✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Friday 29 March 2013

Thanks a lot =D

Alhamdulillah wah happy sangat , alorhh sebenarnya ni citer lama dah , Arina dapat hadiah sebab join GA pasuh menang ! yeahhh :ooOOO (buruk rupa)


Arina tertarik sangat dengan note yang ditinggalkan =) nampak sweet je , apa2 pun thanks Ibu hehe =) arina dapat salah satu hadiah dekat pic bawah ni , harga tu tak penting yang penting terjalinnya ukhwah kita bersama =)


Jom singgah blog beliau sambil follow =)
Jom ramai Klik IBU

Friday 22 March 2013

"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"

SheilaSalim,MrsVelentine,PuanGojes,MasZull,SeneoritaBaharin,Hazmanakaspecies1980,NadiaFarahida,Keyme,mamahannybunny,SiMatatajam,DayangDeno,AimanAziz,SuWaRaEntertainment,BetaKupu,SyidaRasyida,HanaMaroo,DatinTyka,ShimaMazlan,MimeMF,ZamaniAbe,MrsValentine,NormiNieza,SayaSukaGelak,CTCHEERY,ERAY,AYUJEAN,Lynn Si Pipi Merah,Kesuma Angsana,Kyle Kesha,Mohd Ridzwan

Tag : Anis , Rose , Ismi

Satu Giveaway, 30 Penaja, 
56 Hadiah, Siapakah Yang Bertuah?
MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER 
by Mak Dara

Tarikh tutup untuk GA ini adalah pada 31hb Mac 2013

JANGAN RISAU AKAN JODOHMU :)

A : Kalau kita dijodohkan , awak nak tak nikah dengan kita ?
S : Dah jodoh rugi kalau tak nikah cepat membazir masa je hehe
A : kenapa awak masih nak berkawan dengan saya ? sebab terpaksa ke rela
S : mestilah rela kalau terpaksa takdenya saya nak bazirkan masa saya dengan orang terpaksa dan dipaksa 
A : kenapa dah beberapa hari awak tak cakap dengan saya ? dan baru sekarang hati awak terbuka untuk bercakap dengan saya ?
S : masa tu takde masa , saya sibuk kerja sekarang baru saya rindu awak
A : kenapa awak suka cakap tentang masa ?
S : sebab masa tu berharga bagi saya , dan setiap masa tu boleh terjadi macam2 tanpa kita sangkakan 
A : kalau macam tu kenapa awak tak nak nikahi saya cepat2 ? saya tak sanggup dah nak tunggu masa dan buat dosa setiap masa bersama awak , alangkah indah masa kita , kita hargai dengan detik indah dan pahala
s : terdiam .

Selang beberapa hari S datang jumpa makbapak A untuk dipinang menjadi isterinya yang sah



Alangkah Indahnya bercinta selepas bernikah

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH

JUMLAH FOLLOWER TERKINI 

#518

Tarikh akhir : 31 Mac 2013



Tak tahu nak bagi tajuk apa =='

Haha =D laughter is better than grieving 
bukan cerita ni kot nak dibahaskan =='

Alhamdulillah arina lulus semua matapelajaran SPM , tu pun dah cukup bagi arina , bahasa arab pun lulus sebab setiap kali exam memang muka ni je yang gagal hehe

berapa A?

Berapa A tu tak penting yang penting dia berbaloi dengan usaha kita , arina akui arina bukan sehebat budak straiht A , biasa2 je . Tahniah lah buat kawan2 yang dapat result meletop tu =)

