Post haritu banyak pasal lelaki kan Tekan sini kalau nak tahu . Ok now Arina share pasal Pahala Untuk Seorang Wanita . Perempuan senang nak dapat pahala tetapi nabi cakap dekat neraka ramai penghuninya adalah Perempuan . Arina pun tak nak masuk neraka kerana neraka itu kejam seksa . Jadi amalan baik di dunia dipertingkatkan untuk dipertikaikan jika masuk syurga =)
Di bawah ni disenaraikan manfaat seseorang perempuan apabila melakukan sesuatu pekerjaan . Mudah-mudahan ini dapat memberikan suntikan motivasi untuk kita terus menjadi muslimah yang solehah dan terbaik dari semua segi .
Berikut ialah himpunan hadis Rasulullah SAW tentang kelebihan ke atas seseorang wanita Muslimah :
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali .
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh .
- Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat .
- 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil .
- Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (menetek) akan dapat satu pahala daripada tiap2 titik susu yang diberikannya .
- Wanita yang melayan baik suami pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad .
- Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba , akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat .
- Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat .
- Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya , akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari .Wanita ini akan dimandikan di dalam syurga , kemudian dia menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut .
- Wanita yang memerah susu binatang dengan ' bismillah ' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan .
- Wanita yang menguli tepung gandum dengan ' bismillah ' Allah akan berkatkan rezekinya .
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah .
Wanita yang menjaga solat , puasa dan taat pada suami , Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka .
Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari dan dapat pahala beribadah pada malam hari .
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan berpuasa . Setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji .
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin , dia akan dikira sebagai mati syahid .
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat .
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) ,maka malaikat2 di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya .
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis , Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa .
Jika wanita memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika memicit bila disuruh akan mendapat pahala tola perak .
Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga .
Jika suamu mengajarkan isterinya menyelesaikan satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat .
Renung2kanlah =) syurga di genggaman hanya kita yang menentukan =)
Setiap saat berusaha untuk berbaiki diri..mari kita sama-sama tempah syurga..nice sharing..amin..
ReplyDeleteInsyAllah mudahan kite dapat jumpa di syurga jika tak di dunia =)
Deletejom join segmen ni..takde syarat pape..cuma pilih entry terbaik blog ni je..entry pape pun aku terima asal tak lucah,racism etc..thanks
ReplyDeleteharap support segmen ni ye..entry terbaik akan direview
http://www.jeritpekik.my/2012/12/segmen-bebas-syaratentry-terbaik-untuk.html
mulianya seorang wanita
ReplyDelete