✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Monday 31 December 2012

Anak Dara kena Pakai Kain Batik

Hey semua =D 
pe kabar semua ? 
apa azam korang untuk tahun baru ni ? 
Azam Arina _______ nanti update huahua~ 
Apa kaitan tajuk dekat atas tu cepat ulas dengan lebih details <--- ehemm ! hehe


Ok bagi last day bagi 2012 ni Arina tetiba je nak belajar pakai kain batik haha kelakar weyh Arina tak pernah pakai ni huhu . Kak Chik pernah cerita time2 dia umur macam Arina ni masa dia duduk rumah makcik , dia selalu kena marah sebab dia anak dara tak mau pakai kain batik . haha kebetulan saja mengerupis dekat alamari umi , bukak je wah ! banyaknya kain batik , jadi dari situ tetiba fikir , *eh sekarang aku dah jadi anak dara lambat laun nanti kalau dalam pantang aku kena juga pakai kain batik ni ???? mati aku kalau mak mentua tengok aku tak pandai pakai kain batik* haha Arina berfikir begitu panjang sekali hahak . umi diam je Arina test pakai pasuh dia ajarkan .

Bangun pagi je Arina lepas mandi pakai kain batik , cehwahhh ! dah macam perempuan melayu terakhir tu haha jalan bukan main sopan lagi haha . Testing dimulakan dengan membuka langsir rumah , haha malu cik nak cerita haha memang dekat 10 kali lah rasanya lebih entah apa asik betulkan kain je sebab dia dah melurut haha . lain kali pakai dengan tali pinggang skirt tu hahak ! comfirm tak jatuh2 .

Tetiba Arina teringat kawan Arina Yana dia suka pakai kain batik haha , dia dah pandai comfirm2 dah pas dengan mak mentua , aku bila ? hahak . Ni kira azam barulah belajar pakai kain batik . Benda ni sama terjadi dekat lelaki kan? contohnya macam umi Arina dia pantang dan akan marah kalau anak lelakinya kalau malam pakai seluar mesti dia bebel2 suruh tukar pakai kain pelekat . 

Wah ! misi Arina berjaya satu hari Arina pakai kain batik hahak !. kain batik nanana... kain batik senang dipakai duduk dalam rumah ... lalalala --ikut rentak lagu kain pelekat tu--- hehe ok sampai dekat sini je Arina boleh taip

Serious Arina suka tengok lelaki pakai kain pelekat dengan kopia terutamanya dia baru lepas solat ngee~ =D

Anak Sedara Yang Ke-9

hey2 semua =D

Arina rasa ni entry yang dah lapuk kot haha ok Arina harap walaupun terlambat dia masih boleh mengembirakan hati semua orang , senyum sikit pun jadi lah hehe . Ok siapa suka blog Arina please comment dekat bawah tu ea , nak tahu berapa ramai yang ikut perkembangan blog ni =D , korang ingat tak entry yang lama Tekan Sini kalau nak ingat balik haha Arina ada cakapkan akak ipar nak bersalin kan ?.

Kan Arina ada cakap baby tu kena tunggu 20.12.2012 , sekali betul . haha lawaknya lahai , masa tu Arina dekat Pulau Langkawi . Tak sangka masin gak mulut ni , masa mak long meninggal pun sama ,mulut ni main lepas je comfirm tunggu hari Jumaat ni haha sekali betul mak long meninggal hari jumaat .

Taraaa !!! Comel tak ? Nama dia Nadiy Azzahra Binti Suhaizan . Anak sedara Arina yang ke ke-9 . Baby ni anak ke dua , yang first nama dia Nadiy Irdina . Tak sangka Arina 20.12.2012 dilahirkan wah ! specialnya =D ok Arina ada satu gambar je . Dia lahir dekat Melaka sekarang ni pun ada dekat Melaka lagi maknanya Arina belum jumpa lagi baby ni hehe tak sabar nak jumpa comel sangat katanya .

