✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Tuesday 4 November 2014

Awak kat mana ?? awak kat mana ??

Bismillahirahmanirahim ...
Assalamualaikum semua =)

Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !

Rindu cik tak terkata kat hampa semua kiki luv u alls

hey ! siapa yang pandai2 tampal iklan " sila bersihkan najis dan habuk diblog anda ! " kuang ajaq ! kuang ajaq ! mai cik nak habaq , cik dah kemas sikit nah ... cik pengotor kah ? maaflah cik busy lah . sekarang cik dah tak busy . cik mai nak blogging lagi ni . cik banyak sharing2 ni . hampa tau dak banyak entry terendala . penat cik dah taip2 cik simpan dalam draft tak sempat nak post nah . haha dosa tak ? 

Awak kat mana ? awak kat mana ?
saya dah kat SINI lah 
hihi



kiki lawak video ni ..

Sapa ada blog tu mai lah tinggalkan link kat sini mai cik nak singgah ..
lama dah cik tak blogwalking kiki
mai ... mai .. mai .. cik nak singgah ..
apa yang best kat blog hampa semua .. cik ngha tak da koja ni ..huhu
jangan malu jangan segan mai .. mai ..

Nama cik : Cik Arina
Umuq : 19 tahun (tue dah tp still awek muda)
orang mana ? : johoq tp i saja nak kecek2 loghrat ni ..

(haha jahanam)

k bye ! Assalamualaikum

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK BLOG KAT COMMENT LEPAS BACA ENTRY NI 
SALAM PERKENALAN 

Wednesday 28 May 2014

rejab sudah


Assalamualaikum  
salam sejahtera semua dan selamat datang bulan rejab 
dan tingkatkanlah buku amalan sesungguhnya bulan inilah bulan Allah .
Digalakkan sangat bagi umat islam untuk berpuasa sebulan . Wah !! banyaknya fadilatnya .
Ditambah lagi harini hari sejarah bagi umat islam ISRA' WAL MIKRAJ , wah ! bestnya . kita ni umat akhir zaman , entah bila2 sahaja kiamat tu nak datang . Nah , amalkan setiap hari baca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir surah kahfi lindung diri dari fitnah dajjal dan fitnah masa hidup dan mati nanti . InsyaAllah

Lamanya Arina tak berblog ni , rasa kekok pun ada bila menaip ni , ayat pun tonggang langgang ni .. asihh ... susahlah macam ni kata nak famous dalam dunia blog ??? ketap bibir dahi bekerut ... haha status apakah ini ..

Arina nak story apa ni .  macam tak tahu nak cerita yang mana satu , Arina banyak nak story  ni maklum ler dah lama tak berblog ni . nak blog je ada je halangannya . Ni ada kesempatan ni blog ... Yeah taip cepat2 .. sepantas kilat /.

Okay Arina story about pengalaman dekat MJ eh . Pengalaman berjumpa dengan seseorang . cop2 bukan sesorang but banyak oranglah .. hehe pening dah . Pertama, ni dah lama dah ceritanya bulan dua masatu lah , tak silap .. Arina jumpa Da'i Azamuddin Al-Kankari , finalis da'i Milenia dekat TV3 tu yang pemenang dia Da'i Adibah tu . Arina pun tak tengok sangat program realiti tv tu , tengok gitu2 je . 

Ni bukan nak kutuk lah but Arina teperanjat je , dia datang nak bagi motivasi dekat pelajar MJ ni . Dari jauh Arina cakap dalam hati " siapa pula mamat tu dengan jubah purple dia , topi macam tu , stokin ikut tema baju , alahai mamat ni skema lah " tak taulah pula dia tu Da'i Azam  . Diri je atas pentas " Assalamualaikum ... W .. b .. t.. " "semangat betul mamat ni nak bagi motivasi . Layankan ajelah yang penting ilmu . Disaat dia perkenalkan nama ape semua .. oh baru tahu da'i azam rupanya .. feeling excited lah juga kan..
 

