✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Saturday 17 January 2015

Macam Macam Ragam

Assalamualaikum Semua 

Wah ! berlalu dah seminggu hari persekolahan . macam mana semua ? okay dop sekolah ? hihi tengok kat twitter ramai complain ia homework banyak ea bertimbun timbun .. sabar lah dik . kata nak lulus dengan cemerlang , kata nak berjaya didunia dan akhirat . hihi 

Doakan juga buat mangsa banjir di pantai timur . kesian Arina tengok lpeas kena banjir tu habis tempat belajar dorang ,banyak harta benda musnah . yang ada terpaksa belajar di atas lantai beralaskan tikar . Allahu .. kesian sangat bersungguh demi mendapatkan ilmu .

Sementara tunggu result stam ni Arina kerja sementara jadi cikgu tadika pasti Al-Falah 1. Baik kerja daripada duduk rumah tak buat pape kan . ah ni pengalaman kedua Arina bekerja , cari pengalaman mendidik anak anak generasi Y . Arina memang saja memilih tadika islamik sambil tu dapat menambahkan pengalaman dalam memantapkan generasi Quran bukan semata2 kerana politik . Arina tahu Tadika Pasti mesti orang ingat ah ni orang PAS lah ni . Bukalah pemikiran tu sebab ramai kawan Arina cakap macam tu . 

" kau mesti sokong PAS kan sebab tu kau pilih Tadika PASTI ''

Tak ada mengena pun lah dengan politik niat kita kerana satu je ALLAH . 

okay lupakan ...

Memang sukar nak jadi pendidik ni tanpa ilmu yang secukupnya . Memang Arina kena ada kekuatan mental dan fizikal lah . nak kawal kanak2 ni bukanlah mudah kena banyak saiko je dengan dorang ni. Lagi Arina tak ada pun pengalaman mengajar sebelum ni . Arina mengajar kelas 4Tahun . Tahu jelah 4Tahun kena banyak aktiviti yang menarik perhatian meraka . Hohoho memang susah sikit ingat senang je , sakit bila dorang tak dapat papa satu hari tu . macam nak nangis lah cikgu dia . mudahan Arina tak lah sampai macam tu .
 
Hah ni semua anak murid Arina . comel2 semua kan . rasa sebak sangat bila tengok gelagat mereka yang mencuit hati , kalau mereka ada yang degil dan nakal tu rasa tak sampai hati nak marah betul2 sebab apa mereka semua masih suci lagi . still tak ada dosa lagi macam kita yang mungkin gelap sangat dah hati ni .
Tengok tu macam2 gelagat mereka  time solat dhuha . ada yang baring .
Arina ajar mereka ABC tekun mereka sambil nyanyi lagu a ... b... c...d...e...f...g... 

A bunyi Ayam , kok..kok..kok
 E panggil Emak , Emak...
I ikan berenang di dalam kolam , blup..blup..
O otak yang bijak
 U ular yang membelit ..


Aktiviti masukkan manik dengan tali . Tekun dan seronok mereka semua .




" siapa buat cantik2 .. cikgu kasi dia 3 bintang "
saya cikgu .. saya cikgu ..=D






Kami semua bersenam di taman berdekatan dengan Pasti . budak yang pergi sekolah hari2 nangis . masa ni pergi sekolah dah tak nangis sebab nak pergi senam dekat taman =) seronokkan pergi sekolah , siapa kata tak seronok =) 




Ni cerita sweet dipagi hari ..

Abang nangis sebab adik nangis nak papa . Adik peluk abang . Aikk abang jangan lah nangis nanti adik nangis lagi . abang dia 6tahun adiknya 5 tahun . adik beradik tak boleh berpisah terpaksa lah adik belajar di kelas 6Tahun . hihi

seronok sebenarnya menjadi orang yang sentiasa disisi mereka . Allahu seronoknya tak terhingga . Seriously , Arina sebak sangat bila tengok gelagat dorang yang mencuit hati tu , tenang hati rasanya . Doakan Arina dapat bertahan dalam mendidik anak anak yang mulia ni =) Assalamulaikum semua =)