✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Sunday 23 June 2013

Jerebu

Wah ! rasa kekok nak berkata2 ni hahak . lama jugak Arina mendiamkan diri ni , rindu blog macam2 nak cerita ni , meh2 satu2 kita cerita meh ...

Buat pengetahuan semua negara kita digemparkan dengan isu jerebu yang melanda beberapa buah negeri termasuk JOHOR . Jadi , dekat Kota Tinggi ni tak terlepaslah dari jerebu ni . Pada mulanya Arina macam pelik juga kenapa lah bila keluar rumah lain macam langitnya tak seperti sebelum ni ceria je warnanya . Bila dah sampai tempat kerja , merata tempat sibuk cakap jerebu2 , almaklum tak tengok berita ni jawapnya . 

Daerah Muar paling teruk jerebunya cecah 300 lebih , ni muar dalam darurat mencecah 600 , semua sekolah terpaksa ditutup lagi setelah 3 hari diberi cuti . Arina nak keluar rumah pun takut , jerebunya bila pagi tengah hari agak tebal sikit , bila petang di dah berkurangan , kalau nak keluar rumah memasing pakai Mask.


Ini gambar jerebu dari pandangan satelit di tempat Arina . Bila siang gunung ganang semua dah tak nampak senja baru nampak . 

Tak sangkakan lagi berapa minggu je dah nak puasa , wah dah tak sabar ni rasanya . Tapi , Arina macam ada benda lain je yang tak sabar hehe nikan hujung minggu , time nilah dapat cuti kalau tak kerja je kan . Buatlah satu plan untuk keluar pergi Kota jalan2 dengan kengkawan dengan family .

Ah ! sebelum keluar rumah tu pakai dulu macam gambar dekat bawah 

|
V
|
V


Lebih elok pakai purdah nampak cantik sikit , sebenarnya takde mask lain nak pakai sebenarnya dah sampai Kota pergi Farmasi beli mask putih tu , rasanya dalam farmasi tu semua bukan nak beli ubat , just nak beli mask semata2 je tu hahak

First tu jalan2 dengan Umie semua beli baju raya , ah benda tulah yang lebih tak sabar dari puasa ni , hehe macam2 lah shopping lepastu Arina keluar pula dengan kengkawan dekat tempat kerja 


Pergi mana je makan2 jalan2 tawaf satu Kota tu =) hilangkan tension bekerja , tetiba pula rapat dengan akak2 ni semua , tak tahu pula kami ni sekepala , tudung biru tu nama dia Enn sebelahnya Iera . Kat tempat kerja kita orang selalu kena marah sebab " BANYAK CAKAP " ???? ZZZzzzz lain kali sebelum nak masuk kerja sertakan syarat2 , semasa bekerja tidak dibenarkan bercakap .tak relevan betul , kami walaupun banyak cakap tapi tangan berjalan , sampaikan line kiteorang paling cepat buat barang siap kena pindah line lain untuk tolong dorang . Biasalah mungkin ada yang tak puas hati , cemburu dengan kita orang , biasa orang macam tu , semua tu bergantung pada iman masing2 , imam pula bergantung kepada solat masing2 .


Kata akhir <3 mana tempat yang ada jerebu tu ,pakai mask tau jaga kesihatan anda , Bye assalaamualaikum semua , salam syaaban =)

Seronok Kerja

Hi semua =)

Ada tak ni tanya mana Arina pergi ni ? lama tu menghilang ? ishhh2 apa citer an sekarang ? Alhamdulillah Arina masih berpijak dibumi yang nyata dan masih ada untuk menaip blog ni hehe .

Dah dekat sebulan dah Arina kerja , apa rasanya ? Ya Allah , macam2 ujian dah Arina lalui sorang2 . Biasalah setiap manusiakan tidak terlepas dari sebarang namanya ujian ni . Arina sebagai apa ? Engineer ke ? haha tak pasal yang baca ni tercakap " Taikklahh Engineer " hehe biasa2 je orang bawahan je . Macam2 sebenarnya dekat situ ada . Ada department  Assembly lah Machine llah , Arina department Spray . Di bawah Spray pula banyak line . First Masking , unmasking , putty , Polish , spray ,jegging dan macam2 lagi lah . Arina Masking . Ah nama pun masking so , kejenya tampal2 lah .


Barang besi macam ni , lepastu tampal yang mana nak tutup takut nanti masa spray dia terkena bahagian yang tak sepatutnya ke kan .
Lepas 2 minggu 3 minggu Arina kerja dekat situ adalah 2 orang akak ni masuk dekat line Arina , Sepatutnya dekat line tu ada 4 orang je  , bila dorang masuk jadi 6 , umur dorang pun 19 , Arina 18 kiranya paling muda lah . Sejak mereka berdua tu masuk , sejak tulah macam2 Arina lalui . huahuuuuaaaaa ='( banyak sedih . 

Suatu hari tu Arina dengan dorang kena pangil dengan supervisor Myammar lah , siap panggil dekat office bagai , salah apa je ? kak Enn tu dia taknak pergi polish sebab dia tak tahan dengan habuk . Lepastu si Supervisor tu nak marah2 . Ishhh boleh tahan lagi sabarnya   tu . 

Lepastu Arina kena fitnah dengan akak mulut lezer ni , dekat depan orang ramai pula tu . Kena fitnah rapat dengan budak office bangsa Nepal , siap sindir " aku tahu rahsia kau , rahsia sulit kau , kau jangan sampai aku nampak kau pergi hotel bukak tudung " , masa tu malu sangat dah lah depan orang ramai , yang kononnya engineer tu ,siap jeling2 . Sabar jelah . Nasib kerana masih waras dan beriman hanya mendiamkan diri dan masih boleh tersenyum untuk akak mulut manis berkata2 tu .Lagi sekali kalau dia buat takpe boleh tahan lagi , kalau kali ke 3 memang nak bagi didih darah muda kita ni . 

Rasanya moral yang dapat dalam sebulan bekerja ni :

  1. Rasa diri ni macam lelaki pun ada , angkat2 barang berat2 , maknanya takda lah kita nak  mengharapkan namanya lelaki je kalau nak angkat barang2 berat ni :p
  2. Belajar erti cekap , cepat , pantas , kalau dekat mana2 pun kita kena berdikari sendiri , takdelah nanti orang asyik nak kutuk kita je , kita ni lembap. 
  3. Buang sikap lalai , cuai . sentiasa peka dan telita . Tulah yang Arina tengah usahakan , tahu manusia tu tak terlepas dari kelemahan malah yang lemah tulah kita ubah jadi kelebihan.


Walau apapun yang kita kerjakan semuanya berbalik kepada NIAT (Lillahi Taala) . Biarlah orang buat kita jangan kita buat orang , kemungkinan kita adalah orang dia minta tolong bila dalam kesusahan .