✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Wednesday 28 May 2014

rejab sudah


Assalamualaikum  
salam sejahtera semua dan selamat datang bulan rejab 
dan tingkatkanlah buku amalan sesungguhnya bulan inilah bulan Allah .
Digalakkan sangat bagi umat islam untuk berpuasa sebulan . Wah !! banyaknya fadilatnya .
Ditambah lagi harini hari sejarah bagi umat islam ISRA' WAL MIKRAJ , wah ! bestnya . kita ni umat akhir zaman , entah bila2 sahaja kiamat tu nak datang . Nah , amalkan setiap hari baca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir surah kahfi lindung diri dari fitnah dajjal dan fitnah masa hidup dan mati nanti . InsyaAllah

Lamanya Arina tak berblog ni , rasa kekok pun ada bila menaip ni , ayat pun tonggang langgang ni .. asihh ... susahlah macam ni kata nak famous dalam dunia blog ??? ketap bibir dahi bekerut ... haha status apakah ini ..

Arina nak story apa ni .  macam tak tahu nak cerita yang mana satu , Arina banyak nak story  ni maklum ler dah lama tak berblog ni . nak blog je ada je halangannya . Ni ada kesempatan ni blog ... Yeah taip cepat2 .. sepantas kilat /.

Okay Arina story about pengalaman dekat MJ eh . Pengalaman berjumpa dengan seseorang . cop2 bukan sesorang but banyak oranglah .. hehe pening dah . Pertama, ni dah lama dah ceritanya bulan dua masatu lah , tak silap .. Arina jumpa Da'i Azamuddin Al-Kankari , finalis da'i Milenia dekat TV3 tu yang pemenang dia Da'i Adibah tu . Arina pun tak tengok sangat program realiti tv tu , tengok gitu2 je . 

Ni bukan nak kutuk lah but Arina teperanjat je , dia datang nak bagi motivasi dekat pelajar MJ ni . Dari jauh Arina cakap dalam hati " siapa pula mamat tu dengan jubah purple dia , topi macam tu , stokin ikut tema baju , alahai mamat ni skema lah " tak taulah pula dia tu Da'i Azam  . Diri je atas pentas " Assalamualaikum ... W .. b .. t.. " "semangat betul mamat ni nak bagi motivasi . Layankan ajelah yang penting ilmu . Disaat dia perkenalkan nama ape semua .. oh baru tahu da'i azam rupanya .. feeling excited lah juga kan..
 

Arina pun tak sangka Imam Muda Hassan pun ada masa tu tapi Arina tak jumpa dia pun , tak dop rezeki nak jumpa dia sebab belah pagi dia bagi ceramah untuk pelajar Marsah then terus balik sebab ada hal , kalau tak , boleh jumpa kan . Dapat berukhwah jelah dengan Da'i Azam ni . Ah pakaian nilah Arina cakap , lawa kan .. terbaiklah memang ada style . Mentang2 Maahad ni temanya warna purple dia pun serba purple Tapi , semua tu tak penting , yang penting ilmu yang disampaikan . =)

Kedua , Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail dan Ustaz. Badli Shah Alauddin masa dalam majlis Forum Perdana Ehwal Islam dekat English Collage (EC) . Tak sia2 uolls ! Arina dari Maahad jalan kaki lalu laluan short cut nak ke Ec , akhirnya Tuhan dah takdirkan Arina akan berjumpa dengan mereka semua . First time tau dapat masuk Tv , di zoom2 lagi muka ni hahak , so funny . Dapat juga Arina berpeluk dengan Dr.Sharifah dan diberikan kata2 semangat dan doa untuk jadi anak dan wanita yang solehah , Amin .

Seterusnya ah ni kalau nak bercerita yang baca kena tahan nafas , nafas pendek tak boleh cerita dengan tak boleh baca hehe , Arina belajar Tahsin dengan Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2003 , Dato' Haji Ahmad Faizul bin Ghazali Hafiz . 
Tips Permakanan untuk kita sempurna membaca Quran  :

1 . Jangan makan minum yang terlalu sejuk
2. Yang terlalu panas (terutamanya tembikai)
3. Bergetah
4. Pedas
5. Berminyak


Sedikit perkongsian , Selalu buat senaman leher bahu mulut biar lembut bila kita baca quran nak sempurna baca quran ,tajwid kena betul , kena ada seni dan gaya , last mengarabkannya kerana dia arab bukan bahasa lain , kalau bahasa Jepun ikut lenggong jepun cakap . hehe 

Lagi ..
Pada mulanya Arina tak tahu pun pasal kejadian ni , Arina just pernah dengar then buat sambil lewa , sampaikan satu hari tu , satu asrama bagaikan kena rasukan dengan hanya satu novel je kot , Novel Cerita Cinta Ahmad Ammar . Kebetulan masa tu baru dapat baucer 1 Malaysia RM250 tu , balik dari hangout semua beli buku tu termasuklah Arina . Sanggup satu malam study dengan novel tu . Nak tahu lebih lanjut KLIK SINI .