Arina dalam dilema nak sambung belajar dekat mana ? course apa nak ambik ?. sebenarnya arina dah ada plan dah sebelum ni , arina tanya lah abg yang no 3 ni sebab dia selalu bagi support dekat arina , arina tanya dia arina nak apply satu -U- ni , dia pun setuju , arina tanya umi pula tapi ,tetiba arina sedih . Arina belum tanya kak long lagi , arina takut jawapan kak long sama je macam umi tapi mungkin kak long suruh apply IPG . umi cakap dia taknak arina belaja jauh2 . Dulu pernah lah abg no 3 tu (abg yus) suruh sambung belaja dekat luar negara but kiteorang fikirlah kecian umi sorang2 . So , sekarang arina just plan sambung belaja dalam negara je , tapi apakan daya dia masih menghalang , Arina sedih sangat kalau result straight A pun xde gunanya bukan boleh pergi jauh pn sedangkan result macamni macam2 halangan , Arina sedih sangat seolah2 umi tu kalau boleh sebelah rumah tempat belajanya , paling2 nak sambung Ijazah Sarjana Muda sekurang2nya 6 tahun , umi cakap lama lah ==' Arina faham umi tak faham keadaan Arina , kadang2 arina kecewa dengan umi tapi , apakan daya dia tetap mak kita yang kandungkan kita 9 bulan , arina tak tahu lah susah jadi anak bongsu ni konon katanya manja , sejak arwah abah meninggal hidup arina segala2nya berubah tak de istilah manja dah dalam lubuk hati ni , everthing kena buat sendiri . umi bagitau abg no 2 tentang arina nak sambung belaja ni , tetiba abg cakap ' alah u tu tak bagus , masuk je politeknik' , kenapa dia cakap macam tu mungkin sebab dia tak pernah sambung belajar ?, arina hampa sangat sebab arina lebih kearah pelajaran agama tetiba di suruh ambil kemahiran , Ya Allah ujian apa ni ? dulu ICT tukar bidang Agama pasuh nak tukar bidang kemahiran ? apa kejadah tu ? apa guna arina belaja agama ? baru nak benjinak2kn diri untuk memakai tudung labur menjadi wanita yang lebih baik di sisi Allah . seolah2 takde siapa pun nak bagi support ,lagi2 orang terdekat dengan arina terutama mak kandung sendiri , arina takde siapa pun tempat pengadu selain Allah dan blog ni , sad gila arina sekarang ni , sabar jelah * 

Kenapalah umi tak open minded ? kenapa tak bagi semangat seperti orang lain ? hampa sungguh* arina taknak jadi setandan pisang tu semua busuk biarlah busuk sedikit selebihnya masih boleh diharapakn . kalau arwah abah ada mesti best dialah orang pertama bagi cadangan :'3

Tuesday 19 March 2013

Mukminah Mujahidah

Hi semua =D
apa khabar semua ? sihat tak ? moga sihat dan ceria selalu =)
 
Harini tetiba Arina nak share sesuatu kepada semua , nak tahu apa dia ?

Mukminah Mujahidah Arina suka sangat nama tu , sampaikan Arina pernah letak dalam nama Facebook . makna Mukminah mujahidah ? Mukminah tu dia macam dah di perempuankan haha kata asal dia Mukmin , Mujahidah pula kata asal dia Mujahid Daripada Fudhalah bin Ubaid r.a. Nabi s.a.w bersabda: "Mujahid itu ialah orang yang berjihad melawan nafsunya kerana Allah"(riwayat at-Tarmizi dan Ibn Hibban) . 

In Sha Allah bila kita ada niat baik untuk lebih dekat ke jalan Allah , Allah akan permudahkan jalan tersebut , Mudahan kita selalu ingat yang kita adalah milik Allah dan Dia lah Tuhan kita yang Esa dan Maha Berkuasa , In Sha Allah , Amin Ya Rob .

muslimah, auratmu mahkotamu, maruahmu. Jagalah ia sebaik mungkin..


KESALAHAN KETARA WANITA SEKARANG..

#1 Pakai tudung tapi nampak rambut (tak pakai anak tudung)

#2 Pakai tudung tapi pakai legging (ketat)

#3 Pakai tudung tapi baju pendek (tak tutup pinggul)

#4 Pakai tudung tapi baju jarang (tak pakai inner)

#5 Pakai tudung almost perfect tapi nampak kaki (tak pakai stoking)

#6 Pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek/lengan tiga suku

#7 Pakai tudung tapi tak tutup dada (common problem)

#8 Pakai tudung tapi nampak leher (sebab nak tunjuk perhiasan)

#9 Pakai tudung tapi sanggul tinggi (macam bonggol unta)

#10 Pakai tudung tapi ber-make-up tebal (tabarruj)



Berubah dan Bertaubat lah kita sebelum terlambat 
Jika kita nak berubah jangan tunggu lama2 kerana takut peluang yang ada dah di ambik orang (tak kesempatan) .
Jadilah hamba Allah yang ikhlas bersamaNya =)
Sama2lah kita sedekahkan surah Al-Fatihah untuk diri sendiriagar menjadi lebih baik dari sebelum ini , Amin =) 

Monday 18 March 2013

Semakin Terasa



Doakan Arina LULUS DENGAN CEMERLANG dalam SPM dan dapat A dalam semua matapelajaran 

Amin Ya Robbal alamin ...

