✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Sunday, 23 June 2013

Jerebu

Wah ! rasa kekok nak berkata2 ni hahak . lama jugak Arina mendiamkan diri ni , rindu blog macam2 nak cerita ni , meh2 satu2 kita cerita meh ...

Buat pengetahuan semua negara kita digemparkan dengan isu jerebu yang melanda beberapa buah negeri termasuk JOHOR . Jadi , dekat Kota Tinggi ni tak terlepaslah dari jerebu ni . Pada mulanya Arina macam pelik juga kenapa lah bila keluar rumah lain macam langitnya tak seperti sebelum ni ceria je warnanya . Bila dah sampai tempat kerja , merata tempat sibuk cakap jerebu2 , almaklum tak tengok berita ni jawapnya . 

Daerah Muar paling teruk jerebunya cecah 300 lebih , ni muar dalam darurat mencecah 600 , semua sekolah terpaksa ditutup lagi setelah 3 hari diberi cuti . Arina nak keluar rumah pun takut , jerebunya bila pagi tengah hari agak tebal sikit , bila petang di dah berkurangan , kalau nak keluar rumah memasing pakai Mask.


Ini gambar jerebu dari pandangan satelit di tempat Arina . Bila siang gunung ganang semua dah tak nampak senja baru nampak . 

Tak sangkakan lagi berapa minggu je dah nak puasa , wah dah tak sabar ni rasanya . Tapi , Arina macam ada benda lain je yang tak sabar hehe nikan hujung minggu , time nilah dapat cuti kalau tak kerja je kan . Buatlah satu plan untuk keluar pergi Kota jalan2 dengan kengkawan dengan family .

Ah ! sebelum keluar rumah tu pakai dulu macam gambar dekat bawah 

|
V
|
V


Lebih elok pakai purdah nampak cantik sikit , sebenarnya takde mask lain nak pakai sebenarnya dah sampai Kota pergi Farmasi beli mask putih tu , rasanya dalam farmasi tu semua bukan nak beli ubat , just nak beli mask semata2 je tu hahak

First tu jalan2 dengan Umie semua beli baju raya , ah benda tulah yang lebih tak sabar dari puasa ni , hehe macam2 lah shopping lepastu Arina keluar pula dengan kengkawan dekat tempat kerja 


Pergi mana je makan2 jalan2 tawaf satu Kota tu =) hilangkan tension bekerja , tetiba pula rapat dengan akak2 ni semua , tak tahu pula kami ni sekepala , tudung biru tu nama dia Enn sebelahnya Iera . Kat tempat kerja kita orang selalu kena marah sebab " BANYAK CAKAP " ???? ZZZzzzz lain kali sebelum nak masuk kerja sertakan syarat2 , semasa bekerja tidak dibenarkan bercakap .tak relevan betul , kami walaupun banyak cakap tapi tangan berjalan , sampaikan line kiteorang paling cepat buat barang siap kena pindah line lain untuk tolong dorang . Biasalah mungkin ada yang tak puas hati , cemburu dengan kita orang , biasa orang macam tu , semua tu bergantung pada iman masing2 , imam pula bergantung kepada solat masing2 .


Kata akhir <3 mana tempat yang ada jerebu tu ,pakai mask tau jaga kesihatan anda , Bye assalaamualaikum semua , salam syaaban =)
Comments
1 Comments

1 comment:

  1. tak sampai 2 minggu pun lagikan kita nak jumpa Ramadhan..yiha..yihaa moga Allah panjangkan usia kita..moga jerebu cepat berlalu..pulih keadaan seperti sedia kala..salah satu hikmahnya laris Mask di pasaran..tauke Masak tersenyum lebar ni..Allah tidak membenarkan sesuatu itu berlaku sia2..kita mesti belajar sesuatu daripadanya..pasti bersebab.. :)

    ReplyDelete

Awk tinggalkan lah comment
saia cyg awk kalau awk comment
piece (Yo)~