✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Monday 30 April 2012

Simple

Salam semua :)

Oh yah ! memandangkan dah nak bulan Mei 5 ni kan tetiba je Arina nak buat perubahan pada blog ni , satu2 Arina buat tukar background yang nampak soft je kan bila tengok .
maybe mood bulan Mei sensetif kot kena yang baik2 jew lembut2 jek so, jangan buat Arina annoying ! haha gurau je . just ramalan jew .


Dengan bunga kecik2 alah comelnya haha takde sapa puji , puji lah diri sendiri :)
Bila dah tukar background uh tergerak lak nak tukar apa nama yang kat atas uh alahai Arina lupa namanya alah benda alah ni ---->

Ah tulah ! haha nak menyebutnya pun dah lupakan ! Aishh memang nak kena puk ni 
hehe :P nampak simple2 jekan sejuk mata ana memandangnya haha
lepasni lak tak tahu apa yang nak ditukarnya . hehe Arina ni memang cepat jemu dengan sesuatu benda , sentiasa ank nampak baru jek matanya hehe
okay tu jew Arina nak cerita 30 April 
Kita jumpa update seterusnya k :)
salam sayang :P

Orang Putih Orang Pakistan
Terima Kasih Syukran Yazillan 

pantun2 segalaan :P

Berita Hidup Arina

salam semua :)

Al-kisah wujudnya bila ada bloggg ... Erggg !! tak de mengena dengan post ni laa
Arina tak sangka harini hari terakhir bagi bulan April , esok dah masuk bulan Mei .
Alahai cepatnya masa berlalu ni fasal apa ?
sedihnya lahai kang tup2 dah exam . ni yang seram bulu roma terjungkit2 haha tipu jek :P
Rasanya baru semalam je kita happy2 sebab nak masuk bulan April rupanya esok dah bulan Mei hampehkiah betOlkan ! tak pelah mungkin ni ada hikmahnya kan :) .

Ah ! harini kan hari jadi kawan Arina :)

┈┈┈☆☆☆☆☆☆☆☆☆┈┈┈ 
┈┈╭┻┻┻┻┻┻┻┻┻╮┈┈
┈┈┃╱╲╱╲╱╲╱╲╱┃┈┈
┈╭┻━━━━━━━━━┻╮┈
┈┃╱╲╱╲╱╲╱╲╱╲╱┃┈
┈┗━━━━━━━━━━━┛┈
✿⊱╮…HAPPY BIRTHDAY TO YOU….╰⊰✿

" SEMOGA KAU PANJANG UMUR , SIHAT , MURAH REZEKI "
GUD LUCK FOR UR EXAM
STUDY SMART OK !
Lalalala :: Rindu kau banyak2 !


MOHD FADZLI B.MAZLAN 

Saturday 28 April 2012

"Mega Simple Giveaway by Nabila and Sha!"




info selanjutnya ckil banner :)
luput sebelum 15/5/12

"mama lynn 1st giveaway"



Arina join mama lynn :) info selanjutnya clik banner :)

Thursday 26 April 2012

Aku Ingin Jadi Solehah Di SisiMu



Lembut wanita kerana senyumannya
Cekal wanita kerana beraninya
patuh wanita kerana kesetiannya
Sabar wanita kerana imanya
kasih wanita kerana belaiannya
Lemah wanita kerana air matanya

Ikhlas wanita kerana simpatinya
Pendam wanita kerana cemburunya
sayang wanita kerana sikap keibuannya
Tanpa wanita lelaki jadi lemah
kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah ...




Mampukah aku menjadi wanita solehah ?



Matiku Hidupku Segalanya ku serahkan padaMu
Ku milikMu ! 

Semua ini keranaMu ALLAH !!!




Monday 23 April 2012

Saya Syg Sama Itu Nama Kawan :)





Ni kawan saya yg sangat "HAPPENING"
Dia juga sangat "AWESOME"

SEGALANYA MEREKA !!!

SETIAP MANUSIA PASTI ADA KELEBIHAN & KEKURANGANNYA 

sayangilah rakan anda kerana dia anda memilih kiri dan kanan ?
penentu hidup seiring dengannya :)





KAWAN DIUTAMAKAN 
KEJAYAAN SEBAGAI MATLAMAT !!!

MARHAH ! MARHAH ! MARHAH !

sekian ,,,,

ArinaMilikDia


Thursday 19 April 2012

=p

Wednesday 18 April 2012

Adakah Tuhan Itu adil ?



Salam semua !
Harini Arina sedih sangat 
kenapa lah orang sekeliling ni tak memahami diri kita ?
Tension ! kalau selalu diperlaku sedemikian
Macam nak jerit sekuat-kuat hati sahaja ,
hendak mengalirkan air mata aku tidak mampu lagi .
Bukan niat hati untuk menyalahkan takdir tetapi rasanya diri ni bagai tidak diperlukan lagi , semua orang disisi tidak ambik peduli tentang diriku lagi . 
terasa hati bila kita macam disingkirkan dipersisihkan disebabkan kerana dia tidak mahu kita lebih darinya . Aku manusia biasa menginginkan itu semua tapi mengapa tiada yang faham !


