✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Sunday, 2 February 2014

Tentukan Kematian

Assalamualaikum semua =) Allahuakbar sekejap jekan dah bulan Februari . Pertama ,  Arina ucapkan selamat hari jadi kepada kak cik =) SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI , TABAH MENGHADAPI UJIAN ALLAH .

Arina nak share sedikit tentang satu tajuk ni , harap maaf ia Arina bukan banyak ilmu mana pun ,cuma sekadar nak berkongsi apa yang Arina tahu dalam kehidupan ini , sebarkan lah ilmu walaupun sedikit , Arina nak santai santai je bagitahu , Saja nak mengisi masa yang terluang dengan bermanfaat , mudahan kita semua tersedar dan kembali ke jalanNya , Amin. 

Tentang KEMATIAN . Kita boleh ke bawak main main dengan kematian ? kita sedar atau tidak sedar kita hidup ni untuk siapa ? tapi ramai diluar sana yang masih tersasar jauh , kita tak payah lihat orang jauh , orang yang dekat dan hampir dengan kita , lebih dekat lagi diri kita sendiri , adakah amalan kita cukup untuk bertemu denganNya ?? 

Kenapa nak cakap pasal mati ni ?

Arina nak share sikit yang mana belum tahu tu , Wahai umat sekalian semua kita akan MATI dengan cara yang kita SUKA . contohnya seseorang itu mati disebabkan merempit , maknanya dia mati sebab dia suka merempit , dia suka bila mati dalam keadaan dia merempit . Eh betul ke ni ? tu Arina cakap ilmu Arina ni banyak kekurangan dan kelemahan . Tetapi kalau yang tahu lebih lanjut tu kaji lah sendiri Surah Muhammad . Macam para sahabat sendiri mahu dan mahu sangat mati dalam keadaan mati syahid , dengan keadaan apa jua beliau sanggup lakukan demi syahid . Akhirnya Allah makbulkan permintaannya untuk mati syahid , mati dalam peperangan. 

Dunia akhir zaman ni kenapa ta ada perang ? lagi lagi dekat negara kita , sedangkan banyak dah umat islam dihina ditindas . sebab musuh kita tahu jika mereka berperang dengan kita , sudah tentu kita sangup berperang kerana kita nak merebut mati syahid . Jadi , mereka dengan perlahan perlahan hapuskan kita dengan penipuan halus . 

Habis yang baca ni nak mati yang bagaimana ? Jadi dari sekarang kita perlu sentiasa berdoa agar kita mati dengan cara yang diredhai Allah dan tempat yang sepatutnya dan terhindar dari azabNYa. 


Kawan satu bilik Arina ada kongsikan satu cerita tentang ustaz dia yang hensem menjadi kegilaan pelajar dekat sekolah tu , almaklum budak baru naik normal lah ada perasaan macam tu bila tengok rasa tergugat iman ni hehe . Ustaz ni cerita tentang pengalaman beliau ketika sambung belajar di Mesir . Arina bagi nama ustaz ni Ustaz.Fuad ia sebab kawan Arina tu rahsiakan nama ustaz ni . Ustaz.Fuad ni masa sem last berkenalan dengan satu gadis di Mesir ni dari seorang kawan ustaz dan gadis tu sangup berkahwin dengan ustaz ni . ustaz ni pun pada yang sama ada hati juga nak mengawini gadis ni kerana sifat cukup memenuhi sifat gadis pujaan dia . 

Ustaz ni pun bagitahu ibu kesayangan dia , tetiba ibu ustaz ni cakap nanti balik Malaysia nanti kawin tapi dengan gadis pilihan ibu , ibu dah carikan calon isterinya , ibu berkenan sangat dengan budak tu .Ustaz tu terdiam dan terkelu ,dulu ustaz ni masa kecik nakal sesangat , semua kehidupan dia ibu dia tentukan sehinggalah ustaz tu jadi ustaz . Jadi ,bila dah besar ni ustaz ni tak nak membantah sedikit pun malah turut sahaja kata ibunya . Esoknya ustaz tu bagitahu dekat gadis Mesir tu tak boleh teruskan hubungan ni , gadis tu pun hampa mengelinang air mata , ustaz pun tak boleh nak buat apa apa .

