✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Wednesday 1 July 2015

manisnya bulanmu



Assalamualaikum semua =)
Alhamdulillah kita pun sudah berada di bulan ramadhan kira-kira pun hampir lagi seminggu kita menyambutnya lepastu raya . Amboi raya je ye ingatnya . Arina tengok semua dah shopping sakan untuk menyambut hari raya ni.Yang bandar sanggup ke kampung untuk shopping murah murahkan dan sebaliknya yang kampung pergi ke bandar hehe macam Arina kena pergi ke kota . Aishh semua dah ada tema warna memasing kan . Tahun ni Arina tema .... ermmm suprise lah nanti InsyaAllah Arina update lagi ea . 

Lama Arina tak update blog ni macam sunyi jekan , ramai juga rakan yang tanya Arina dah lama update blog kenapa ? erggg garu garu kepala , busy cikit ler cik kak cik bang . Jadual kat Madrasah tu padat lagi lagi ni tengah musim syafawi quran hadis dan mutolaah . Alhamdulillah macam mana yang dirancangkan dua minggu peperiksaan tu berjalan dengan lancar , seminggu puasa yang pertama tu exam MUET . Jadi , rasa begitu cepat je kan masa berlalu . 

Ibadah sunat sunah alhamdulillah dapat dilakukan, tiap malam kami semua akan pergi masjid berdekatkan Masjid Sultan Abu Bakar ler jadi himpunan teraweh sama sama disitu lepas berbuka puasa dan solat magrib . Wah ! rasa seronok sangat berjalan beramai ramai dengan kawan solat sesama.Rasa nikmat sangat bebaloi sangat berada dibulan ramadhan ni . Rasa sayang pula nak tinggalkan bulan ramadhan lepas ni dapat lagi tak nak makan ramai2 satu dulang , teraweh sesama . lepas ni semua dah buat haluan masing2 .

Rindu keluarga tu jangan dikata , kalau boleh nak tepek je genggang telefon dekat telinga ni hehe . Mudahan bulan ramadhan kali ni dapat diawali sehingga diakhiri dengan bermakna , Jangan lupa rebut malam2 yang indah (Malam Lailatul qadar) . banyak fadhilatnya tu .

Bulan mulia macam juga saudara kita kat palestin tu kena boom dengan israel , kesian mereka semua ,takpe semua tu dah terlulis didalam al-quran , insyaAllah percaya islam akan memang juga akhirnya nanti

Sebelum Sahur Solat Tahajud dulu
Lepas Sahur terus Tadarus jangan lupa solat subuh
Ni tak lepas sahur Terus Tidur lepas solat subuh
credit : UAI
#Diari 2014#











Rindunya nak iftar macam dulu T_T balik teraweh je.. balun moreh lagi , lepastu selfie luar dorm . Allahuakbar rindu sangat2 kenangan yang pernah kita cipta . 
P109 2014 TERBAIK ! 
sayang korang until jannah ..
ukhwah fillah abadan abada 
sayang korang kerana Allah <3

Last Seen On February

Assalamualaikum semua .

Apa khabar semua ? 

alhamdulillah ada juga masa nak blogging ni . kalau tak memang busy memanjang je kerjanya kalah perdana menteri . Alhamdulillah cik sihat walafiat . makin bertambah tembam adalah . Cepat je masa berlalu ea sekarang dah tahun 2015 . umur Arina pun hampir nak cecah 20 an dah ni . tua dah kan . sekarang Arina busy sikit al maklum dah jadi cikgu sementara dekat tadika,  sementara tunggu result upu kan . cari lah duit sikit . in sha Allah lepas ni jadi cikgu betul2 then bukak madrasah sendiri . homemade * hihi

typing...



typing...


typing...



Lama dah tak blogging ni asyik typing je ea . hihi 

aik rasa kaku lah taip keyboard ni ... jari dh keras ni ...

HAHA !

Dari awal typing sebenarnya nak ucapkan " RAMADHAN KAREEM " "ALLAHU AKRAM " selamat menunaikan ibadah berpuasa dan salam iftar dari cik .