Arina pun tak sangka Imam Muda Hassan pun ada masa tu tapi Arina tak jumpa dia pun , tak dop rezeki nak jumpa dia sebab belah pagi dia bagi ceramah untuk pelajar Marsah then terus balik sebab ada hal , kalau tak , boleh jumpa kan . Dapat berukhwah jelah dengan Da'i Azam ni . Ah pakaian nilah Arina cakap , lawa kan .. terbaiklah memang ada style . Mentang2 Maahad ni temanya warna purple dia pun serba purple Tapi , semua tu tak penting , yang penting ilmu yang disampaikan . =)

Kedua , Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail dan Ustaz. Badli Shah Alauddin masa dalam majlis Forum Perdana Ehwal Islam dekat English Collage (EC) . Tak sia2 uolls ! Arina dari Maahad jalan kaki lalu laluan short cut nak ke Ec , akhirnya Tuhan dah takdirkan Arina akan berjumpa dengan mereka semua . First time tau dapat masuk Tv , di zoom2 lagi muka ni hahak , so funny . Dapat juga Arina berpeluk dengan Dr.Sharifah dan diberikan kata2 semangat dan doa untuk jadi anak dan wanita yang solehah , Amin .

Seterusnya ah ni kalau nak bercerita yang baca kena tahan nafas , nafas pendek tak boleh cerita dengan tak boleh baca hehe , Arina belajar Tahsin dengan Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2003 , Dato' Haji Ahmad Faizul bin Ghazali Hafiz . 
Tips Permakanan untuk kita sempurna membaca Quran  :

1 . Jangan makan minum yang terlalu sejuk
2. Yang terlalu panas (terutamanya tembikai)
3. Bergetah
4. Pedas
5. Berminyak


Sedikit perkongsian , Selalu buat senaman leher bahu mulut biar lembut bila kita baca quran nak sempurna baca quran ,tajwid kena betul , kena ada seni dan gaya , last mengarabkannya kerana dia arab bukan bahasa lain , kalau bahasa Jepun ikut lenggong jepun cakap . hehe 

Lagi ..
Pada mulanya Arina tak tahu pun pasal kejadian ni , Arina just pernah dengar then buat sambil lewa , sampaikan satu hari tu , satu asrama bagaikan kena rasukan dengan hanya satu novel je kot , Novel Cerita Cinta Ahmad Ammar . Kebetulan masa tu baru dapat baucer 1 Malaysia RM250 tu , balik dari hangout semua beli buku tu termasuklah Arina . Sanggup satu malam study dengan novel tu . Nak tahu lebih lanjut KLIK SINI .

Dari situ Arina diperkenalkan dengan badan2 yang ada dekat Malaysia ni salah satunya nilah ABIM , GPTD dan lain2 . Satu malam Maahad dikunjungi oleh penerbit novel CCAA ni ,


Penerbitnya iaitu Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi lebih dikenali ( Zahiruddin Zabidi ) , Dia datang bagi ceramah motivasi serba sedikit tentang Arwah Ammar dalam buku ni , tentang kematian yang menghidupkan . Dia juga penulis terkenal juga banyak karya dia hasilkan antaranya buku La Adri , Rabiatu Adawiyah , hebatnya Nabi Muhammad S.A.W dan banyak lagi .


Tak sangka dapat jumpa penulis buku dan penerbit buku CCAA ni , alhamdulillah tak sangka sangat tapi , paling tak sangka dapat jumpa ahli keluarga arwah Ahmad Ammar . Ya Allah memang tak percaya , 

Oppss ! Arina tak da pun dalam gambar tapi , time ni terharu sangat . gambar first tu lelaki pakai baju JDT bersongkok tu , tulah Ustaz Adam , Syukran Jazilan Ustaz panggil dorang ke Maahad =) , budak kecik tulah Najla , geram tengok teringat kata2 akhir dia cakap untuk arwah , Najla " Bye Cik Am ! " . bye untuk selama2nya . Wah sedihnya . T_T. Nak tahu lebih lanjut pasal ni KLIK SINI .

Yang Terakhir , wah ! banyak ni Arina cerita , mesti penat korang baca Arina bebel2 ni , ni paling Arina sentap tersangat , sentap dengan penuh keinsafan betapa kurangnya ilmu didada dan hubungan Arina dengan Yang Esa . Baru2 ni Maahad didatangi oleh seorang ulama nusantara iaitu Sheikh Muhammad Nuruddin dari Indonesia , datang untuk bagi ceramah israk dan mikraj .