Dari situ Arina diperkenalkan dengan badan2 yang ada dekat Malaysia ni salah satunya nilah ABIM , GPTD dan lain2 . Satu malam Maahad dikunjungi oleh penerbit novel CCAA ni ,


Penerbitnya iaitu Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi lebih dikenali ( Zahiruddin Zabidi ) , Dia datang bagi ceramah motivasi serba sedikit tentang Arwah Ammar dalam buku ni , tentang kematian yang menghidupkan . Dia juga penulis terkenal juga banyak karya dia hasilkan antaranya buku La Adri , Rabiatu Adawiyah , hebatnya Nabi Muhammad S.A.W dan banyak lagi .


Tak sangka dapat jumpa penulis buku dan penerbit buku CCAA ni , alhamdulillah tak sangka sangat tapi , paling tak sangka dapat jumpa ahli keluarga arwah Ahmad Ammar . Ya Allah memang tak percaya , 

Oppss ! Arina tak da pun dalam gambar tapi , time ni terharu sangat . gambar first tu lelaki pakai baju JDT bersongkok tu , tulah Ustaz Adam , Syukran Jazilan Ustaz panggil dorang ke Maahad =) , budak kecik tulah Najla , geram tengok teringat kata2 akhir dia cakap untuk arwah , Najla " Bye Cik Am ! " . bye untuk selama2nya . Wah sedihnya . T_T. Nak tahu lebih lanjut pasal ni KLIK SINI .

Yang Terakhir , wah ! banyak ni Arina cerita , mesti penat korang baca Arina bebel2 ni , ni paling Arina sentap tersangat , sentap dengan penuh keinsafan betapa kurangnya ilmu didada dan hubungan Arina dengan Yang Esa . Baru2 ni Maahad didatangi oleh seorang ulama nusantara iaitu Sheikh Muhammad Nuruddin dari Indonesia , datang untuk bagi ceramah israk dan mikraj .


Kelakar sangat dia buat ceramah tapi , dia seorang yang tegas , sebelum majlis ni mula ustaz Arina Ustaz syafiq berulang ulang kali dia cakap , ustaz ni memang pentingkan adab dalam majlis ilmu , beliau pesan masa sheikh bagi jangan bercakap , jangan tidur ,jangan makan minum , jangan garu2 , jangan banyak sangat gerak kaki sebab semua ni adalah adab ketika menuntut ilmu , sheikh ni sangat mengambil berat tentang ini kerana sheikh ini merasakan kehadiran para malaikat di majlis ilmu ini . kalau ada yang buat hal yang tak patuh arahan ni diberi kata dua , orang tu keluar dari majlis ilmu atau sheikh itu sendiri akan meninggalkan majlis tu.

Memang betul pun masa program berjalan tetiba sheikh menundi jari kepada salah seorang penuntut ilmu " Yang tidur itu keluar , kamu tidur dari saya mulakan program kamu keluar , kamu tidur keluar ..." tiga kali tu dia cakap then laki tu pun keluar .. seram jugak masa tu . Tapi , ilmu yang disampaikan banyak bermanfaat . Sungguh syahdu di akhir majlis bila mana alfadhil ustaz hafiz mansor meminta pada syeikhuna supaya mendoakan hadirin yg hadir dikumpulkan bersama para solihin dan Rasulullah di mahsyar nanti hinggakan ramai hadirin yg menitiskan air mata..

Allahu Allah..

Lagi seorang hamba Allah yang sangat mulia , Allahuakbar Tuan Guru Syeikh Ibrahim Ibn Masran Al-Banjari , Arina bangga terharu dapat jumpa dengan meraka setiap majlis ilmu beliau merasakan kehadiran malaikat dan Nabi Muhammad SAW. syeikh ni akan adakan kelas setiap malam jumaat , pengajian kitab risalah muasol , beliau akan meriwayatkan hadis untuk diijazahkan kepada kami pelajar maahad . baru belajar dua hadis , sebab sheikh selalu didatangi ujian hidup tapi masih bersemangat untuk menghadiri pengajian dan majlis2 ilmu .