Perhimpunan

Hi semua =) 

Wahhh ! tetiba hati ni 'MisS' dekat sekolah ==' , maybe bukan Arina sorang je kOt yang rindu bagai2 ni , mesti ada di antara mereka yang di luar sana merindukan sekolah mereka .

Kenapa rindu sekolah ?

Sekolah tukan dah lah banyak ilmu ishh2 ! haha =D Arina bukan setakat rindu bangunan sekolah je malah , rindu dekat cikgu2 , gelak masam dengan kengkawan , rindu nak dengar nasihat cikgu , rindu nak usik cikgu =( 

Dan banyak2 hari , hari ISNIN adalah Arina paling benci sebab ada ' Perhimpunan Pagi ' tapi , bila dah berbulan ni tak sekolah tetiba rasa rindu tu membuak-buak , ah tulah dulu taknak menikmati hari tu betul2 .. kahkahh . Arina bukan setakat rindu sekolah menengah je malah rindu zaman TADIKA , sekolah rendah , :p baru sekarang Arina tahu bertapa seronoknya zaman sekolah ni , bila Arina fikir je benda ni , membuak2 hati Arina nak sambung belajar =(
Apa kejadahlah kartun versi indon ni hahaha

Bila hari Isnin je comfirm bila nak bangun memang liat , haha lepastu pergi sekolah muka taknak macam ketengek pula , tengok kawan pun macam nak makan kawan tu , ni Arina lah korang baik2 kan ? kalau hari lain pergi sekolah nampak sangat muka bahagia macam dekat dunia ni aku sorang pergi sekolah hahak, Arina .. Arina .. (sambil geleng kepala)

Bila perhimpunan dah start fisrt mesti lagu negaraku 


Diikuti Lagu negeri JOHOR 
Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

Tapi Arina sedih ramai rakyat jelata negeri johor yang nyanyikan lagu ni dengan SALAH =( 
part dorang salah nyanyi (anugerahkan dia) sepatutnya ('Nugerahkan dia) lagi satu (Menaungkan kami) tu salah sepatutnya (Naungkan Kami) .

Lagu sekolah , ikrar , erggg semua lah , lepas ni lagu 'U' pula haha


Doakan keputusan SPM Arina lulus dengan cemerlang dan mudahan dapat semua A =)

Wednesday 13 March 2013

Oh Bibir Sexyku ...

Hai semua pe khabar ? wah lamanya tak taip2 ni huahua

Sekian lama Arina mendiamkan diri =|

nak tahu sebab apa ??

sebab sejak2 ni Arina busy , setiap hari khamis jumaat memang busy sangat nak online pun dah tak larat kerana terlalu penat . Sabtu Ahad pun tak ketinggalan sebab Arina dengan umie pergi rumah kak long jaga anak dia Baby Aish sebab kak long dia pergi belaja biasalah sambung master . kehkeh ... 

Dekat rumah kak long tak boleh nak online sebab kak long bawak lappy dia , kita nak pakai lappy apa ? persoalan terbengkalai ni huhuk

Lagi satu ...

Cuaca dekat sini panas ,bertong2 air dah Arina minum tapi still membuatkan Arina panas dalam , suhu dalam badan tak menentu . Baru2 ni bibir Arina kering sangat selang beberapa hari tu bibir Arina ada sdikit problem lah .

Nak apa pun tak tahu mula2 kering lepas tu timbul bijik2 air macam kutu air ia ? lah sudahh haha lepastu dia pecah sendiri dan dia berkudis , apakah penyakit ini ???

Pergi klinik buat check up first doktor tu check tekanan darah lepastu check suhu guna alat check fever tukan , benda tu kan check dekat bawah lidah so , Arina letak lah dan tunggu . Dalam hati asal lama ni dah nak meleler air liur ni haha , doktor tu cakap asal tak bunyi lagi meh tengok , lah patutla tak hidupkan .
Dah lah hensem doktor ni haha nak main2 pula , test lagi perkara yang sama terulang kali  ni bukan benda tu tak dihidupkan but termometer tu rosak haha penat tunggu tak bunyi2 nasib bawak sapu tangan boleh cover air liur nak terkeluar haha 
Doktor tu cakap awak demam ni lepastu pergi jumpa doktor yang kedua yang tadi pembantu dia tapi dia doktor juga . 

