✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Monday 30 January 2012

AKU DAN HARI INI



Hey!!! Nasib malangnya hari ini
erm saia ingat nasib baik rupanya terlebih baik
demam punya pasal saia tak boleh nk fokus dalam kelas tadi
kuatkan semangat punya pasal saia beri tumpuan jugak
Ayaiiiikk!!! masa perhimpunan saia tinggalkn gitu je malas saia nak dengar ceramah
kepala dah lh cam nk kena hentak kat dinding jew,,,
homework punya lah melambak,,,
alahai,,,, ujian dari Tuhan
kena lah cakap eeee!! seronoknya!!!
ish! cam dax kecik lah saia tadi kat sekolah,,, dengan hingusnya
cam nk meleleh,,hahaha
kawan2 saia buli saia,, keciannya,,,
erm :( :face59:

moral value :: kalau org ngah sakit bg lah prihatin sikit kat dia :)
hahaha :D :d::119:

Friday 27 January 2012

SOMETHING TO SHARED

Pada zaman sekarang, disebabkan dengan manusia yang mempunyai permintaan yang tidak terhad telah menyebabkan ramai pembekal menjalankan aktiviti yang tidak bertanggungjawab demi memuaskan permintaan manusia. Disebabkan aktiviti –aktiviti yang tidak bertanggungjawab semakin berleluasa telah  menyebabkan dunia yang ditinggal oleh manusia akan menghadapi satu tragedi yang tidak dapat diramal oleh ahli sainstis dan juga kita sebagai manusia. Dengan alasan dan juga tragedi yang diramal di atas, kerjasama antara negara telah dicapaikan. Selain daripada itu, dasar-dasar juga dibangkit di setiap negara demi memelihara dan memulihara alam sekitar.
Di negara kita juga tidak dikecualikan. Negara kita turut membangkitkan dasar-dasar demi melindung alam sekitar. Dalam RMK-8, penekanan diberi untuk menambah baik kualiti alam sekitar melalui pengurusan yang lebih mantap ke atas beberapa aspek yang diberi tumpuan utama, khususnya kualiti air dan udara, pengurusan sesi pepejal serta penggunaan teknologi bersih.
Dalam usaha mengurus kualiti udara adalah pihak berkuasa perlu memastikan kualiti udara sentiasa di tahap baik hingga sederhana seperti yang ditunjuk oleh Indeks pencermaran Udara (API). Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah tempat di negara kita tidak dapat mencapai Indeks Pencermaran Udara (API), seperti negeri Pulau Pinang dan juga negeri Selangor yang mempunyai kawasan perindustrian yang banyak dan juga bilangan penduduk yang banyak turut menambah teruk udara di negeri tersebut. Kualiti udara tercemar selain daripada karbon monoksida yang dibebaskan daripada kilang, ia juga termasuk pengangkutan. Kenderaan selain daripada melepaskan karbon monoksida, ia juga mengakibatkan menambah lagi habuk di kawasan tersebut. Habuk yang banyak akan menjadikan satu lapisan udara yang menghalang air di permukaan bumi daripada mengewap. Keadaan ini akan menyebabkan kawasan tersebut mengalami musim kemarau. Selain itu , karbon monoksida juga akan menyebabkan hujan asid.
Seterusnya, kualiti air juga merupakan satu cabaran yang sengit kepada kerajaan negara kita dan juga para sukarelawan untuk melindungi alam sekitar. Disebabkan dengan pembekal yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan kualiti air di negara kita semakin serious. Dengan ingin mencapaikan keuntungan yang tinggi telah menyebabkan pembekal enggan membina loji penapisan sisa yang akan dialir keluar dari kilang tersebut. Tindakan ini sudah tentu akan menambah teruk lagi kualiti air. Selain daripada, sisa-sisa yang dialir keluar dari kilang, para petani juga perlu bertanggungjawab keatas pencermaran tersebut. Disebabkan ramai petani telah menggunakan racun seranggan yang mengandungi bahan kimia pekat. Bahan kimia ini akan mengalir ke dalam longkang setelah digunakan oleh para petani. Penggunaan pendekatan pengurusan lembangan sungai bersepadu (IRBM) akan dipergiat untuk menambah baik kualiti air sungai dan air bawah tanah. Usaha akan ditumpu ke arah mengurang bilangan sungai tercemar. Sistem pembentungan awam akan dinaik taraf dan lebih banyak loji rawatan kumbahan berpusat akan dibina untuk mengurangkan pelepasan air buangan yang tidak dirawat ke dalam sistem sungai. Sumber Air. Penekanan akan diberi untuk mengekal dan meningkatkan fungsi ekosistem sungai melalui pemulihan dan penyenggaraan tadahan tanah tinggi, tanah lembap, tebatan sungai dan zon riparian.
Tindakan menguruskan sisa pepejal juga merupakan salah satu aspek yang tidak dapat diabaikan oleh masyarakat. Demi mengatasi masalah ini, kerajaan negara kita telahpun menjalankan kempen (3Rs) iaitu penggunaan semula, pengurangan dan pengitaran semula. Kerajaan telah membina tapak perlupusan sanitari.