Kelakar sangat dia buat ceramah tapi , dia seorang yang tegas , sebelum majlis ni mula ustaz Arina Ustaz syafiq berulang ulang kali dia cakap , ustaz ni memang pentingkan adab dalam majlis ilmu , beliau pesan masa sheikh bagi jangan bercakap , jangan tidur ,jangan makan minum , jangan garu2 , jangan banyak sangat gerak kaki sebab semua ni adalah adab ketika menuntut ilmu , sheikh ni sangat mengambil berat tentang ini kerana sheikh ini merasakan kehadiran para malaikat di majlis ilmu ini . kalau ada yang buat hal yang tak patuh arahan ni diberi kata dua , orang tu keluar dari majlis ilmu atau sheikh itu sendiri akan meninggalkan majlis tu.

Memang betul pun masa program berjalan tetiba sheikh menundi jari kepada salah seorang penuntut ilmu " Yang tidur itu keluar , kamu tidur dari saya mulakan program kamu keluar , kamu tidur keluar ..." tiga kali tu dia cakap then laki tu pun keluar .. seram jugak masa tu . Tapi , ilmu yang disampaikan banyak bermanfaat . Sungguh syahdu di akhir majlis bila mana alfadhil ustaz hafiz mansor meminta pada syeikhuna supaya mendoakan hadirin yg hadir dikumpulkan bersama para solihin dan Rasulullah di mahsyar nanti hinggakan ramai hadirin yg menitiskan air mata..

Allahu Allah..

Lagi seorang hamba Allah yang sangat mulia , Allahuakbar Tuan Guru Syeikh Ibrahim Ibn Masran Al-Banjari , Arina bangga terharu dapat jumpa dengan meraka setiap majlis ilmu beliau merasakan kehadiran malaikat dan Nabi Muhammad SAW. syeikh ni akan adakan kelas setiap malam jumaat , pengajian kitab risalah muasol , beliau akan meriwayatkan hadis untuk diijazahkan kepada kami pelajar maahad . baru belajar dua hadis , sebab sheikh selalu didatangi ujian hidup tapi masih bersemangat untuk menghadiri pengajian dan majlis2 ilmu .

Orangnya lembut je sejuk mata memandang .
Syeikh Ibrahim bersama2 syeikh muhammad Nuruddin nilah ulama yang Arina pernah jumpa depan mata sendiri . Allahuakbar ! Mudahan dengan berkatnya Arina dapat bersama2 dengannya dipadang masyar disisi Sang Pencipta dan penghulu agama kita Nabi Muhammad SAW Amin Ya Rob 

Maaf dari kesilapan Arina , yang baik datang dari Allah dan yang lemah datangnya dari diri Arina yang dhoif ini . Huallahualam , ini jelah pengalaman Arina yang dapat Arina kongsikan bersama2 =) Allahumma yassir wala tu 'assir wa tammim bikhair .
Assalamualaikum Semua =D

Cerita Cinta Ahmad Ammar


Antara buku yang mencatat jualan terlaris di Malaysia. Hebatnya seorang anak muda yang tidak terkenal ketika hayatnya, tetapi disebut dan disanjung selepas kematiannya. Allahyarham Ahmad Ammar, seorang remaja berusia 20 tahun meninggal dunia di Turki akibat kemalangan jalanraya.

Sehidiz ammar nama yang cukup baik . Dalam bahasa arab nama amar bermaksud kuat iman, lemah lembut,dan bersifat memakmurkan.Dengan nama sudah meunjukkan keperibadian beliau.Seawal umur beliau berumur 13 tahun lagi beliau telah mempunyai matlamat hidup.Mungkin pada anak biasa hari ini,setelah keputusan spm keluar baru memikirkan matlamat hidup mereka.tetapi berlainan dengan beliau. seorang anak yang sangat menghomati orang tua. Keperibadian beliau amat mengangumkan bagi seorang anak remaja pada zaman kini.Syahid yang tertangguh.


Ketika sedang menuntut di Universiti Marmara, Ammar telah berjaya khatam Risalah an-Nur dan menghayati isi kitab itu dalam masa lapan bulan, di mana agak mustahil bagi pelajar semuda itu untuk menguasainya. Penguasaan dan fahamannya menyebabkan Ammar diberi kepercayaan oleh gurunya untuk mengajar Risalah an-Nur kepada umum.

Pada hari kematiannya, Ammar dalam perjalanan untuk mengajar buat kali pertama Risalah an-Nur kepada pelajar yang baru tiba di Turki. Dan tajuk yang sepatutnya Ammar sampaikan pada hari tersebut adalah ‘Keikhlasan’. Ammar menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan untuk menyampaikan ilmu akhirat.
Jasad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat Nabi, auliya’, Panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki.