Ok sampai di sini jelah makcik Arina berkata2 hehe =D

Sunday 30 December 2012

♂ iLy ❤

Hye Semua =D

Arina tak tahu nak cakap yang membuatkan post ni jadi panjang , haha weekend yang sejuk2 macam ni tetiba menaikkan semangat ceria Arina =D . Padahal malam tadi Arina akhirkan dengan titisan air mata . why ? why ? hauhua ~ nothing to say just Muasabahkan diri =) Arina tak tahu nak luahkan macam mana . Biakan Arina pergi membawa diri untuk memperbaiki diri ~ huahua dah macam putus cinta hahak ! yang penting tak putus cinta pun . Banyak yang Arina fikirkan sampai buntu dah fikiran ni hahak =D pakal jedunia ni sementara kalau tak rasanya tak boleh hidup kot , pe2 pun harap diri ni tak putus asa . Always think positive


25.12.2012
Ada apa dengan haritu ? sejak haritu muncul dalam hidup Arina segalanya berantakan . why ? entahlah nak cakap pun susah , blog ni Arina dah anggap macam diary Arina sendiri tapi , tak tahulah nak luahkan isi hati ni macam susah pula . Sebelum tidur tak tahulah kenapa macam lain sangat , susah nak tidur hanya ditemani lagu2 yang melody agak membelai jiwa terus menusuk ke kalbu alahai , haha antara lagu yang Arina dengar bila dah habis ulang lagi 


| Judika- Aku yang Disakiti | Hyper Act-Harapan | Motif Band-Tuhan Jagakan Dia | Ayushita-Tuhan Berikan Aku Cinta | Yana ft Sam-Begini Caranya | Siti ft Hafiz-Muara Hati |

Ah ! tengok lagu2 tu hahak ! memang feeling habis hahak sebenarnya banyak lagi , time kite nangis bila kita dengar lagu , lagu tu melambangkan hati kita , thats right ? haha apa2 jelah duhai hati jangan terus berputus asa untuk berusaha . Well done . Arina . Publish . <--- hahak ingat macam dalam movie Istanbul Aku Datang ke ? hehe comel Lisa dalam watak tu =D

Kekasih lama still remain as kekasih lama lah. Tak payah nak muncul bila kita ada kekasih baru. Kau kan lama. Barang lama jangan di kenang. Nothing to Say , saya sayang diri saya  bubai <3

Bercuti di Pulau langkawi (Part 2)

Arina nak sambung pasal bercuti ni part 2 pula ia , Ok dimulakan dengan hari yang segar maybe dalam pukul 8 lebih gitu Arina dengan family dah keluar untuk pergi cari sarapan . Serious , dekat situ situasinya adalah alah2 kampung gitu best sangat =) , warung2 dekat situ semua dah buka sarapan dorang pun sedap2 segar =) ok Arina sarapan dekat2 dengan area Underwater Wall , pagi2 kedai semua dah buka sedangkan dekat area Kota Tinggi , Johor ni pukul 10 baru buka . Style dorang buka awal pagi tutup sebelum malam , wah lain sangat .



Lepas je sarapan jalan kaki pergi Underwater wall , ah ni posing2 dulu lepas masuk pintu depan haha

Nama pun underwater kan comfirm lah kononnya macam dalam air sesama2 dengan ikan semua hehe ah tengok pic yang ada pinguin tu alahai macam dekat kutub utara hehe

Ni family Kak Long Arina =)

Lepas je round2 dekat Underwater ni lama juga dalam tu banyak ikan shark ishhh macam2 lah , semua ikan tu comel2 belaka hehe dalam tengah hari gitu baru keluar dari situ , plan seterusnya pergi Cable Car dekat je area2 situ , kalau belok kiri pergi underwater belok kanan pergi cable car ah lebih kurang macam tulah . Bila sampai dekat situ mak kita ! panjang gila orang beratur nak beli tiket . Pukul 2 petang baru dapat naik cable car ni . Sebelum tu cari warung2 alah2 kampung pimakan tengah hari dulu .

Serious pada mulanya takut nak naik sebab nampak seram tapi pada masa yang sama nak naik juga hehe

Jujur ok best sangat naik cable car ni , Seronok ! =D

Just Arina , abg ipar , dengan dua anak sedara yang lelaki je naik cable car ni . Lain umi kak Long kak chik semua gugup nak naik cable car ni haha , tengok cable car dari jauh pun dah takut hehe . Then dekat situ ada kuda kedai2 shopping dah dorang ronder2 situ je . Arina tengah seronok naik cable car hehe.

Ni kak Long dengan baby Nor Muhammad Aisy . haha dia pakai tudung sebab masa tu cuaca panas sangat so , nama dia pun bertukar jadi Aisyah hehe .
tu je then , malam tu kiteorang tak pergi mana2 pun sebab penat satu hari berjalan walaupun dua tempat je pergi .