Seperti yang dibincangkan diatas, disebabkan permintaan manusia yang tidak terhad menyebabkan sumber asli di dunia semakin berkurangan. Kerajaan telah menyediakan sejumlah 86 pelan rancangan tempatan dan 14 pelan rancangan struktur yang menerapkan pertimbangan alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli telah disediakan. Selain itu, sebanyak 35 piawai dan garis panduan pembangunan mengenai alam sekitar, perumahan, pengangkutan, guna tanah, industri dan persekitaran perbandaran juga telah dikeluar dan dilaksana untuk menambah baik perancangan dan pembangunan bandar.Kaedah biodiversiti juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk memelihara sumber asli. Majlis Biodiversiti-Bioteknologi Negara (MBBN) ditubuh untuk menyelaras usaha pemuliharaan dan pengunaan mampan sumber biologi. Usaha memelihara habitat kritikal akan dipergiat. Sehubungan ini, pelan pengurusan sedia ada akan dikaji semula bagi memperkukuh lagi perlindungan flora dan fauna yang terancam.
Kebanyakan sumber asli adalah sumber-sumber yang senang didapatkan di dalam hutan atau kawasan pendalaman. Pemuliharaan dan penggunaan secara mampan produk hutan dan kawasan tadahan air akan diberi penekanan untuk menggalakkan pengurusan hutan secara mampan. Pembangunan sumber kekayaan yang mampan daripada produk hutan seperti produk herba dan ubat-ubatan, aktiviti ekopelancongan dan biopenerokaan akan digalakkan. Pusat Produk Hutan dan Bukan Hutan akan ditubuh untuk meningkatkan keupayaan pengurusan alam sekitar dan sumber asli. Sistem MC&I akan diperkukuh untuk memantapkan usaha pengurusan hutan secara mampan.
Sumber asli selain boleh dapat daripada hutan ia juga boleh dapat daripada laut dalam dan juga di tepi pantai. Dengan keadaan ini, pihak kerajaan menjalankan projek untuk melindungi melindungi kawasan pantai daripada kemerosotan dan hakisan. . Inisiatif lain untuk memelihara kepelbagaian marin termasuk penubuhan Taman Laut Tun Sakaran di Sabah dan penyediaan Panduan Hala Tuju Strategik Marin untuk mempergiatkan usaha R&D marin. Dasar Pengurusan Bersepadu Zon Pesisir Pantai akan diperkenalkan untuk menggalak pemuliharaan dan pengekalan sumber marin dan pesisir pantai. Pemulihan dan pembaikpulihan pesisir pantai akan dipertingkat melalui program penanaman dan penghijauan semula. Pelan pengurusan hutan bakau dan hutan pesisir pantai komprehensif akan dibangun untuk menangani kadar susutan hutan bakau bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan serta mengurangkan kesan dari hakisan pantai dan tsunami.
Selain langkah-langkah yang dibincangkan di atas, teknologi bersih juga dipromosikan supaya para pekilang menggunakan teknologi mesra alam secara meluas, industri akan digalakkan untuk mengguna pakai langkah swakawal dan menggunakan Pendekatan Kitaran Hidup (LCA) dalam proses pengeluaran dan pembangunan produk. SIRIM Berhad akan membangun Pangkalan Data Inventori Kitaran Hidup Kebangsaan untuk industri dan aktiviti utama seperti penjanaan elektrik, bekalan air, cari gali dan pengeluaran petroleum dan gas asli serta petrokimia. Pangkalan data tersebut akan membantu usaha industri untuk membangun LCA dalam proses pengeluaran dan pengilangan. Di sampingTitu, penemuan daripada projek perintis ekolabel akan diguna untuk membangun skim pelabelan alam sekitar kebangsaan. Langkah juga akan diambil untuk membantu dalam mengguna pakai teknologi bersih oleh enterpris kecil dan sederhana (EKS) termasuk mengenal pasti sumber pembiayaan baru daripada Bank SME.
langkah-langkah kesedaran dan promosi alam sekitar, petunjuk pembangunan mampan,  inisiatif alam sekitar antarabangsa serta  pendekatan ekonomi juga merupakan langkah yang berkesan terhadap isu-isu melindungkan alam sekitar.
Ramai daripada kita masih tidak sedar bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang sepenuh di atas melindungi alam sekitar. Selain disebabkan kita sebagai manusia yang menyebabkan keadaan ini, kita juga merupakan penduduk di dunia ini. Jika keadaan ini masih tidak berhenti-hentikan, maka ia akan mengakibatkan kita kehilangan tempat tinggal dan juga kita akan mengalami tragedi yang tidak dapat diramalkan. Yang akhir sekali, kita yang sebagai penduduk di dunia ini, kita mestilah sedar bahawa kita adalah “pinjam dunia ini daripada anak-anak atau cucu-cicit kita, kita bertanggungjawab memulangkan dunia ini kepada mereka deng berkeadaan baik dan juga sihat”, jangan kita biarkan dunia kita sakit dengan tanpa keinsafan untuk mengubatinya, tetapi sebaliknya cuba menambah teruk lagi keadaannya. Biar kita kadi seorang insan yang prihatin kepada dunia yang kita sayangi.Kita haruslah memelihara dan memulihara alam sekitar.


