✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Wednesday, 28 May 2014

Cerita Cinta Ahmad Ammar


Antara buku yang mencatat jualan terlaris di Malaysia. Hebatnya seorang anak muda yang tidak terkenal ketika hayatnya, tetapi disebut dan disanjung selepas kematiannya. Allahyarham Ahmad Ammar, seorang remaja berusia 20 tahun meninggal dunia di Turki akibat kemalangan jalanraya.

Sehidiz ammar nama yang cukup baik . Dalam bahasa arab nama amar bermaksud kuat iman, lemah lembut,dan bersifat memakmurkan.Dengan nama sudah meunjukkan keperibadian beliau.Seawal umur beliau berumur 13 tahun lagi beliau telah mempunyai matlamat hidup.Mungkin pada anak biasa hari ini,setelah keputusan spm keluar baru memikirkan matlamat hidup mereka.tetapi berlainan dengan beliau. seorang anak yang sangat menghomati orang tua. Keperibadian beliau amat mengangumkan bagi seorang anak remaja pada zaman kini.Syahid yang tertangguh.


Ketika sedang menuntut di Universiti Marmara, Ammar telah berjaya khatam Risalah an-Nur dan menghayati isi kitab itu dalam masa lapan bulan, di mana agak mustahil bagi pelajar semuda itu untuk menguasainya. Penguasaan dan fahamannya menyebabkan Ammar diberi kepercayaan oleh gurunya untuk mengajar Risalah an-Nur kepada umum.

Pada hari kematiannya, Ammar dalam perjalanan untuk mengajar buat kali pertama Risalah an-Nur kepada pelajar yang baru tiba di Turki. Dan tajuk yang sepatutnya Ammar sampaikan pada hari tersebut adalah ‘Keikhlasan’. Ammar menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan untuk menyampaikan ilmu akhirat.
Jasad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat Nabi, auliya’, Panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki.

Perjuangan dakwah Ammar, kajiannya dalam sejarah Uthmaniyyah, semangat jihad, dan akhlaknya wajar mampu membakar semangat juang anak muda. Selain menjaga hubungan dengan ALLAH, sikap Ammar yang disenangi orang sekelilingnya wajar dijadikan contoh untuk diteladani.

Apa yang menarik tentang buku CCAA ini adalah, bukan sahaja ia ditulis oleh ibu bapa Ammar, malah kakak dan rakan-rakannya turut mencoret kenangan sepanjang hayat Ammar. Selain menceritakan keperibadian Ammar, buku ini turut menyelitkan beberapa hadith, dan serba sedikit mengenai Risalah an-Nur tulisan Imam Badiuzzaman Said Nursi.


Arwah Ahmad Ammar adalah seorang anak lelaki tunggal yang diharapkan oleh orangnya tua untuk berbakti kepada masyarakat dan menjadi pewaris dakwa tapi niat tidak kesampaian Tuhan lebih sayang dia .

Nak tau lebih lanjut beli eh bukunya hangat di pasaran kau ! hehe =) 

Snap picture dengan akak dan abg ipar Ahmad Ammar dan tenaga kuat GPTD abg hakim (bekas pelajar Maahad Johor 2004 , pandai cakap korea ) , abg Huzaifah ada menulis sebahagian chapter dalam CCAA ni .


Dapat sign mereka semua . Abg Suhail cakap pandai cakap 4 bahasa okay dah boleh join GPTD , buat masa sekarang boleh cakap Bahasa Melayu dengan fasih sebab orang melayu , Bahasa Inggeris boleh tapi kurang praktis maklum darah bercampur jawo lograt pun slank jawa sikit , Bahasa Arab tengah usahakan , ah lagi satu bahasa ... bahasa apa nak belajar ni pasni .. ??? ceh..
Gambar tak jelas okay Arina berdiri betul2 sebelah akak Ammar , sweet tak ? masa ni Najla merengek2 nak jumpa bapa dia yang kiteorang sibuk nak tangkap gambar . Kenangan wOo .. 


Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati 
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku 
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku 
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Lagu Dengarlah Bintang Hatiku ni salah satu lagu Ammar suka nyanyi ..
sampai disini sajelah dari Arina , maaf kalau ada salah silap =)
Sedekah kan Al-Fatihah untuk Arwah Ahmad Ammar moga dirahmati Allah

Jangan lupa beli Novel ni tau agar ia dapat beri inspirasi dan pedoman ntuk diri kita  =D
Assalamualaikum ..=)

No comments:

Post a Comment

Awk tinggalkan lah comment
saia cyg awk kalau awk comment
piece (Yo)~