Perjuangan dakwah Ammar, kajiannya dalam sejarah Uthmaniyyah, semangat jihad, dan akhlaknya wajar mampu membakar semangat juang anak muda. Selain menjaga hubungan dengan ALLAH, sikap Ammar yang disenangi orang sekelilingnya wajar dijadikan contoh untuk diteladani.

Apa yang menarik tentang buku CCAA ini adalah, bukan sahaja ia ditulis oleh ibu bapa Ammar, malah kakak dan rakan-rakannya turut mencoret kenangan sepanjang hayat Ammar. Selain menceritakan keperibadian Ammar, buku ini turut menyelitkan beberapa hadith, dan serba sedikit mengenai Risalah an-Nur tulisan Imam Badiuzzaman Said Nursi.


Arwah Ahmad Ammar adalah seorang anak lelaki tunggal yang diharapkan oleh orangnya tua untuk berbakti kepada masyarakat dan menjadi pewaris dakwa tapi niat tidak kesampaian Tuhan lebih sayang dia .

Nak tau lebih lanjut beli eh bukunya hangat di pasaran kau ! hehe =) 

Snap picture dengan akak dan abg ipar Ahmad Ammar dan tenaga kuat GPTD abg hakim (bekas pelajar Maahad Johor 2004 , pandai cakap korea ) , abg Huzaifah ada menulis sebahagian chapter dalam CCAA ni .


Dapat sign mereka semua . Abg Suhail cakap pandai cakap 4 bahasa okay dah boleh join GPTD , buat masa sekarang boleh cakap Bahasa Melayu dengan fasih sebab orang melayu , Bahasa Inggeris boleh tapi kurang praktis maklum darah bercampur jawo lograt pun slank jawa sikit , Bahasa Arab tengah usahakan , ah lagi satu bahasa ... bahasa apa nak belajar ni pasni .. ??? ceh..
Gambar tak jelas okay Arina berdiri betul2 sebelah akak Ammar , sweet tak ? masa ni Najla merengek2 nak jumpa bapa dia yang kiteorang sibuk nak tangkap gambar . Kenangan wOo .. 


Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati 
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku 
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku 
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Lagu Dengarlah Bintang Hatiku ni salah satu lagu Ammar suka nyanyi ..
sampai disini sajelah dari Arina , maaf kalau ada salah silap =)
Sedekah kan Al-Fatihah untuk Arwah Ahmad Ammar moga dirahmati Allah

Jangan lupa beli Novel ni tau agar ia dapat beri inspirasi dan pedoman ntuk diri kita  =D
Assalamualaikum ..=)

Sunday 2 February 2014

Tentukan Kematian

Assalamualaikum semua =) Allahuakbar sekejap jekan dah bulan Februari . Pertama ,  Arina ucapkan selamat hari jadi kepada kak cik =) SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI , TABAH MENGHADAPI UJIAN ALLAH .

Arina nak share sedikit tentang satu tajuk ni , harap maaf ia Arina bukan banyak ilmu mana pun ,cuma sekadar nak berkongsi apa yang Arina tahu dalam kehidupan ini , sebarkan lah ilmu walaupun sedikit , Arina nak santai santai je bagitahu , Saja nak mengisi masa yang terluang dengan bermanfaat , mudahan kita semua tersedar dan kembali ke jalanNya , Amin. 

Tentang KEMATIAN . Kita boleh ke bawak main main dengan kematian ? kita sedar atau tidak sedar kita hidup ni untuk siapa ? tapi ramai diluar sana yang masih tersasar jauh , kita tak payah lihat orang jauh , orang yang dekat dan hampir dengan kita , lebih dekat lagi diri kita sendiri , adakah amalan kita cukup untuk bertemu denganNya ?? 

Kenapa nak cakap pasal mati ni ?

Arina nak share sikit yang mana belum tahu tu , Wahai umat sekalian semua kita akan MATI dengan cara yang kita SUKA . contohnya seseorang itu mati disebabkan merempit , maknanya dia mati sebab dia suka merempit , dia suka bila mati dalam keadaan dia merempit . Eh betul ke ni ? tu Arina cakap ilmu Arina ni banyak kekurangan dan kelemahan . Tetapi kalau yang tahu lebih lanjut tu kaji lah sendiri Surah Muhammad . Macam para sahabat sendiri mahu dan mahu sangat mati dalam keadaan mati syahid , dengan keadaan apa jua beliau sanggup lakukan demi syahid . Akhirnya Allah makbulkan permintaannya untuk mati syahid , mati dalam peperangan. 

