✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Friday 31 August 2012

SAYA ANAK MALAYSIA !




TAMAT CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum wbt =)

Tamatlah sudah agenda raya-raya sakan ni esok dah start cuti sekolah . Eh ? pehal pula cuti ?? Maaflah tersasuL sikit , Esok dah start SEKOLAH balik dan esok mulalah perang otak , semua calon2 SPM mengalami darurat sementara haha mandai je aku ni hahaha
nak buat macam mana dah nasib aku . Ambik kau terkono dah tahun ni .Pergi raya pun cousin , semua lah sedara mara , naik cuti ni TRIAL kan ? a'ah kak adik pakcik makcik atok nenek . Ah ! gud luck lah . Sesetengah ada ke cakap kalau result kantoi SPM jugak lah jwabnya , Aish ! apa ni pinangan2 segala ni ? sumpah ! aku tak mau lagi nikah2 ni hahaha !



HahaHa ! muka sebelum dimaklumkan otaknya strees . Tapi, tengok macam dah strees jekan ? Aish! korang kutuk gambar aku ia ? haha tak baik tau ! haha erm sebelum tu Arina nak cakap pada korang , Arina sayang korang hehe =P

STORY DAH BASI 

*THE END *






Sunday 26 August 2012

Tukar BLOGSPOT ke DOT ( . ) COM

Assalamualaikum wbt semua :)
Salam Syawal
[SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRTI MINAL AID WALFAIZIN]
=)

Ok Arina nak bagitau dekat semua pembaca macam mana nak tukar blogspot tu kepada dot com . Yang mana ? cuba tengok link kat atas uh contohlah www.cikarinasukataip.blogspot.com ah yang (.blogspot.com) tulah . Senang cite nak buang blogspot tulah . Ada berani nak tukar ? haha erm buat pengetahuan semua Arina belum bersedia lagi untuk benda-benda widget yang memerlukan wang ni . wang ? alah duit2 haha. Erm yang buat duit pun Arina belum bersedia lagi erm macam CHURP churp , Heartbeat , Nuffnang dan lain lagi lah kan . Maybe suatu masa nanty baru Arina sign up semua uh , haha . Tunggu apa entah dia tu kan - haha 

Erm di antara korang mesti ada yang tak sabarkan . Sorry at first , Arina tak taulah nak cakap macam mana entry ni Arina terjumpa masa main lompat2 cari duit raya credit by http://www.azriff.com

1.Pergi dekat netkl…tekan sini.
2. dah masuk kat laman web. tekan “domain tab”. (rujuk gambar)
koko
3. masukkan domain name yang anda nak, kat dalam kotak tu, korang tau kan.. check dulu “available or not”.
4.kalau korang pandai membaca , korang buat apa yang diarahkan je..ada instuction,jangan risau..
5.dah siap pasal pencarian dan pengesahan domain name anda tu. tekan je “order now”.
6.pastu “tick kan kat id protection” tu,,tu free je dapat selepas anda selesai pembelian domain tersebut. pedulika kat kotak bawah tu, name server. just “update cart” je.
7, seterusnya, korang akan masuk step 4. (rujuk step untuk pembelian, bukan step gua ni) terus je “checkout” jangan start over.(taknak jelaskan,nanti panjang cerita, just buat ikut step gua ni je).
8.masukkan detail anda semua kat kotak tu. payment method, “tick bank transfer”(tutorial ini untuk yang nak bayar guna bank transfer je). tick jugak terms and service tu.
9.selepas tu,anda akan diberi “invoice letter”. sebagai rujukan. dimana disitu jumlah amount yang dikenakan dan no. akaun bank untuk anda bayar.
10. tengok kat gambar dibawah, tekan link “back to client area”
koooo
11.anda di bank untuk pembayaran dengan melalui” transfer atm”. bawak invoice letter tu sebagai rujukan. sebab gua bua macam tu jugak.
12.selesai bayar, balik rumah, relax, tenang,kalu tak makan lagi, gi makan dan minum dulu, buang hajat ke dulu, biar keadaan cool, anda menghampiri step yang terakhir dah.
13.tekan “submit tiket” rujuk gambar dibawah
oooo
14.  anda akan jumpa sales and support link. tekan “sales”.
15, isi form tu, ada yang dah di isi. isi yang kosong je. “subject”, anda taip (invoice: [no invoice anda yang berada di dalam invoice letter tu]).urgency,,taip high je. relative sevice, takyah buat apa-apa. dan tekan submit.
15. anda dah pun siap pembelian itu. hanya tunggu beberapa minit. sebab gua tunggu tak sampai 10 minit selepas submit tiket tu,dah tertukar dah link blog gua ke www.azriff.com [KATA BELIAU]

Ok ape2 hal jangan tanya Arina , Tanya abg handsome uh hahaha , Salah silap Arina sila maafkan ia :) Arina just to share if it right and give you knowledge wink~

Tak Salah kita menuntut ilmu :)

Thursday 16 August 2012

JANGAN TINGGALKAN DAKU !

