✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Wednesday, 30 January 2013

malu ! adakah aku masih kanak2 lagi ? hahai !


Malu ! Malu ! tersangat malu !
dimulakan pagi yang sangat kalang kabut dibuatnya ,
Ceritanya macam nilah semalam hari selasa kan ? ah hari pun dah lupa hahak . Semalamnya Isnin Arina ada praktikal lesen kereta tu . Arina tak tahu why boleh terpisah dengan kawan2 , Arina dengan selalu together dengan kawan aien , nazirah but semalam boleh pula kena pergi sorang2 . Macam biasa lah pukul 8 dah keluar rumah tapi kali ni tidak , 8.15 pagi baru keluar bukan salah Arina ok , salah pengikut penghantar Arina pam minyak sebab ajen Arina dah tunggu Arina dekat situ . pengikut penghantar tak faham ? ok Arina pergi dengan kereta so , yang bawak kereta tu terhengeh2 pasuh umi pula lah nak ikut pasuh nak bawa cucu dia pula tetiba cucu dia tu berak pula dah nak salinkan pampes lah , tulah penyebab huru haranya . ok after je sampai dekat bhp uh ajen tu dah tunggu . !@#$%^&*( sorry , i'm late . mata klip2 . ???? Arina cakap macam tu ke dengan dia ??? hahak . Maaflah post kali ni agak pendek sahaja =)

Bila je sampai biasalah kena cap jari dulu dia dikenali sebagai tamrin ?? ah betul ke ni ?? comfident je panggil tamrin ni ... First ejen tu nama dia Cik Zul dia suruh ikut tamrin dengan seorang lelaki benges siapa entah nama dia Arina tak kenal sangat sebab orangnya kerek sangat . erggg Arina pun macam blurr2 gitu ikut je dia pasuh dia dapat panggilan  telefon lepas tu dia cakap jawa sah2 adik beradik orang endon ni . after cap jari dia suruh cari Cik Zul balik ehhhh apakah ini ? tak faham ! tengah main pasing2 bola ke ?? never mind ikutkan je , malas nak cari Cik Zul tengok sekeliling pun takde , nampak batang hidung dia pun lagikan pasuh terus telefon dia .

Arina : Hello , Cik Zul ? Cik Zul dekat mana , apa ni saya tak faham dia suruh ikut Cik Zul pula ? cik zul dekat mana ? !@#$%^&*().... [bebel2 dengan nada blurr bengong2 gitu]
Cik Zul : ah k2 , awak jumpa saya , saya dekat belakang awak je ni .
Arina : lah .. [muka dah teramat malu dan bengang !tambah terkejut]

Ok Cik Zul suruh tunggu ikut giliran , erggg penat tunggu pokok durian berbuahkan stawberi ! ermmm tengah duduk tunggu tengok gelagat orang yang ada ketawa macam pontianak ada  , gurau2 macam2 lah , teramat boring sebab sorang2 . Arina tengok kiri kanan depan belakang tetiba nampak Ketua pengawas sekolah lama yang kononnya famous sangat ! Hakim Zenal . Famous sangat ke dia tu ? semua ini PoyOOO000ooo! masa tengok dia jalan tu tetiba nampak Shafie Md Zin pula tengok duduk macam pengemis tepi jalan . hahak Arina tengok je dia tenung2 sikit lah then dia perasan pasuh buat monkey face dia tu hahaha Arina panggil dia suruh duduk kerusi sebelah Arina then dia datang adalah juga teman ajak borak2 kalau tak duduk diam macam patung je .

Tetiba pakcik yang kerek jawa tu datang dia cakap " eh meh sini belum tamrinkan ? '' biasanya tamrin sebelum dan selepas buat latihan , ni tetiba je . erm dengan muka slumber yok2 dia tu terus cap jari pasuh dia bagi Arina i/c . Layan jelah kerek hang tu . 


Arina dah tersangat bosan duduk lelama , lah2 bangun buat exercise pinggang dan kaki haha alah yek2 gitu >,< u now tetiba i nampak tiang then tiang tu baru beberapa hari dicat , awak2 semua tahu tak kalau tiang besi yang baru cat dengan cat minyak lepas tu dia mesti ada lelehan cat bila kita pegang cat tu melekat kat jari kita . ah pernah tak ni tengok , alahai hahak .

Ok tengah syok anu benda tu tetiba je Cik zul sergah " Lah peluk tiang pula [sambil ketawakan] " . ergggg malu .. Malu .. !@#$%^&* adakah aku masih kanak2 lagi ? ohhh tidakkk !! masa tu dah tengah hari lah Cik Zul cakap dia tak sempat nak ajar lagisatu ada beberapa orang dah nak balik , aikkk ? takkan Arina datang just duduk menikmati alam sekitar ??? Arina cakap petang tak boleh ke ? cik tu cakap boleh tapi bukan dia ajar . lepas tu dia minta tolong Cik Wan yang ajarkan sementara buat haritu jelah . Arina ok je nasib dengan abg tu okay lah dia lembut orangnya okay lah relax je mati kalau dengan si kerek jawa tu . 