PART 1

Saturday 29 December 2012

Hang Out With Bestie

Hey ! Hey ! pe kabar semua =)
harini Arina aishhh ! memang free sangat sampai dah tak tahu nak buat . Masing2 kawan dah sibuk nak daftarkan diri masuk Maahad Johor . Takpe2 sabarlah duhai hati hehe , result kejap lagi je nak keluar dah .

Arina ajak bestie pergi bandar jalan2 meluangkan masa bersama cehwahh ! gitu ea ? hehe Memang dah plan awal sebelum cuti tapi , cuma tak kesempatan je . Harini lah dapat pula keluar sama2 .

Arina dengan bestie pergi tengok wayang cite Kahwin 5 , haha mantop2 ! memang best giler bah . haha pasal Dr K Mangkuk Tingkat kahwin 5 lah kan ? haha tapi dia tak kahwin 5 pun sebab dia kan dah kuota 4 haha 


Pastu jalan2 satu bandar , makan dekat MarryBrown , gosip2 sini gosip2 situ hahak ! macam2 lah , jumpa crush lah pasuh malu2 gedik2 hahak! crush buat tak tahu je [bajetsombong] haha .

Pasuh pergi kedai Mr Ji Mart , saja pusing2 cari benda yang takde pasuh bila nak bayar chasher lelaki tu membanggang ! Bestie beli hearfone dekat kedai tu sebab hearfone dia lawa pink green blue macam2 warna RM5.00 je haha bila nak bayar Arina cakap dengan chasher tu boleh buka tak sebab hearfone tu dalam kotak jernih , chasher tu pun cakap eh bukak lah takpe tengok2 dulu mana tau tak boleh guna sambil dia yang tolong buka kan ,lepas tu bestie nak test lah tetiba dia cakap " Ah ! bukak bajulah test ! " . Ada ke banggang chasher tu harap muka hencem mulut macam apa lah tak rah guna apa pun tak boleh lah . 

Lepastu jalan2 sampai penat jalan satu bandar tu hehe

????

Ok Arina tau Arina Tembam hahak ! Sedar diri ok =D


Bestie Jadi Pendek =D

Walaupun tembam nak jugak letak picture dalam bas ni haha , Salam Perkenalan siapa yang tak tahu yang atas ni Cik Arina =D k bubai =)

Tuesday 25 December 2012

Pahala untuk Seorang Wanita

Post haritu banyak pasal lelaki kan Tekan sini kalau nak tahu . Ok now Arina share pasal Pahala Untuk Seorang Wanita . Perempuan senang nak dapat pahala tetapi nabi cakap dekat neraka ramai penghuninya adalah Perempuan . Arina pun tak nak masuk neraka kerana neraka itu kejam seksa . Jadi amalan baik di dunia dipertingkatkan untuk dipertikaikan jika masuk syurga =)


Di bawah ni disenaraikan manfaat seseorang perempuan apabila melakukan sesuatu pekerjaan . Mudah-mudahan ini dapat memberikan suntikan motivasi untuk kita terus menjadi muslimah yang solehah dan terbaik dari semua segi .

Berikut ialah himpunan hadis Rasulullah SAW tentang kelebihan ke atas seseorang wanita Muslimah :

  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali .
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh .
  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat .
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil .
  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (menetek) akan dapat satu pahala daripada tiap2 titik susu yang diberikannya . 
  • Wanita yang melayan baik suami pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad .
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba , akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat .
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat .
  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya , akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari .Wanita ini akan dimandikan di dalam syurga , kemudian dia menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut .
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan ' bismillah ' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan .
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan ' bismillah ' Allah akan berkatkan rezekinya .

 Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah .
 Wanita yang menjaga solat , puasa dan taat pada suami , Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka .
 Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari dan dapat pahala beribadah pada malam hari .
 Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan berpuasa . Setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji .
 Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin , dia akan dikira sebagai mati syahid .
 Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat .
 Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) ,maka malaikat2 di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya .
 Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis , Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa .
 Jika wanita memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika memicit bila disuruh akan mendapat pahala tola perak .
 Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga .
 Jika suamu mengajarkan isterinya menyelesaikan satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat .

Renung2kanlah =) syurga di genggaman hanya kita yang menentukan =)

Monday 24 December 2012

Mak Long Meninggal Dunia


Sebelum Arina nak pergi bercuti Isnin lepas masa hari Jumaat tu Umi dapat tahu yang Mak Long adik beradik belah abah meninggal . Arina dah agak dah sebab masa hari rabu tu Mok Teh telefon mengatakan Mak Long dah tenat . Mak Long Arina duduk dekat Muar , Johor . Arina dah agak mesti dia tunggu penghulu hari sebab masa time dia tenat dia esoknya dia dah sedar balik . Arina macam was2 macam ada je tak kenakan .

Masa malam Jumaat tu dapat pangilan dah meninggal . Biras Umi telefon dia nak pergi tak sama2 . Arina dengan Umi masa tu ada dekat rumah Kak Long sebab nak kumpul sama2 lagisatu nak jaga anak akak ipar dia nak bersalin. Umi pun borak2 dengan Mok de , esok paginya kiteorang gerak takde siapa pun , sepupu bawak kereta sebelah Mok de belakang Arina dengan Umi . Umi dengan Mok de sama Ibu tunggal .

Kisah family Arina sebelah abah ni sedih sangat . Ok Arina ceritalah saja nak share . Adik beradik abah Arina ada 7 orang belum masuk adik beradik tiri . So , Arina cerita pasal 7 beradik tu jela ea . Kirakan 2 lelaki 5 perempuan . Abah Arina anak yang ke 5 . Kisahnya bermula dengan kehilangan Pak Ngah Arina jadi , Mak Ngah tinggal sorang jelah . Mak Ngah Arina kira dah tua lah jugak dalam tujuh puluh lebih gitu . Umur abah pun sekarang enam puluh lima gitu . 

Selang beberapa bulan gitu Pok De Arina meninggal dunia , tak sakit pun just last nampak serupa macam dia tidur dekat sofa macam hari sebelumnya . Selang beberapa bulan Umi Abah Arina pergi menunaikan haji buat kali pertamanya then , Abah Arina meninggal dekat Mekkah . So , nak jadikan cerita dalam satu tahun family belah abah hilang 3 orang . Adik beradik lelaki belah abah semua meninggal dunia tinggal2 makcik2 jelah . Abah Arina meninggal sebab sakit jantung tapi biasa lah dah ajalkan nak buat macam manakan .

Dah tinggal 5 orang then , baru ni Mak Long meninggalkan saudara2 nya dah tinggal 4 orang maknanya nyawa kita ni bila2 je Tuhan dikendaki . So , anak remaja macam Arina ni janganlah terlalu happy sangat . Serious kalau nak ikutkan hati ni sekarang juga dalam satu masa nak kawin dan habiskan study kerja , target lepas kawin just perkataan SOLEHAH SYAHID SYURGA. itu je Arina nak fikir . 

Masa pergi kubur Mak Long kebetulan kuburnya berdekatan dengan kubur arwah nenek belah abah kira mak abahlah , pasuh singgah sekali . Mok Teh cakap Mak Long meninggal di tempat yang sama nenek meninggal . Mok Teh cakap saat2 dia nak meninggal dia dah tahu dah lagi dua hari dia nak meninggal . Pasuh dia cakap dengan anak2 dia , dia ada simpan duit cukup2 untuk uruskan jenazah dia dan dia cakap tak nak tengok air mata anak mengalir saat kepemergian dia . ermm Tuhan je disaat akhir kita .

Ni kubur arwah nenek , Arina tak pernah jumpa awrah nenek dengan atuk belah abah , belah umi pun just atuk je jumpa nenek tak pun . So , Arina tak pernah merasa kasih syg nenek =(
Ni tanda nama dekat kubur nenek , kata orang terutama ustaz dilarang kubur letak nama sebab nanti masa hari kiamat dajal datang dan dia dapat tahu nama dalam kubur tu siapa dan dijadikan mengikutnya .