Doktor : Awak sakit apa ?
Arina : tengoklah bibir saya ni , kurang dah sexynya
Doktor : haha (dia ketawakan ?) adui ni penyakit apa pula ? awak ada alahan ke ?
Arina : Entah . sebelum tak de pula . effect panas dalam kot .
Doktor : Saya tak pernah tengok penyakit ni haha haiikkk sejak dua tiga hari ni macam2 pelik datang jumpa saya
Arina : La yekew berdekah ketawa
Doktok : Mungkin ni lambat baik dalam 3 weeks .
Arina : alah doktor jangan doakan macam tu =(
Doktor : takpe2 awak cuba dulu ubat tu ok pergi ambik dekat farmasi
Arina : ok terima kasih doktor.

Tulah ceritanya ...  alhamdulillah sekarang ni Arina dah ok sikit bibir ni pun dah kurang sikit demam2pun dah kurang , penyakit dia lebih kurang macam gambar dekat bawah nilah . =( sedih kita , siap nangis2 lagi sebab dengan demamnya , pedih dekat bibir , dengan sengugutnya , =( be strong Arina kuat  !! comfirm antibodi kurang ni kahkah !

Doakan Arina cepat sihat dan Arina pun doakan korang sihat juga =) dapat ceria2 =)
salam semua =D

segmen:aku gila blog



apakah yang istemewa dalam blog korang?

* Saya tak tahu apa keistimewaan blog saya , orang yang membaca dan singgah ke blog saya lebih tahu apa keistimewaannya , cuma saya boleh cakap , blog saya lebih ke arah personal kerana saya suka berkongsi cerita tentang kehidupan yang saya lalui , selain itu , saya juga suka berkongsi tentang ilmu2 yang saya perolehi kepada pembaca =)

dalam sehari berapakah kekerapan korang mengupdate blog?

* Ikut mood kadang2 dalam satu hari boleh banyak post tapi , kebiasaannya satu hari 2 3 post untuk melepaskan gian untuk menaip . kahkah ... tapi , kalau jarang online tu sebab ada hal sikit yang membuatkan tak sempat pun nak online.

nyatakan blog korang di edit sendiri atau menggunakan khidmat orang lain?

* Saya menggunakan khidmat orang lain iaitu Sis HaziatiAtiey sebab pada mulanya just nak sis tu buatkan header je , header sekarang ni nampak comel sangat bagi saya ... haha bila runding2 dengan sis tu dia cakap tak match dengan badan blog saya , dan akhirnya sis tu editkan satu blog  =) alkisah al toyibbbb ...

Arina join segmen ni =D kalau nak join klik banner

segmen ini berlangsung dari 10/03/13-penyertaan mencapai 100 peserta.sekiranya tidak..maka segmen ini akan terbatal..jemput kawan-kawan anda yang juga mencintai blog mereka..:)

Ada hadiah :

haedar x2 
banner x2
keychain sabah untuk 2 org
topup rm5 x3
review blog x5
bloglist 2 minggu x10

SEGMEN JALAN MAYA DAN TAMBAH FOLLOWERS


Segment : Lick Exchange (AFFIE) by #SelaluLalu

Saturday 2 March 2013

Degupan jantung

Jika Kau tahu aku buntu bila perasaan ini hadir ...
Aku tak minta pun perasaan itu hadir malah aku sendiri tidak mahu memikirkan perasaan itu . Adakah itu salah perasaan aku ataupun itu salah aku , diri aku sendiri ? . Setiap hari aku menghadapi perasaan yang sama , aku sendiri pun naik fade up dibuatnya , jujur aku katakan aku tak mahu ... aku tak mahu ... ! perasaan itu hadir sedangkan aku sendiri tak tahu sejauh mana kesahihannya . Bila perasaan itu hadir tanpa ku minta ku pinta , aku mula jadi buntu , binggung .. entah kenapa ia semua hadir tanpa aku minta . 

Bila melihat dia , dia dan dia .. mula hati aku menjadi tewas , degupan jantungku laju bagaikan baru lepas lari keliling padang . Aku mula mentafsirkan degupan jantung itu .. apa maksud degupan jantung itu ? Cinta ? Rindu ? Sayang ? Benci ? Marah ? Aku sendiri tak tahu apa tanda perasaan itu . Semakin aku fikir semakin lemah aku dibuatnya . Jika tak fikir ia datang bertubi-tubi menghempap hatiku .

Aku tahu jiwa aku masih rapuh .. tapi , kenapa ia hadir ? adakahTuhan mahu menguji aku ? 