AKU CINTAI ALAM SEKITAR
KAN KU JADI PENGGUNA TERHEBAT ALAM SEKITAR

Tuesday 24 January 2012

MELAYAN DIRI SEMINIT (1m)


Salam ... Hey3 ... Ha Ha Ha ...
Why3???
ah!! saia tekanan sudah,,,
tekanan C I N T A
Cinta ???
erm tulh dinamakan cinta susah untuk ditafsirkan
demam-demam dibuatnya kn???,,

Cinta kepada yang Esa
tak akan pernah dilukai,disakiti,didustai
tapi,
Cinta kepada yang jiwa tak menentu
cepat sahaja runtuh

Head On,
Mind On,
&
Heart On

Perbaiki diri Tingkatkn amal
Ma'al Salamah
Wailaiikok.
:)

Friday 20 January 2012

CERPIHAN 2011 [ MEMORIES OF D'ARABIC]


iNilah antaranya kawan saia
walaupun baru setahun kenal tapi,
macam bertahunII kenal

KEM AMMG
korang ingat lagi tak memory ni ???
yang menyeksakan ???


GRANADE!!!

'' Woi ! marilah kita bekerjasama
lalalala~ saia dah lupa lirik itu
hahaha









Wah ! Time ni saia orang yang paling sibuk nak balik sebab dah penat
tersangat ... hahaha
So, xde pic yang terakhir untuk saia
memang experient yang menguji tahap kesabaran!
:D


Wednesday 18 January 2012

MEMORIES FRIEND 3CEKAL AIR TAWAR WORLD

Sahabatku,

usah dipandang ke belakang

melihat senja yang sudah berlalu

tetapi lihatlah masa depan kita
yakni perjalanan yang panjang
tetapi sementara
sebelum sampai kepada kematian.

sahabatku
bila tiba waktu pertemuan
usahlah ragu mengungkapkan kata kemaafan
bila tiba waktu perpisahan
usahlah tangisi kepergian rakan-rakanmu
seperti mana mereka menangisi kepergianmu
kerana sesungguhnya semua itu 
ada hikmah yang Allah berikan.

sahabatku, 
jika ada kesalahan dan kesilapan
antara kita, marilah...marilah...
aku seru sahabat-sahabatku semua
agar kita bermaafan antara satu sama lain
supaya kelak tiada yang merana
supaya kelak tiada yang berduka
supaya kelak tiada yang berpura-pura.