Orangnya lembut je sejuk mata memandang .
Syeikh Ibrahim bersama2 syeikh muhammad Nuruddin nilah ulama yang Arina pernah jumpa depan mata sendiri . Allahuakbar ! Mudahan dengan berkatnya Arina dapat bersama2 dengannya dipadang masyar disisi Sang Pencipta dan penghulu agama kita Nabi Muhammad SAW Amin Ya Rob 

Maaf dari kesilapan Arina , yang baik datang dari Allah dan yang lemah datangnya dari diri Arina yang dhoif ini . Huallahualam , ini jelah pengalaman Arina yang dapat Arina kongsikan bersama2 =) Allahumma yassir wala tu 'assir wa tammim bikhair .
Assalamualaikum Semua =D

Cerita Cinta Ahmad Ammar


Antara buku yang mencatat jualan terlaris di Malaysia. Hebatnya seorang anak muda yang tidak terkenal ketika hayatnya, tetapi disebut dan disanjung selepas kematiannya. Allahyarham Ahmad Ammar, seorang remaja berusia 20 tahun meninggal dunia di Turki akibat kemalangan jalanraya.

Sehidiz ammar nama yang cukup baik . Dalam bahasa arab nama amar bermaksud kuat iman, lemah lembut,dan bersifat memakmurkan.Dengan nama sudah meunjukkan keperibadian beliau.Seawal umur beliau berumur 13 tahun lagi beliau telah mempunyai matlamat hidup.Mungkin pada anak biasa hari ini,setelah keputusan spm keluar baru memikirkan matlamat hidup mereka.tetapi berlainan dengan beliau. seorang anak yang sangat menghomati orang tua. Keperibadian beliau amat mengangumkan bagi seorang anak remaja pada zaman kini.Syahid yang tertangguh.


Ketika sedang menuntut di Universiti Marmara, Ammar telah berjaya khatam Risalah an-Nur dan menghayati isi kitab itu dalam masa lapan bulan, di mana agak mustahil bagi pelajar semuda itu untuk menguasainya. Penguasaan dan fahamannya menyebabkan Ammar diberi kepercayaan oleh gurunya untuk mengajar Risalah an-Nur kepada umum.

Pada hari kematiannya, Ammar dalam perjalanan untuk mengajar buat kali pertama Risalah an-Nur kepada pelajar yang baru tiba di Turki. Dan tajuk yang sepatutnya Ammar sampaikan pada hari tersebut adalah ‘Keikhlasan’. Ammar menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan untuk menyampaikan ilmu akhirat.
Jasad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat Nabi, auliya’, Panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki.

Perjuangan dakwah Ammar, kajiannya dalam sejarah Uthmaniyyah, semangat jihad, dan akhlaknya wajar mampu membakar semangat juang anak muda. Selain menjaga hubungan dengan ALLAH, sikap Ammar yang disenangi orang sekelilingnya wajar dijadikan contoh untuk diteladani.

Apa yang menarik tentang buku CCAA ini adalah, bukan sahaja ia ditulis oleh ibu bapa Ammar, malah kakak dan rakan-rakannya turut mencoret kenangan sepanjang hayat Ammar. Selain menceritakan keperibadian Ammar, buku ini turut menyelitkan beberapa hadith, dan serba sedikit mengenai Risalah an-Nur tulisan Imam Badiuzzaman Said Nursi.


Arwah Ahmad Ammar adalah seorang anak lelaki tunggal yang diharapkan oleh orangnya tua untuk berbakti kepada masyarakat dan menjadi pewaris dakwa tapi niat tidak kesampaian Tuhan lebih sayang dia .

Nak tau lebih lanjut beli eh bukunya hangat di pasaran kau ! hehe =) 

Snap picture dengan akak dan abg ipar Ahmad Ammar dan tenaga kuat GPTD abg hakim (bekas pelajar Maahad Johor 2004 , pandai cakap korea ) , abg Huzaifah ada menulis sebahagian chapter dalam CCAA ni .


Dapat sign mereka semua . Abg Suhail cakap pandai cakap 4 bahasa okay dah boleh join GPTD , buat masa sekarang boleh cakap Bahasa Melayu dengan fasih sebab orang melayu , Bahasa Inggeris boleh tapi kurang praktis maklum darah bercampur jawo lograt pun slank jawa sikit , Bahasa Arab tengah usahakan , ah lagi satu bahasa ... bahasa apa nak belajar ni pasni .. ??? ceh..
Gambar tak jelas okay Arina berdiri betul2 sebelah akak Ammar , sweet tak ? masa ni Najla merengek2 nak jumpa bapa dia yang kiteorang sibuk nak tangkap gambar . Kenangan wOo .. 


Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati 
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku 
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku 
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Lagu Dengarlah Bintang Hatiku ni salah satu lagu Ammar suka nyanyi ..
sampai disini sajelah dari Arina , maaf kalau ada salah silap =)
Sedekah kan Al-Fatihah untuk Arwah Ahmad Ammar moga dirahmati Allah

Jangan lupa beli Novel ni tau agar ia dapat beri inspirasi dan pedoman ntuk diri kita  =D
Assalamualaikum ..=)