Ok itu je Arina share =) terima kasih daun keladi , lain kali jumpa lagi =)
selamat malam semua =D

Bercuti di pulau langkawi (Part 1)

Bismilahirahmanirahim . Assalamualaikum semua . =) apa khabar semua ? sihat ? =) ok Arina nak story pengalaman baru2 ni bercuti dekat Pulau Langkawi , Kedah . Hampa semua pernah pi tak ? haha lorat dah keluar dah hehe . Arina happy sangat dapat bercuti dekat sana walaupun sekejap je . Lain kali nak pergi biar lama sikit . Arina pergi just 3 hari 2 malam . Naik bas Shamisha Express , planning sebenarnya nak naik kereta api nak tempah tiket semua dah penuh . So , terpaksa lah naik bas , sekali sekala best juga . Nak fly ? erm takpelah tunggu Arina kawin dengan anak dato' bukan anak atuk ea hehe . Masuk sekali tidur dalam bas dekat seminggu lah hehe , Arina bertolak hari isnin sampai rumah siang jumaat . Ok ni first time Arina pergi utara jauh tak , Johor - Kedah ?  

Arina dengan family berkumpul dekat Pusat Bandar Pasir Gudang sebab kiteorang penumpang pertama tapi adalah jugak dua tiga orang lagi . Bas ni dia banyak berenti contoh first desti pusat bandar tu pasuh break sekejap dekat Larkin pasuh dekat mana entah Arina tak perasan sangat . Desti yang terakhir dekat Larkin tulah . Arina akan berenti dekat Kuala Perlis tapi , seksa lah kena hantar penumpang yang lain dekat KL , Butterworth , Alor Star , Changlun , area2 sana dan last K.Perlis . So , Arina penumpang pertama dan terakhirlah haha sabar jelah .


Serious ok dalam bas ni sejuk sangat . First2 Kak Long dah dapat msg , dia cakap nanti dalam bas sejuk giler ! kenalah bawa sweater haha . Arina duduk dekat tingkat bawah . First kiteorang bucking tingkat atas , lepastu bas yang sepatutnya Arina naik aircond dia rosak , lah2 nak bas ni tingkat bawah . Memang tragedi tragedis lah time ni . Masa dekat Larkin tengah duk tunggu penumpang masuk tetiba ada satu family ni tau , memang kecoh saat ni . Kan Arina cakap sepatutnya Arina tingkat atas pasuh tetiba dapat bawahkan sebab nombor dalam ticket tu dah ditetapkan , yang family ni dia tak puas hati sebab dia tempah tempat duduk bawah sebab makbapak dia rasanya dah tua , yang mak dia tu sakit kaki dan macam2 sakit takkan nak naik tangga duduk dekat ataskan . Pasuh kecohlah Arina dengan family mana leh pisah takkan Arina dengan family nak duduk atas sebab masa tu , hati kiteorang memang tak sedap nak duduk atas , lagi2 Umie Arina .

Tempat duduk dekat bawah tu semuanya ada 13 so , memang cukup2 family Arina 8 orang dia 5 orang . Dia nak balik Butterworth dari Tiram . Satu family kecoh dengan lorat utara nah haha . Biasalah semua dah puas hati desti pun dijalankan . Serious Arina tak tidur pun dalam bas sambil tu makan gula2 jajan2 main msg dengan Shafie ( kalau tak sebut nama nanti ada budak perasaan pula) . Maybe dalam 12 tengah malam gitu tetiba tayar bas belah kanan meletup ! Berderau jantung ni dibuatnya . Patutlah feel semacam jekan . Melayang2 bas tu dah dekat dengan gaung ! memang seram lah !

Sengal yang bawak bas tu lain kali check lah dulu bas ni , ni main lejan je . Kalau dibuatnya excident masa uh tak ke sasau tak dapat pi Langkawi hehe . Serious time tu memang istigfar banyak2 memang berserah je kepada Allah . Macam nak nangis pun ada . Tak sampai beberapa minit dia bawa slow2 depan tu ada tol nak masuk Melaka . So , dia berenti dekat dpean tol tu pasuh dia panggil orang workshop ke benda entah dibuat untuk betulkan tayar . Serious Arina tepon Pie cerita beria2 dengan dia haha lah dia care rupanya hehe [senyum malu]*

Dari pukul 12 sampai pukul 4.30 pagi . Ishh ! memang bazir masa dekat situ lah . Time dorang tengah betulkan tulah Arina ambil kesempatan tidur , tu pun tidur2 ayam . Lepas pukul 4 lebih tu barulah bas tu leh jalan . Tapi , tengah jalan tu  sampai dekat simpang tetiba bas tu bergoncang katanya tayar senget . Alahai , macam2 ujian . Then , dengan keadaan macam tu dorang main jalan je . Bawak laju pulak tu . Ishhh memang lah sampai Arina jerit " Abg ! bawa bas slow2 boleh tak ? " . Tu pun tak dengar bahasa . Tak sangka Arina dah terlelap , bangun2 tengok jam pukul 6 lebih nak dekat pukul 7 . Masa tu baru sampai penang perlis gitulah . 