SALAM 
CERIA@ SELALU 

=D

Cepatnya masa berlalu !
tetibe dah nak abis dah puasa !
Malam Lailatul Qadar . . .
Terawaih . . .

Semua bakal tinggalkan kita ;(
wuawuah! Syaitan dah tak kena ikat !
nafsu menjadi2 !
Tak sangup !

Kat kedai nanti takde kuih dan air sedap2 :(
baju2 semua nanti takde cam suasana nak raya haha
aku mula sedih :'( haha tapi suka 
AKU NAK RAYA !!!

yeah! nak raya ! nak raya ! haha



Berhati-hatilah dijalan raya ingatlah orang tersayang*
copypaste yg tepi jln raya uh haha

CUTI + SKOR

Assalamualaikum wbt 
salam ceria & 1 Malaysia 
[Janji DiTepati] . . .

Lamanya lahkan tak blog2 ni haha bukan setakat bersawang , Berbawang dah blog ni ! :P tempat shoutbox pon dah penat menjerit entah2 dia ngah sakit bisu _*_ kesiannya dia tak pe ok nanti kita bawak gi jumpa doktor k , sekarang dah banyak doktor2 pakar ni haha kak lyssa ad abg wan ada , tulah yang famous siapa lagi angkat tangan ? haha ramai sebenarnya [soe awak ,maaf zahir&batin] :P
Bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian tulah jawapanya hihOk ! <-- dia sesat jap , jangan risau k nanti hantar balik kandang * Tak taulah apa yang buzy nya  ke hulu ke hilir , cuti sekolah raya dah start erm mulalah homework banyak , BENCI TAPI SUKA ! Ah ! terpaksa  suka sebenarnya banyak tak terkira , study lagi , kalau pandai bagi masa insyaALLAH semua dipermudahkan plus doa bebanyak =) 

Ni ujian [sabo jelah] mana tau Tuhan nak bagi yang terbaik kan ? kan ? erm terima jelah dah benda alah ni penentu hidup hancur berderai kalau result tak baik , memang bala dalam hidup ! itulah akibat orang yang tak nak berusaha , ingat goyang kaki terus boleh dapat ke? TIPU PEMBOHONG ! erm dia tak berusaha tetibe dia dapat ah! bersyukur dik oi ! Tu satu ujian gak tu haha erm 

" SESIAPA YANG BERUSAHA DAN BERDOA TETAPI TUHAN TIDAK MENGKABULKAN , BUKAN TUHAN TIDAK MENGKABULKAN CUMA TUHAN NAK KITA BERSABAR DAN TUHAN AKAN GANTIKAN DI AKHIRAT '' 

So ,sabar dan teruskan berusaha ! saya BOLEH ! hahaha 

Cuti Raya ni jawabnya pergi mana2 bawak buku lah , lagi satu Iena dapat bantuan Skor A percuma sampai exam SPM , Alhamdulillah - suka sangat adalah juga teman main2 haha :P


Mudahan dengan bantuan dapat membantu result exam , Amin ~ huhuhu


Testing goda2 dia ternyata dia bolehlah untuk bagi paham 
soalan dia muntah2 nak jawab nanti [bnyak sngt]* haha

Raya ni hadap nilah jelahkan hahak tapi , tak boleh juga yang lain kena juga baca & hafal :)
dugaan besarnya tapi Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA =)
Tata awak sukuplah sampai kemuncaknya :) haha skema theme :P :P :P banyak2 hehe

AKU SUKA DIA* [KAMU YANG TENGAH BACA NI ] *


Setiap orang pasti ada kelebihannya*
Believe yourself *


Wednesday 1 August 2012

Rasa Cinta Itu Tuhan yg punya =)

Salam 
Luahan Hati Ramadhan III ::


Rasa berat untuk tinggalkan dia sementara . Mungkin sudah tiba masanya untuk lupakan kisah hidup dengan [sedih]=[sedekahtisu] haha . Hidup nikan tak semestinya nak sedih , nangis jekan . Walaupun dia bagi dugaan kita yang paling berat , hadapilah dengan hati yang tenang dan redha , ah! lagi ini bulan puasa memang sesuailah untuk tarbiahkan jiwa kita untuk lebih dekat dengan Allah . Itu sebabnya Tuhan izinkan perpisahan aku dengan dia  supaya aku lebih dekat dengan Tuhan [setiap rintangan yang berlaku , jangan lupa daratan]=[ kembalilah kepada yang Esa dan doa bebanyak]*. Memang sudah tiba masanya untuk aku kembali ke pangkal jalan , tak payah nak fikir pasal dia lagi , fikir atas meja yang melambak tu . Be yourself and think positive. Jangan pandang belakang , focus and straight the point .
Rasa lega dan lebih bersemangat untuk teruskan hidup dengan kata-kata hikmah dekat bawa ni , biarlah hidupku lebih sempurna dengan kenangan bersamamu -kenangan bersamamu kasih-lalalala =) [ayatpenampar]=[jangan bagi penampar gula-ii HACKS sudah]* hahaha =P ::