Ya ! aku mengaku , aku seorang manusia yang tidak mengenal erti cukup .
Aku inginkan kepuasan dalam diri aku , itu kerana aku sentiasa naikkan diriku lebih berpotensi tetapi kenapa ? usaha yang aku tunjuk tidak nampak dimata orang sedangkan dia hanya mendiamkan diri malas hendak berusaha tetapi, dia yang lebih dariku ! kenapa semua ini terjadi !!!



Adakah Tuhan itu tidak adil ?
Jika dia tidak adil tiada semesta alam terbentang luas pada hari ini .
Adakah Tuhan ingin mengujiku ?
sampai bila ingin mengujiku sehingga aku menjadi mundur ????
Jika Tuhan tidak menyayangiku kerana dia beri aku hidup sehingga hari ini ?
Aku tidak tahu apa yang diingini oleh Yang Maha Esa .
Aku bertaubat kepadamu YA ALLAH
Ampunilah dosaku ini .
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil
Apa yang terbaik darinya ,
terbaik juga untuk kita . :)

LA TAHZAN !



pesansaidinaali


Monday 16 April 2012

Follower ke-100


Salam semua ! hey3 minah potpet2 nak cerita ni ,,, hehe 
Dalam blog www.cikarinasukataip.blogspot.com ni ada budak bertuah ni !!!
clap your hard ! [kang-ada-budak-kena-tepuk-pipi] =p orang lain yang AWESOME kita pula yang beria2 ni kenapa? hehe sebenarnya kita suka tengok orang bahagia ni , cuba kalau kita wah!!! [bangga-sendiri] hehe alahai Cik Arina merepek sambil makan kerepek kan ??
ergggghhh!!! siapa lah yang bertuah dapat Cik Arina ni kepoh cam mak nenek [itulah-kata2-umi-aku-tatkala-aku-membebel] haha kantoi sudah blurrrr!!


Cik Arina ni nak cerita sal budak bertuah ni dia sebab dia adalah follower 
Cik Arina yang ke-100 erm bertuah kan ada orang nak cerita pasal dia haha 
[cemburu-sebenarnya-tak-do-orang-cerita-sal-aku-ni]
tak cemburu mana lah nanti ada masa aku cerita sendiri pasal diri aku kat semua
haha mengancam tak ayat kita . puuuiihhh! gila boboi gugurl ~ senang google jew ! 
karooootttt komedi ~ =P



Nama manja dia ZATIE !
Alahai malu dia - haha



Ceritera Hati :)


Ah ! siapa nak berkenalan dengan dia tu nak tahu siapa gadis itu 
meh pergi blog dia sat ! hehe utara keluar


Jom2 ramaikan follower aku pun turut sama ni 
'' Kawan biar seribu tapi , yang special satu "

hehe itu je coleteh budak mentah ! haha =p
salam semua :) senyum rindu :: 


ArinaMilikDia

Saturday 14 April 2012

Aku Dan Hujan


Tanpa hujan tiadalah aku di sini
Kerana hujan memberi inspirasi kepadaku 
Hujan memberikan erti kehidupan kepadaku
Hujan sangat taat kepada perintah Tuhan
Jika dia tidak taat maka , binasalah ia
Aku ingin dirgahayu kerana aku masih ingin merasakan nikmat di dunia ini
Itu kerana aku sangat bersyukur pada yang Esa
Cinta yang kurasakan seindah angin yang bertiupan
Jika hujan tanpa angin adakah kita dapat rasakan keindahan hujan ?
Tentulan tidak sama sekali
Itu kerana hujan adalah NIKMAT .


Tanpa hujan aku tiada perasaan
Kerana hujan telah memikat hatiku
untuk berdoa pada yang Esa
Segala harapanku kuluahkan padaNya
Dengan harapan Dia memakbulkannya
KepadaNya juga aku berdoa untuk mendapat
keredhaanNya di dunia dan akhirat
Jodohku , matiku , hidupku biarlah Dia menentukan
Kerana aku bersyukur jadi HAMBANYA .


Tanpa hujan tiadalah malaikat turun
Tanpa yang Esa juga tiadalah hujan menitis ke bumi
Tumbuh-tumbuhan berzikir bila nikmat turun
Angin yang bertiupan makin menghairahkan
kerana aku juga turut merasakannya
Haiwan-haiwan berkeliaran daripada dibasahi hujan 
Dan menyorok dari kesejukan angin
Itulah keistimewaan ANGIN dan HUJAN .


Kadangkala , membuat penduduk bumi tidak senang hati
Kadangkala , bahagia dengannya
Indahnya hujan bagiku amatlah dalam di hatiku
mendayu-dayu sepertiitu hatiku rasakan
Aku takut kehilangan menikmaati keindahan HUJAN .


Dapatkah selamanya kita bersama 
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
sesampainya akhir nanti
selamanya .....



                



ArinaMilikDia


Tuesday 10 April 2012

ENTRI KE 999


SEMUA TUTUP MULUT HANYA SENYUM JE DIBENARKAN ,  TUAN BLOG NI HANYA NAK SAMPAIKAN SALAM KEPADA YANG MEMBACA NI JE
HEHE :P


Friday 6 April 2012

24 Ciri orang yg mencintai diri anda

salam semua :) 
saya ingin berkongsi tentang kisah cinta ::
Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Seindah Nama Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang  tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari  timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat  Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.

Thursday 5 April 2012

Dia Milikku

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

* BERSABAR DALAM PERNANTIAN *