Ibu ustaz tu berkenan dekat gadis tu sebab baik sangat akhlaknya , manis je muka sejuk mata memandang , dalam satu majlis tanpa dijangka ibunya terjumpa gadis tu , ibunya perhatikan saja gadis tu , ibunya makin cair . setelah ustaz balik Malaysia esokkan harinya ustaz dapat berita dari kawannya gadis Mesir tu meninggal dunia ketika dalam sujud dengan mengelinang air mata . Ustaz ni pun rasa sedih teramat , dah lah sama sama saling menyintai . 

Selang beberapa hari ibunya dah aturkan majlis perkahwinan dengan gadis pilihan ibunya . Ustaz taknak menghampakan hati ibunya malah turutkan je . kali pertama ustaz tengok gadis tu pun teringat akan gadis Mesir tu , gadis pilihan ibunya ni gadis biasa biasa je dari sekolah menengah biasa , tetapi gadis ni berbeza dengan gadis yang lain , gadis ni cukup menjaga akhlaknya , pakai tudung labuh , pemalu orangnya , tu yang ibu ustaz ni terpikat . 

Suatu hari kawan Arina bertemu dengan isteri ustaz ni setelah sebulan dihijab kabulkan , Ya Allah memang betul isteri ustaz ni comel sangat sama sama pemalu macam ustaz . Allahuakbar mesti ada hikmah kan pilihan ibunya . Jadi perempuan diluar sana jagalah akhlak jangan sia siakan kecomelan kita tu . 

Arina dapat tahu kita boleh mati syahid dengan bercinta kerana Allah tapi bila kita suka seseorang tu jangan bagitahu orang lain , pendam je , doa je pada Allah mudahkan urusan jodoh tu , insyaAllah Tuhan bagi apa yang kita nak . Kalau kita mati disaat kita berdoa rindu sangat sangat akan lelaki itu ,katanya mati syahid . Huallahu alam. yang penting biarlah mengikut cara islam , jangan lah sekali pergi jumpa bomoh .. jauhkanlah Ya Allah . 
Amin Ya Rob.

Akhir kata , Cari keredhaan Allah dan carilah erti sebenar cinta sejati dan hakiki .

Cintakan bunga akan layu
Cintakan manusia akan mati
Cintakan Allah kekal selamanya
Itulah cinta 
Cinta Yang Hakiki


Tu je Arina nak sampai mulai sekarang tentukan dengan cara bagaimana kita nak mati ,dekat dekatkan lah diri dengan Allah =) Yang kurang tu datangnya dari kelemahan diri Arina sendiri yang kurang akan ilmu dan dan yang baik tu semua datang dari Allah yang Maha Esa . Assalamualaikum =)
Comments
6 Comments

6 comments:

  1. Alhamdulillah..nice entry arina..akak suka baca..mati itu pasti..namun ketidaktahuan saat dan ketikanya itu kadangkala buat kita lalai sentiasa..oleh itu carilah sahabat yang mana boleh sentiasa mengingatkan kita sentiasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak , tu pntingnya sahabat dan org sekeliling kita , saling mengingati antara satu sama lain , lain kali Arina buat entry lagi ea =) arina just kongsi suka suka ,, maaf ea kalo ada kekurangan..

      Delete
  2. wahhhh... tersentap di sanubari kalbu.. sob3.. barakah dari ibu bapa tu tunjang kebahagiaan hidup sbb mereka sudah tentu mencari yang terbaik untuk kita. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis .. kita hanya merancang Tuhan yg menentukn segala2nya . Tpi mudahan kita dpt yg trbaik untuk smua =>

      Delete
  3. terima kasih arina atas perkongsian ni. mmg cukup bermanfaat. teruskan usaha untuk perkongsian seumpama ini ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ilmu perlu dcari shingga nafas yg terakhir . Thanks sbb sudi bce

      Delete

Awk tinggalkan lah comment
saia cyg awk kalau awk comment
piece (Yo)~