Antara beberapa persoalan dan tanda berkaitan soal jodoh adalah:-
Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita
Percaya tak, sebenarnya jodoh yang korang cari berada berdekatan dengan korang. Korang mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tahu suatu hari korang akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan korang. Bahkan korang akan jatuh cinta dengan seseorang yang korang kenal suatu masa dulu. Tak sangka kan? Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita.
Entah-entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam. Atau jodoh korang adalah daripada kenalan korang di suatu masa dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin ada di antara korang yang sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh. Usah risau, pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk korang akan tetap juga sampai nanti.
Sebenarnya, jika kita perhatikan betul betul, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal jodoh ni. Jika dulu kita pernah bercinta, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa sehingga pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu sudah ditakdirkan menjadi jodoh dan pasangan korang, ia tetap akan jadi milik korang. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah.

Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi
Ok, sekarang adalah situasi di mana korang sedang bercinta dan merancang untuk menikah. Korang sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi susah dan senang bersama sama. Tidak dinafikan, pasti wujud konflik di saat ini kan? Tak kira lah masalah apa pun, pasti ada yang datang untuk menguji cinta korang kan? Di saat itu mungkin ada yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mulalah tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan. Ketidakpercayaan mula timbul dan mengugat hubungan korang. Di sinilah sebenarnya korang kena main peranan yang sangat penting. Walau apa pun dugaan jangan sesekali cepat putus asa.
Ok, jika korang berdua berjaya mengharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk korang. Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar dalam sesuatu hubungan yang menyebabkan pergaduhan. Suasana jadi begitu tegang dan masing-masing berfikiran seolah seolah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Korang pulak dah mula rasa kecewa, pasrah dan redha atas apa saja yang bakal terjadi. Tiba-tiba, dengan kuasa Allah, konflik itu dapat diselesaikan, hubungan korang berdua kembali seperti dulu lagi. Malah mungkin semakin memahami dan bahagia.
Setiap kali berlaku konflik yang menyebabkan korang rasa putus asa, Allah tunjukkan jalan korang untuk berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh korang kuat bersama si dia InsyaAllah. Banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan. Jangan sesekali mudah mengalah. Apa apa pun ia sebenarnya bergantung pada sikap kita sendiri juga. Jika korang jenis yang cepat putus asa dan kuat mengalah, macam mana nak kekalkan jodoh?

Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita ia pasti milik kita!
Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik korang, maka ia milik korang. Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara korang. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh” sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh korang bukan bersama seseorang yang korang cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.
Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk korang. Tidak mudah, korang perlu menjadi seseorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh korang, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan korang. Tapi jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik korang. Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was-was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah. Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba hambaNya.
Minta lah kepada Nya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah solat istikharah dengan cara yang betul. Ia dapat membantu korang dalam membuat keputusan. Jika korang dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk korang, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi kan Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang korang rasa sekarang adalah bayaran untuk kebahagiaan untuk korang di masa akan datang nanti InsyaAllah.

Jangan serahkan pada takdir semata-mata
Soal jodoh memang lah milik Allah, tapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha. Ada yang kata jodoh tak perlu dicari, tetapi ia datang sendiri. Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana? Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki dan perempuan, asalkan korang tahu batas-batasnya dan luaskan lah pandangan terhadap kehidupan.
Jangan kurung diri korang daripada cinta kerana beranggapan jodoh korang sudah ditentukan. Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan korang tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil korang akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamalkan sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa-apa. Mungkin korang adalah seorang lelaki yang sedang meminati seorang gadis dalam diam. Korang mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang korang perlu lakukan?
Duduk diam? Salah tu. Sekurang kurangnya korang harus mencuba. Tak cuba tak tahu kan? Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang-orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersama nya selama-lamanya!
Jadi jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalamsoal jodoh ni. InsyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal awal dah putus asa.

Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga korang.
Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk korang. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi korang dah dapat. Kenapa kena sia siakan? Jaga hubungan elok elok. Hargai apa yang ada sekarang. Penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah. Takdir takdir memang takdir tapi usaha usaha tetap usaha. Persoalan jodoh itu sangat sulit, tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba. Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, InsyaAllah.


Jika ada Jodoh pasti Tuhan ketemukan*