Dunia akhir zaman ni kenapa ta ada perang ? lagi lagi dekat negara kita , sedangkan banyak dah umat islam dihina ditindas . sebab musuh kita tahu jika mereka berperang dengan kita , sudah tentu kita sangup berperang kerana kita nak merebut mati syahid . Jadi , mereka dengan perlahan perlahan hapuskan kita dengan penipuan halus . 

Habis yang baca ni nak mati yang bagaimana ? Jadi dari sekarang kita perlu sentiasa berdoa agar kita mati dengan cara yang diredhai Allah dan tempat yang sepatutnya dan terhindar dari azabNYa. 


Kawan satu bilik Arina ada kongsikan satu cerita tentang ustaz dia yang hensem menjadi kegilaan pelajar dekat sekolah tu , almaklum budak baru naik normal lah ada perasaan macam tu bila tengok rasa tergugat iman ni hehe . Ustaz ni cerita tentang pengalaman beliau ketika sambung belajar di Mesir . Arina bagi nama ustaz ni Ustaz.Fuad ia sebab kawan Arina tu rahsiakan nama ustaz ni . Ustaz.Fuad ni masa sem last berkenalan dengan satu gadis di Mesir ni dari seorang kawan ustaz dan gadis tu sangup berkahwin dengan ustaz ni . ustaz ni pun pada yang sama ada hati juga nak mengawini gadis ni kerana sifat cukup memenuhi sifat gadis pujaan dia . 

Ustaz ni pun bagitahu ibu kesayangan dia , tetiba ibu ustaz ni cakap nanti balik Malaysia nanti kawin tapi dengan gadis pilihan ibu , ibu dah carikan calon isterinya , ibu berkenan sangat dengan budak tu .Ustaz tu terdiam dan terkelu ,dulu ustaz ni masa kecik nakal sesangat , semua kehidupan dia ibu dia tentukan sehinggalah ustaz tu jadi ustaz . Jadi ,bila dah besar ni ustaz ni tak nak membantah sedikit pun malah turut sahaja kata ibunya . Esoknya ustaz tu bagitahu dekat gadis Mesir tu tak boleh teruskan hubungan ni , gadis tu pun hampa mengelinang air mata , ustaz pun tak boleh nak buat apa apa .

Ibu ustaz tu berkenan dekat gadis tu sebab baik sangat akhlaknya , manis je muka sejuk mata memandang , dalam satu majlis tanpa dijangka ibunya terjumpa gadis tu , ibunya perhatikan saja gadis tu , ibunya makin cair . setelah ustaz balik Malaysia esokkan harinya ustaz dapat berita dari kawannya gadis Mesir tu meninggal dunia ketika dalam sujud dengan mengelinang air mata . Ustaz ni pun rasa sedih teramat , dah lah sama sama saling menyintai . 

Selang beberapa hari ibunya dah aturkan majlis perkahwinan dengan gadis pilihan ibunya . Ustaz taknak menghampakan hati ibunya malah turutkan je . kali pertama ustaz tengok gadis tu pun teringat akan gadis Mesir tu , gadis pilihan ibunya ni gadis biasa biasa je dari sekolah menengah biasa , tetapi gadis ni berbeza dengan gadis yang lain , gadis ni cukup menjaga akhlaknya , pakai tudung labuh , pemalu orangnya , tu yang ibu ustaz ni terpikat . 

Suatu hari kawan Arina bertemu dengan isteri ustaz ni setelah sebulan dihijab kabulkan , Ya Allah memang betul isteri ustaz ni comel sangat sama sama pemalu macam ustaz . Allahuakbar mesti ada hikmah kan pilihan ibunya . Jadi perempuan diluar sana jagalah akhlak jangan sia siakan kecomelan kita tu . 

Arina dapat tahu kita boleh mati syahid dengan bercinta kerana Allah tapi bila kita suka seseorang tu jangan bagitahu orang lain , pendam je , doa je pada Allah mudahkan urusan jodoh tu , insyaAllah Tuhan bagi apa yang kita nak . Kalau kita mati disaat kita berdoa rindu sangat sangat akan lelaki itu ,katanya mati syahid . Huallahu alam. yang penting biarlah mengikut cara islam , jangan lah sekali pergi jumpa bomoh .. jauhkanlah Ya Allah . 
Amin Ya Rob.

