan kecantikan semata-mata . HARUS untuk perubatan dan pemulihan .
CARA ULAMAK ISTINBATKAN HUKUM ::
1. Lafaz لـعـن yang bermaksud ALLAH MELAKNAT menunjukkan larangan pasti . Hukum haram membuat tatu , meminta dibuat tatu , mencukur alis , menjrangkan gigi dan mengubah ciptaan Allah untuk kecantikan .
Faktor Berlakunya Larangan Dalam Hadis
1. Tidak bersyukur dengan nikmat Allah
2. Iman lemah
3. Kurang didikan agama
4. Mengikut hawa mafsu
5. Mengikut peredaran zaman atau rakan sebaya
Langkah Mengatasi
1. Sentiasa bersyukur
2. Yakin dengan kesempurnaan kejadian Allah
3.Mendalami ilmu agama
4. Mendekatkan diri kepada Allah
5. Mengadakan kempen & ceramah kesedaran
Hikmah Larangan
1. Mengubah kejadian Allah
2. Melahirkan perasaan sombong
3. Tidak mensyukuri nikmat Allah
4. Memudaratkan anggota badan
5. Menyerupai amalan orang kafir
6. Terdapat unsur penipuan
Terima kasih kerana sudi tambahkan ilmu kalau ada pertanyaan insyaALLAH ada jalan penyelesaiannya =) Sharing is Caring =) So , jangan nakal2 ia nak ubah ciptaan Tuhan nanti Dia laknat tahu ! Ma'al Salamah Wa'lalikok =D
Sumber buku teks Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 dalam bab Mengubah ciptaan Allah [hadis hukum] m/s :136*
|
nice sharing dik..betul tu..bersyukur dengan apa yang kita ada. rambut hitam dah cantik, kalau warna nanti nampak macam batang penyapu..opss..sila terasa..hehe.
ReplyDeleteentry yg sgt best :) Bermakna!
ReplyDeleteAlhamdulillah ada juga yg sudi membacanya =)
ReplyDeletekalau ubah ciptaan manusia? hik3 ^_^
ReplyDeleteitu xpe itu dikirakn kreatif dan inovasi =)
ReplyDeleteBetul hehe..terbaik info tu..
ReplyDeletearilimpian.blogspot.com
Salam..ape pandangan blogger dengan 'mengubah' ciptaan Allah secara semulajadi? Apa yang saya maksudkan ialah senaman dan pemakanan.Jika kita bersenam seperti angkat berat,otot di tubuh badan kita akan bertambah dan menjadi besar.Sekarang ini juga ada kajian mendapati tubuh badan manusia berpontensi menjadi lebih tinggi dengan menggunakan kaedah senaman seperti teknik regangan walaupun sudah mencapai usia dewasa.Apakah pandangan ustaz dalam perkara ini?
ReplyDelete