Bila dah sampai je Kuala Perlis . Wah ! semua ceria balik bila nak nampak signboard Ferry ke Pulau Langkawi =) Time tu sampai dalam pukul 12 tengah hari gitulah . Semua bawa beg2 baju dengan jalan yang pantas sebab perut semua dah lapar ! hehe ferry gerak dalam pukul dua gitu . Lepas je makan pergi tempat tunggu ferry . 

Berebut2 nak naik ferry ni takut tempat duduk takde , rupanya tempat duduk dah disediakan ikut nombor dalam ticket . maklumlah first time naik ferry ni . Seronok dalam ferry ni sejuk ada aircond lagi . tempat duduk pun selesa =)
Jangan disangka air yang tenang tiada buaya hehe . tenang jekan tengok laut2 semua =) Masa tengah usyuk tengok laut ni tetiba nampak dolfin gitu tengah main lompat2 , siapa yang duduk sebelah tingkat tu memang riuh lah . hehe yang duduk sit tengah diam2 je hehe . 

Pasuh lalu dekat pulau2 tasik2 yang famous Pulau Duyung Bunting lah aishhh ! macam lah dekat situ memang best sangat =) Arina memang jenis orang yang sukakan air haha sebab Arina ketegori Air hehe . tenang je =) Ah kalau nak tenang mai pergi laut hehe

Bila dah sampai je dekat jeti langkawi tu . wah ! berdebar2 . Lagi2 bila nampak mall dia tu hehe . Masa tu dah penat samapi pun dah petang . Sebelum tu dah bucking homestay so , ada orang homestay tu ambik dekat jeti dan terus balik homestay dekat Teluk Yu . Homesaty tu nama dia Homestay Rabiatul Adawiyah . Berbaloi lah siap ada package dapat kete sewa sekali . So , maknanya rumah dengan ketera sebijik , kereta inova .
Peralatan rumah semua disediakan , memang selesa lah setiap bilik ada aircond yang sangat sejuk hehe . ni pic time nak balik sebenarnya =) Bila dah sampai rumah ni je semua pergi mandi sebab satu hari tak mandi pasuh solat . Pasal satu hari tak mandilah Jerawat pun tumbuh erm . Pasuh malam tu keluar sekejap je just beli barang sikit . So , takdelah tempat yang menarik cuma dekat sana banyak Mall Shopping2 hehe =)

Part 2

SEGMEN : I want more followers for blog and more likers for fanpage !!


Klik banner untuk join =)
Tamat pada 25.12.2012

Sila LIKE ye fan page saya serta ( follow twitter sy )* tak wajib pun

Sunday 23 December 2012

10 perkara yang sia-sia

Arina nak share dekat pembaca semua tentang 10 perkara yang sia-sia , jom baca mudahan dapat manfaat darinya =)



Sufyan ats-Tsauri , seorang ulama' hadis yang terkemuka ,menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia , iaitu 

  1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri , tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibubapanya sendiri dan kaum Muslimin .
  2. Orang yang kerapkali membaca Al-quran tapi , tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap2 hari .
  3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid , kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid .
  4. Orang -orang yang menziarahi tanah perkuburan tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni2 kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah2 mereka .
  5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota , kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah .
  6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan ulama tapi , dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan .
  7. Dua orang laki-laki yang bersahabat tapi , mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing2 dan keluarganya .
  8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tapi , tidak diacuhkan dan tidak dilayan tetamu itu .
  9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti .
  10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya .
Ah banyakkan terutamanya lelaki . Tapi , hati2 perempuan senang untuk menjadi solehah tetapi di neraka ramai namanya wanita . Patutlah time dulu2 arwah abah masa dekat kubur nenek dia cakap " Assalamualaikum Mak , kami sekeluarga datang lawat mak ni " . Nasihat buat diri Arina dan semua buatlah sesuatu perkara yang bermanfaat untuk diri kita dan pocket kita (buku cacatan amalan) =D