Akhir kata , Cari keredhaan Allah dan carilah erti sebenar cinta sejati dan hakiki .

Cintakan bunga akan layu
Cintakan manusia akan mati
Cintakan Allah kekal selamanya
Itulah cinta 
Cinta Yang Hakiki


Tu je Arina nak sampai mulai sekarang tentukan dengan cara bagaimana kita nak mati ,dekat dekatkan lah diri dengan Allah =) Yang kurang tu datangnya dari kelemahan diri Arina sendiri yang kurang akan ilmu dan dan yang baik tu semua datang dari Allah yang Maha Esa . Assalamualaikum =)

Friday 31 January 2014

MJ2014

Assalamualaikum 

Assalamualaikum

Assalamualaikum

Alhamdulillah .. Allahuakbar .. MasyaAllah .. Lailahaillallah ..
Alhamdulillah Allah masih beri kita nikmat untuk meneruskan kehidupan sementara ini dengan sebaik baiknya . Dah bersedia belum untuk hadapi MATI ? dah cukup belum amalannya ? Allahuakbar mudahan kita diberikan petunjuk kejalan yang benar . Amin Ya Rob ..  

Lama juga Arina tak berblog ni adalah juga dalam 5 bulan . hehe kakak abang adik beradik apa khabar semua ? sihat tak ? mudahan semua dipermudahakan urusan ia . Amin . 5 bulan tu tengok macam lama tapi sekejap jekan . Ah terlupa pula kan SELAMAT TAHUN BARU CINA semua . sedaplah kan semua dapat cuti dapat luangkan masa seisi keluarga . Arina pun happy Jiddan(sangat) ni . Almaklum hampir sebulan masuk penjara . Ah penjara ?

Awal bulan januari Arina dapat tawaran sambung belajar . Kan Arina dah cakap kalau ada niat baik , InsyaAllah Allah permudahkan . Tahun lepas banyak dah pengalaman pahit manis Arina , belajar erti bekerja sendiri , cari duit sendiri . Label [kenanganTakbolehdilupakan] hehe . Arina dapat sambung belajar dekat Maahad Johor . Dia macam form 6 tapi dia setahun je (2 semester) biasakan form 6 dua tahun . Nama exam pun lain STAM biasakan STPM jadi , mulai tahun depan STAM dan STPM adalah setaraf . Pemimpin kitakan suka benda yang adil lagi saksama . 

Nilah kali pertama Arina duduk di asrama . Sedih juga bila tinggalkan umi tersayang sorang sorang, tulah ujiannya bila berpisahan . Apa nak taip lagi ni ? lupa dah terkesima tengok MAHARAJA LAWAK MEGA ni ..almaklum dekat JB dekat jugak tempat belaja . Teruskan teruskan . hehe Pengalaman sebulan dekat sana ? 

Suatu pagi yang dingin , satu aspuri bangun lambat sampaikan Qiyamullail terlajak , tahu tahu dah pukul 5.30 pagi . Kelam kabut keadaan asrama tu . Pergi je surau , ada seorang ustaz ni dah tunggu , dia cakap pagi pagi yang indah sangat cuacanya ni , cara sesuai untuk kita jaga kesihatan badan , saya ada tips untuk buang toksin dalam badan , lepas ni semua beratur bergegas berjalan kaki tanpa kasut ke Masjid sebelah (MasjidSultanAbuBakar) jangan ada yang bawa kasut ea. Yang perempuan semua buat tak tahu tetiba ustaz cakap yang perempuan pun sama ia , kita solat subuh berjemaah dekat Masjid .  Dengan jalan bertar-nya kena jalan kaki tak pakai kasut , uh memang buang toksin pagi pagi . Banyak lagi pengalaman pengalaman kawan kena histeria lah . aspuri tada air lah . anjing berkeliaran kata anjing tu baik jaga tempat barakah ni, almaklum maahad ni bangunan lama juga dan banyak ulamak ulamak dilahirkan .

Rasa macam nak taip lagi , tapi takpelah lain kali arina taip lagi ia , insyaAllah doakan jelah Arina dapat luangkan masa nak mengupdate ni , insyaAllah kalau tada apa apa , Arina update tentang MEMANAH ok . =) assalamualaikum bertemu kali di lain hari . Jangan lupa perbaiki amalan dan selalu dekat dengan Allah .. Assalamualaikum semua =)