Saia harap dapat jumpa dorang cam dulu-dulu
Miss korang semua ~

Tuesday 17 January 2012

HIDUP OH HIDUP ???

BUKAN SAJA2 ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA2 ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA2 ALLAH memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA2 ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu..
MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu..

Renungan buat PARA PENUNTUT ILMU
BERHENTI MERUNGUT & MENGELUH, MELAINKAN BERUSAHA TERBAIK & BERSUNGGUH!

Jk kmu bkal mnjd seorg DOKTOR kelak ,mka rawatla hati insan yg kian trpesong jauh drpd Agama tercinta.

Jk kmu bakal mnjd seorg ARKITEK kelak, mka lakarla sinar Islam yg mampu mnyinari kehidupan stiap Muslim.

Jk kmu bakal mnjd seorg JURUTERA kelak, mka binala satu ukhuwah yg kukuh antara umat Islam itu.

Jk kmu bakal mnjd seorg PEGUAM kelak, mka pertahankanla Islam dimata dunia

Jk kmu bakal mnjd seorg JURUTERBANG kelak, mka pandula manusia untuk kembali ke jln yg diredhai-NYA.

Jk kmu bakal mnjd seorg POLIS kelak, mka awasila umat Islam drpd trus mmungkiri Tuhan yg Maha Pencipta.

Jk kmu bakal mnjd seorg PENSYARAH kelak, mka didikla ank bngsa untuk menjadi Muslim yg berjaya.

Jk kmu bakal mnjd seorg AKAUNTAN kelak, mka sedarkanla mnusia bhwa pahala ALLAH itu lebih mewah drpd segala-galanya

Jk kmu bakal mnjd seorg GURU kelak, mka bentukkanla acuan sempurna dlm sanubari anak didik mereka agar kelak mnjd GOLONGAN di atas….

P/s: Manusia dpt mgubah khdpnnya hnya dgn mgubah caranya brfikir. Itu da ckup. Trus berjuang para penuntut ilmu!

DON'T SAY ANYTHING





Manja engkau sumber ilhamku
Manja penyeri malam-malamku
Manja datanglah engkau padaku
Bersama harum haruman kasihmu oh...

Manja engkau penawar rinduku
Manja aku menyintaimu
Manja oh... oh manjaku
Tanpa hadir kasih tak bererti
Oh oh Manja

Katakanlah hanya aku di hatimu
Berkatalah engkau cinta kepadaku
Percayalah aku sayang kepadamu
Percayalah rinduku hanya untukmu
Selama-lamanya

Meranalah
Diriku andainya kau pergi
Menangislah
Jiwaku andainya kehilangan dirimu

Kutanamkan impian
Kulebarkan harapan
Moga kita hidup bahagia oh...

Oh manja ..

DEKAT DIHATIKU UNTUK SELAMANYA

Ini adalah tentang kehidupan saia ~
segalanya mula dari sini~

KELUARGA BESAR CIK ARINA


Kegembiraan keluarga ini terselah pada saat ini 
tetapi,
kami kekurangan seseorang ahli keluarga yang sepatutnya ada pada saat ini
Allah lebih sayangkan dia.
Jika dia ada pada saat ini alangkah indahnya erti sesebuah keluarga dan kehidupan yang saia miliki ini

BEST FRIENDSHIP FOREVER & EVER


Inilah sahabat dunia dan akhirat hanya mati sahaja yang dapat dipisahkan
apapun yang terjadi tak dapat untuk dipisahkan
walau apa cara pun.

JANTUNG HATI EVER HEAVEN

??????

Biarlah waktu,hari,masa dapat memisahkan saia dan dia 
tetapi,
bila tiba masanya sukar untuk semua tu untuk memisahkan kami berdua
saia sayang dengan dia tidak akan pernah pudar dek kena tekel gan perempuan lain :)
jerit kuat-kuat!!!
jangan berlebihan nanti orang muntah tahi ... haha :D

Sunday 15 January 2012

HARGAILAH YANG ADA DI DEPAN MATA



Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seor...ang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
...
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.