Monday 17 December 2012

Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun


Sekarang follower  #317

Target :: Tak mengharap sangat yang penting dengan hati yang ikhas follow Arina =)
> dari #317


Tarikh tutup: 29 Disember 2012

Jom join =) kik banner 

Sunday 16 December 2012

Doa Tawassul Part 1

Arina nak sangat kongsi kan kepada korang semua tentang doa tawassul ni . Arina tahu pasa doa ni pun abg Arina yang suruh amalkan . So , lepas solat subuh atau masa lapang Arina akan baca doa ni . Masa nak exam pun sebelum baca buku nak refresh balik Arina baca dulu doa ni . Arina pun baru amalkan 

Kalau korang tahu lebih lanjut korang klik lah picture dekat bawah ni 


Terima kasih tunggu part 2

Friday 14 December 2012

Pantang Larang

Assalamualaikum Semua =D



Harini Arina nak update tentang pantang larang . Maklumlah sekarang kan arina just duduk rumah jekan jadi dekat rumah tu bangun je dari tidur dah set mind nak kemas rumah . haha bila dah habis kemas tolong umi masak sikit2 , sikit2 lama2 jadi bukitkan hehe sepanjang Arina dekat rumah tu banyaklah pantang larang yang terkeluar dari mulut umi sebelum pernah dengar juga .

Yang biasa dia cakap pantang keluarga dia kalau masak bijik asam jawanya dimasukkan sekali haha siapa yang masukkan memang kena kertellah haha lagisatu shuttt ! ni pengalaman tau haha malu nak habak , haritu Arina masak asam pedas alahai tersalah sikit je pun huahua nak letak garam terletak satu sudu gula . haha biasa penutup garam warna oren , penutp gula warna merah , masalahnya kedua2 penutup tu bertukar dengan rasa confident terus letak .

lepastu rasa sendiri asal tak rasa garam belek bekas tu rasa2 sikit lah rupanya gula , berdekah sendiri haha pasuh bagitau kak long dia cakap takpe pasuh umi terdengar pula dah dia bebel kalau taruk gula tu bukan asam pedas tu pengat ! haha buat muka baru belajar haha

Lagisatu kalau kemas cadar katil kalau tak betul cikit je . dia cakap untung kau dapat laki yang tak cerewet . kalau cerewet entah diceraikan kau agaknya . Malulah cikit kau tu anak dara kang orang cakap aku tak pandai nak didik dara aku ni . haha sekarang katil tu baik punya . Kan dah tak bebel lagi ! bawah ni pantang larang yang selalu kita dengarkan =)

1)Makan leher ayam nanti bersanding kat pelamin kepala lentuk teleng..

-yg ni paling popular di zaman kanak2 aku..sebab kanak2 dan makanan ayam mmg tak boleh di pisahkan..bila time nak makan byk je aku dgr org ckp 'bahagian leher jgn makan nanti bersanding kepala tak boleh tegak' so ramai2 pun tak beranilah nak ambik leher ayam tu..siap buang lagi..tapi aku dengar zmn dulu2 orang2 tua pakat nak buat pantang larang ni sebab nak mengelakkan orang berebut bahagian leher..sebab leher ayam kan cuma satu..jadinya tak nak bagi org berebut lalu buatlah pantang larang macam ni dan secara automatiknya menjadi kepercayaan turun temurun lak..hahahaha..


2)Perempuan tak elok menyanyi kat dapur time masak nanti dapat suami tua

- ini pun popular gak masa zaman remaja aku..agaknya mentaliti org perempuan mmg takut dan malu dapat suami tua maka dgn sebab itu kot orang2 tua momok kan anak2 dara mereka dgn nasib bersuami tua tu.Tapi di sebalik pantang larang tu niat diaorg cuma tak nak makanan yg di masak tu jadi hangus atau kurang rasa di sebabkan kelalaian perempuan menyanyi dan berkhayal time masak..lalu ciptalah pantang larang tersebut..tapi sekarang pantang larang dan momokan tu tak berkesan pd perempuan2 moden zaman ni..apatah lagi yg jenis memandang kebendaan..silap haribulan kalau kita cakap ' org perempuan tak boleh nyanyi time masak nanti dapat laki tua' sure diaorg lak balas 'ok apa dapat laki tua,stabil,poket lebat,harta banyak,hidup aku pun senang' ..tak ke haru kalau mendengarnya..