Lagu asal: Kun Anta (Humood Alkhudher | حمود الخضر)
Ya RamadhanHadirmu menjengah syahdu
Pada hati yang menunggu
Sebening rindu
Kau sirami taman Menyegarkan iman
Diri yang ketandusan
Mekar bak bungaan
Kala Ramadhan menjelma Bersyukurlah kita
Kerna bulan mulia
Ada rahmat padanya
Kala ada keampunan
Ada kebebasan
Dari azabNya
Jangan persiakan
Ayuh bersama raikannya
Puasa tarbiahDidik nafsu dan kawal lidah
Kalam madah zikrullah
Memuji allah
Malamnya ibadahDengan jiwa yang mujahadah
Pasrah dan berserah
Kepada Allah
Ramadhan berlaluBila sampai waktu
Mungkinkah aku
Bertemu denganmu
Ramadhan ku rinduDi ruangan waktu
Mungkinkah aku
Bertemu denganmu


Sekian Sahaja , next update Tatkala Aku B'Inspirasi

Saturday 17 January 2015

Macam Macam Ragam

Assalamualaikum Semua 

Wah ! berlalu dah seminggu hari persekolahan . macam mana semua ? okay dop sekolah ? hihi tengok kat twitter ramai complain ia homework banyak ea bertimbun timbun .. sabar lah dik . kata nak lulus dengan cemerlang , kata nak berjaya didunia dan akhirat . hihi 

Doakan juga buat mangsa banjir di pantai timur . kesian Arina tengok lpeas kena banjir tu habis tempat belajar dorang ,banyak harta benda musnah . yang ada terpaksa belajar di atas lantai beralaskan tikar . Allahu .. kesian sangat bersungguh demi mendapatkan ilmu .

Sementara tunggu result stam ni Arina kerja sementara jadi cikgu tadika pasti Al-Falah 1. Baik kerja daripada duduk rumah tak buat pape kan . ah ni pengalaman kedua Arina bekerja , cari pengalaman mendidik anak anak generasi Y . Arina memang saja memilih tadika islamik sambil tu dapat menambahkan pengalaman dalam memantapkan generasi Quran bukan semata2 kerana politik . Arina tahu Tadika Pasti mesti orang ingat ah ni orang PAS lah ni . Bukalah pemikiran tu sebab ramai kawan Arina cakap macam tu . 

" kau mesti sokong PAS kan sebab tu kau pilih Tadika PASTI ''

Tak ada mengena pun lah dengan politik niat kita kerana satu je ALLAH . 

okay lupakan ...

Memang sukar nak jadi pendidik ni tanpa ilmu yang secukupnya . Memang Arina kena ada kekuatan mental dan fizikal lah . nak kawal kanak2 ni bukanlah mudah kena banyak saiko je dengan dorang ni. Lagi Arina tak ada pun pengalaman mengajar sebelum ni . Arina mengajar kelas 4Tahun . Tahu jelah 4Tahun kena banyak aktiviti yang menarik perhatian meraka . Hohoho memang susah sikit ingat senang je , sakit bila dorang tak dapat papa satu hari tu . macam nak nangis lah cikgu dia . mudahan Arina tak lah sampai macam tu .
 
Hah ni semua anak murid Arina . comel2 semua kan . rasa sebak sangat bila tengok gelagat mereka yang mencuit hati , kalau mereka ada yang degil dan nakal tu rasa tak sampai hati nak marah betul2 sebab apa mereka semua masih suci lagi . still tak ada dosa lagi macam kita yang mungkin gelap sangat dah hati ni .
Tengok tu macam2 gelagat mereka  time solat dhuha . ada yang baring .
Arina ajar mereka ABC tekun mereka sambil nyanyi lagu a ... b... c...d...e...f...g... 

A bunyi Ayam , kok..kok..kok
 E panggil Emak , Emak...
I ikan berenang di dalam kolam , blup..blup..
O otak yang bijak
 U ular yang membelit ..


Aktiviti masukkan manik dengan tali . Tekun dan seronok mereka semua .




" siapa buat cantik2 .. cikgu kasi dia 3 bintang "
saya cikgu .. saya cikgu ..=D






Kami semua bersenam di taman berdekatan dengan Pasti . budak yang pergi sekolah hari2 nangis . masa ni pergi sekolah dah tak nangis sebab nak pergi senam dekat taman =) seronokkan pergi sekolah , siapa kata tak seronok =) 




Ni cerita sweet dipagi hari ..

Abang nangis sebab adik nangis nak papa . Adik peluk abang . Aikk abang jangan lah nangis nanti adik nangis lagi . abang dia 6tahun adiknya 5 tahun . adik beradik tak boleh berpisah terpaksa lah adik belajar di kelas 6Tahun . hihi

seronok sebenarnya menjadi orang yang sentiasa disisi mereka . Allahu seronoknya tak terhingga . Seriously , Arina sebak sangat bila tengok gelagat dorang yang mencuit hati tu , tenang hati rasanya . Doakan Arina dapat bertahan dalam mendidik anak anak yang mulia ni =) Assalamulaikum semua =)