Oh Bibir Sexyku ...
Hai semua pe khabar ? wah lamanya tak taip2 ni huahua
Sekian lama Arina mendiamkan diri =|
nak tahu sebab apa ??
sebab sejak2 ni Arina busy , setiap hari khamis jumaat memang busy sangat nak online pun dah tak larat kerana terlalu penat . Sabtu Ahad pun tak ketinggalan sebab Arina dengan umie pergi rumah kak long jaga anak dia Baby Aish sebab kak long dia pergi belaja biasalah sambung master . kehkeh ...
Dekat rumah kak long tak boleh nak online sebab kak long bawak lappy dia , kita nak pakai lappy apa ? persoalan terbengkalai ni huhuk
Lagi satu ...
Cuaca dekat sini panas ,bertong2 air dah Arina minum tapi still membuatkan Arina panas dalam , suhu dalam badan tak menentu . Baru2 ni bibir Arina kering sangat selang beberapa hari tu bibir Arina ada sdikit problem lah .
Nak apa pun tak tahu mula2 kering lepas tu timbul bijik2 air macam kutu air ia ? lah sudahh haha lepastu dia pecah sendiri dan dia berkudis , apakah penyakit ini ???
Pergi klinik buat check up first doktor tu check tekanan darah lepastu check suhu guna alat check fever tukan , benda tu kan check dekat bawah lidah so , Arina letak lah dan tunggu . Dalam hati asal lama ni dah nak meleler air liur ni haha , doktor tu cakap asal tak bunyi lagi meh tengok , lah patutla tak hidupkan .
Dah lah hensem doktor ni haha nak main2 pula , test lagi perkara yang sama terulang kali ni bukan benda tu tak dihidupkan but termometer tu rosak haha penat tunggu tak bunyi2 nasib bawak sapu tangan boleh cover air liur nak terkeluar haha
Doktor tu cakap awak demam ni lepastu pergi jumpa doktor yang kedua yang tadi pembantu dia tapi dia doktor juga .
Doktor : Awak sakit apa ?
Arina : tengoklah bibir saya ni , kurang dah sexynya
Doktor : haha (dia ketawakan ?) adui ni penyakit apa pula ? awak ada alahan ke ?
Arina : Entah . sebelum tak de pula . effect panas dalam kot .
Doktor : Saya tak pernah tengok penyakit ni haha haiikkk sejak dua tiga hari ni macam2 pelik datang jumpa saya
Arina : La yekew berdekah ketawa
Doktok : Mungkin ni lambat baik dalam 3 weeks .
Arina : alah doktor jangan doakan macam tu =(
Doktor : takpe2 awak cuba dulu ubat tu ok pergi ambik dekat farmasi
Arina : ok terima kasih doktor.
Tulah ceritanya ... alhamdulillah sekarang ni Arina dah ok sikit bibir ni pun dah kurang sikit demam2pun dah kurang , penyakit dia lebih kurang macam gambar dekat bawah nilah . =( sedih kita , siap nangis2 lagi sebab dengan demamnya , pedih dekat bibir , dengan sengugutnya , =( be strong Arina kuat !! comfirm antibodi kurang ni kahkah !
Doakan Arina cepat sihat dan Arina pun doakan korang sihat juga =) dapat ceria2 =)
salam semua =D
Assalammualaikum adik arina..tak sihat ye..samalah..risau jugakan bila satu sakit blm ok..dah tambah satu lagi sakit..tapi tulah setiap apa yg berlaku ada kemanisannya..pahala bertambah kerana sabar dan redha..manakala dosa berkurang..amin..
ReplyDelete