3)Makan tak elok pindah randah nanti kahwin byk.. 

Masa zaman budak2, ini pun selalu aku dengar..mungkin zaman dulu kahwin banyak ni jarang kot orang buat atau akan menjadi satu pandangan yg sinis kalau kahwin byk2 esp perempuan..niat orang tua sebenarnya tak nak rumah bersepah2 jika selalu sangat makan berpindah..tapi zaman sekarang tak tau lah berkesan ke tak pantang larang ni..budak zaman sekarang bijak2 gak ..naknya kalau budak lelaki yg menjawab ' kalau macam tu, biar saya pindah2 tempat makan 4 kali supaya dah besar esok nanti bolehlah saya kahwin 4' hahahaha


4) Jgn bukak payung dlm rumah nanti ular dtg 

-ini pun ntahlah..apa motif sampai nak bagi alasan ni..mungkin tak nak budak2 main payung je kot..huhuhu


5)Jgn ambik gambar bertiga nanti berpisah 

ini pun salah satu yg popular aku dgr, biasalah time nak bergambar,kerap jugaklah aku dgr alasan mcm ni 'eh, tak boleh lah gambar bertiga, tak elok, nanti salah sorang mati'.. Maka terpaksalah ambik berdua je ..sampai pantang larat ni melekat terus dlm kepala..pd aku apa lah nak di takutkan sgt, ajal maut kat tgn Tuhan kan.. 


6)Jgn duduk atas bantal nanti punggul bisul 

-kelakar gak yg ni, selalu masa aku kanak2 dgr alasan mcm ni..sebenarnya ianya helah saja yg di cipta..mungkin budak2 zmn dulu suka duduk atas bantal, macam tak boleh terima bantal utk letak kepala yg sepatutnya bersih diduduk oleh punggung kita ..jadi org2 tua pun reka lah pantang larang ni


7) Kalau ada pelangi, jgn tunjuk dgn jari nanti kudung.. 

- ini motif aku tak tau..Sebab tak nak bagi kanak2 keluar petang lepas hujan panas takut demam.. yelah peangi ni muncul lepas je kot..pelangi ..bila dah dewasa nak gelak lak rasanya memikirkan zmn kanak2 penuh dgn ckp2 palsu..huhu


8)Kalau meniarap, tak baik melambung kaki nanti org tua kita mati 

- mungkin melambung kaki time meniarap satu aksi yg kurang manis dan paling tak boleh blah utk di lihat oleh org2 tua, lalu ciptalah pantang larang ni..budak2 pun takutlah..of coz sapa yg tak sayang mak ? Lalu diaorg tak buat benda2 mcm ni sbb tak nak mak mati..again ajal maut di tgn tuhan..


9)Jgn lalu bawah ampaian kain..tak elok nanti sakit kepala 

-rasanya mungkin pantang larang ni di cipta sbb pikir logiklah,orang dah penat sental,basuh kain dah tu sidai utk kering,kita lak sibuk nak lalu bawah ampaian kain tu, kalau jatuh kain tu,satu kerja lak nak kena basuh balik..mungkin demi nak elak kerja dua kali, maka pantang larang ni pun dicipta..

10)Anak dara tak elok duduk tepi pintu nanti org tak nak masuk minang 

-aiseh, anak dara zmn dulu mmg semuanya pantang..semuanya tak boleh, demi jaga maruah diri,lalu semuanya di kawal supaya nampak perfect..mungkin klu selalu duduk tepi pintu, org akan nampak dan org akan mula mengata yg anak dara ni tak ke dapur,malas asyik duduk je..lalu rekalah pantang larang ..apatah lagi masyarakat dulu mmg memandang tinggi pd perkahwinan dan martabat perempuan di nilai samada dia kahwin ke tak,laku atau tak..jadi perempuan2 ni takut gak lah nak duduk tepi pintu takut tak laku..hahahaha

Ketumbit mata

- petanda mengendap org mandi- ini sgt fofular..sesapa kena sakit ketumbit mata,siaplah korang kena kata dgn org yg korang ni mengendap org..isk..isk..tak boleh blah..tapi pelik apa kaitannya ? Biasalah org tua, byk gak yg propa..


Haha orang percaya tak ?  pantang larang ni hanya nak mendidik kita supaya bersopan santun menjadi anak dara yang first class hehe ok tu jelah yang Arina bagitau tentang pantang larang ni . =)