✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Tuesday 25 December 2012

Pahala untuk Seorang Wanita

Post haritu banyak pasal lelaki kan Tekan sini kalau nak tahu . Ok now Arina share pasal Pahala Untuk Seorang Wanita . Perempuan senang nak dapat pahala tetapi nabi cakap dekat neraka ramai penghuninya adalah Perempuan . Arina pun tak nak masuk neraka kerana neraka itu kejam seksa . Jadi amalan baik di dunia dipertingkatkan untuk dipertikaikan jika masuk syurga =)


Di bawah ni disenaraikan manfaat seseorang perempuan apabila melakukan sesuatu pekerjaan . Mudah-mudahan ini dapat memberikan suntikan motivasi untuk kita terus menjadi muslimah yang solehah dan terbaik dari semua segi .

Berikut ialah himpunan hadis Rasulullah SAW tentang kelebihan ke atas seseorang wanita Muslimah :

  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali .
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh .
  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat .
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil .
  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (menetek) akan dapat satu pahala daripada tiap2 titik susu yang diberikannya . 
  • Wanita yang melayan baik suami pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad .
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba , akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat .
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat .
  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya , akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari .Wanita ini akan dimandikan di dalam syurga , kemudian dia menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut .
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan ' bismillah ' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan .
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan ' bismillah ' Allah akan berkatkan rezekinya .

 Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah .
 Wanita yang menjaga solat , puasa dan taat pada suami , Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka .
 Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari dan dapat pahala beribadah pada malam hari .
 Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan berpuasa . Setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji .
 Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin , dia akan dikira sebagai mati syahid .
 Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat .
 Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) ,maka malaikat2 di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya .
 Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis , Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa .
 Jika wanita memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika memicit bila disuruh akan mendapat pahala tola perak .
 Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga .
 Jika suamu mengajarkan isterinya menyelesaikan satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat .

Renung2kanlah =) syurga di genggaman hanya kita yang menentukan =)
Comments
4 Comments

4 comments:

  1. Setiap saat berusaha untuk berbaiki diri..mari kita sama-sama tempah syurga..nice sharing..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah mudahan kite dapat jumpa di syurga jika tak di dunia =)

      Delete
  2. jom join segmen ni..takde syarat pape..cuma pilih entry terbaik blog ni je..entry pape pun aku terima asal tak lucah,racism etc..thanks
    harap support segmen ni ye..entry terbaik akan direview

    http://www.jeritpekik.my/2012/12/segmen-bebas-syaratentry-terbaik-untuk.html

    ReplyDelete

Awk tinggalkan lah comment
saia cyg awk kalau awk comment
piece (Yo)~