Ya Rob ...

Adakah aku kuat lalui semua ujianMu ini ? Ya Allah Ya Tuhanku aku tidak yakin , aku boleh lalui semua ini . Aku hanya hambaMu yang banyak kekurangan dan kelemahan . Aku hambaMu yang kerdil , mungkin aku jauh denganMu kerana itu Kau beri seksaan kepadaku . Kau bagilah aku petunjuk , bagilah aku kekuatan menghadapi semua ini .

Aku tahu Ya Allah , aku masih cintakan hambaMu itu tapi , aku cuba untuk melupakan dia kerana aku tahu aku tidak layak untuknya , mungkin dah tertulis di luh mahfuz itu aku bukan untuknya ...Setiap kali aku ingin melupakan dia , setiap itulah aku menunggu wajahnya hadir didepan mataku tetapi bila wajahnya muncul di depan wajahku saat itu lah perasaan benciku membuak-buak . 

Ya Rob ...

Adakah aku mampu lalui semua ini ? peritnya hatiku merasakannya ..

Satu sahaja yang aku minta Ya Allah JIKA DIA TERBAIK UNTUKKU KAU DEKATKANLAH AKU DAN DIA JANGANLAH ADA SEDIKITPUN RUANG PERPISAHAN DIANTARA KAMI BERDUA , JIKA DIA BUKAN TERBAIKKU YANG TELAH TERTULIS DI LUH MAHFUZ KAU JAUHKANLAH DIRINYA DARIKU BIARLAH PERTEMUAN INI KEMBALI BILA DI SYURGA , YA ALLAH KAU KASIHINILAH HAMBAMU INI , AKU AMAT MEMERLUKAN PERTOLONGANMU .

Kadangkala aku benci dia kerana aku akan teringat kisah silam aku dengan dia yang cukup menyakitkan hati tetapi , pada masa yang sama aku rindukan saat-saat bersama dia ..
aku sendiri tak rela perpisahan itu tetapi dia sendiri yang buatkan aku ingin berpisah buat selama-lamanya bersama dia ...

Kenapa saat kau pergi ... ada sahaja dugaan yang lebih berat aku hadapi , dia membuatkan diriku seolah-olah sangat sempurna , Ya Rob kau butakanlah mata dia , aku tak mahu sekarang dimata dia cukup sempurna tetapi bila kesudahannya hanya kelemahanku yang dia nampak , aku tak mahu kerana sesuatu perkara berkaitan dengan nafsu biarlah ia dari hati yang ikhlas dan suci . 

Aku langsung tak percaya kata-katanya walau aku dah kenal dia bertahun-tahun ...

Aku mula binggung dan resah , jiwaku mula gundah ... adakah aku jauh kesesatan di jalan Allah ... Ya Rob ampunilah dosaku ! ...

Kerana takdir aku ditemukan dengan seorang hamba Allah ... aku rasa tenang ... '' Kerana peribadinya aku terpesona " .. Ya Rob aku leka dengan keindahan dunia . Subhanallah !!! tunjukkan lah aku jalan yang benar . aku yakin dia boleh membimbing mana-mana wanita yang dapat mendampinginya kerana dia membimbing dirinya cukup sempurna .

Banyak lagi benda yang harus aku fikirkan bukan ini sahaja . Tetapi perkara ini menjadi ' Top Three ' di kotak pemikiranku . Aku dah tak mampu untuk ungkapkannya lagi ,ia sukar untuk mencari ' Ending ' . Yang aku tahu aku akan terus hadapinya sampai aku tahu kesudahannya , semua itu kuasa dan takdir Tuhan , Aku hanya dapat berdoa dan berserah . Berusaha ? tiada benda yang aku perlu usahakan melainkan tidak terlalu fikirkannya .


Cancel .. Cancel .. Go away Gone ! 

Pergilah engkau ...
Aku tahu ada yang lebih malang dariku 

Created Arina

Friday 1 March 2013

Mac



Rasa begitu cepat masa berlalu ...

Hanya menanti detik2 yg sangat mengerunkan ...

Hanya sabar dan berdoa yg mampu kerana telah banyak berusaha ...

Allah itu Maha Adil Dia tahu apa yg terbaik untuk hamaba2Nya ...

KepadaMu Ya Rob ...

Aku berserah tiada lain Kau sahaja aku sembah ...

Berilah aku yang terbaik =)