Disaat yang ditunggu2 wah berdebar nervous gabra semua ada . Masa tu ada dua orang dia ajar , Arina dengan ada akak ni nama dia Nurul  . abg tu tanya lah ni korang berdua sapa nama ? Akak tu cakap lah panggil je Nurul . Dengan confident jawab nama Nasuha panggil je Suha . tetiba dia tanya ah apa nama ? Arina jawab Suha .. Suha .. ok first dia ajar akak tu parking , wah ! teror lah akak tu baru belajar dah boleh buat . lepas tu turn Arina pula . Lah ?? dah lah tak pernah bawak , Hohoho lepastu dia tunjuk wah ! kereta ni bergerak lah tak percaya seyh ! hahak . dah round2 dekat litar tu lepastu abg tu suruh belajar parking . hahak terkejut ! baru first time bawak ni dah suruh parking , ah layan . wah ! bestnya dah pandai parking cuma tak ingat step je . hehe takpelah ni baru kali pertama ada 9 jam lagi untuk belajar =)

Masa tu dah petang dalam pukul 4 gitu , tetiba dia bawa Arina dekat jalan keluar , abg tu cakap lah ok kita bawa dekat jalan raya pula . ahhh ?? betul ke ni ?? ke mimpi ? abg tu berenti dekat kedai makan , erm comfirm tipu ni nak acah aku lah tu . haha tetiba dia cakap ah dah bawa . ahhh ??? terkejut Arina , serious ni ?? hahak . arina bawa lah dia tunjukkan stepnya dah beraninya Arina first time bawa kereta dah bawak dekat jalan raya , masa ni akak nurul tu dah takde , tinggal Arina sorang . 

Abg tu tetiba dapat panggilan maybe orang atasan dia dengar2 macam nak jumpa . Dia bagi arahan Arina ikut je lah tetiba dia suruh belok dan parking sebelah kereta kancil yang berdekatan Arina pun belok dan parking , tetiba Arina ternampak depan tu LONGKANG ! wah !!! ni wa takut ! . hahak kerana nervous sangat tetiba Arina terbrek secara mengejut dan ..... kereta tu berhenti seringan dengan bunyi yang mengejutkan Arina tak fikir apa terus paut tangan abg tu hahahak muka abg tu pun dah cuak hehe orang yang dekat kedai makan area2 situ semua keluar tengok ah ! malu2 bengang2 . tetiba ada sorang abg ni cakap ALLAH HUAKBAR ALLAH HUAKABAR ... !! ada orang nak bunuh diri . melekek2 orang dekat situ ketawakan Arina . Pergghhhh ! bengang gila muka dah merah pengalaman tu .

Lepas tu dia abg tu ajak Arina minum kejap . hahah malu .. malu .. apa kena dengan aku ni kenapa lah takut sangat ? relax sudah . Bila nak dah habis minum tu abg pun ajak naik kete balik tapi ada lagi sorang yang dia kena ajar nama dia akak Ain , Arina geram sangat dengan abg ni sebab nama kak nurul dia ingat , nama Kak Ain yang baru kenal ni dia ingat , nama kita dia tak boleh INGAT ! asyik tanya je eh nama siapa tadi ? eh macam nak bagi sepak sikit je . lepastu abg tu ajar Kak ain tu parking semua ok jam pun dah kul 6 petang dan dia hantar Kak ain dengan arina balik .

Ah ! kisah satu hari ni belum habis lagi , ok masa Arina belajar kereta ni family Arina nak hantar anak sedara masuk asrama , kira anak kak long lah . Kan hari isnin ni cuti ganti Thaipusam kan ? kak Long ni ada anak kecik baru 7 bulan gitu tak tahu siapa nak jaga time dia nak bawak kereta tu then dia suruh lah umi yang pegang baby aish ni . Lah nanti Arina nak balik tak siapa nak ambikkan rumah takde orang . Then Kak long cakap dia tunggu dekat Kota , arina dari Bandar Penawar naik bas pergi Kota . Arina cakaplah dengan abg tu suruh hantar dekat tempat bas Bandar Penawar tu tetiba ada bas yang nak jalan . Arina pun cepat2 lah naik abg tu pun dah tinggalkan Arina . Kisahnya di sini Arina salah BAS ! bas tu nak pergi Kuala Lumpur , masak ! bila masa Arina nak pergi KL ni !. 

Arina : pakcik bus pergi kota takde ke ? 
Pakcik : oh itu bus rosak kul 7.30 nanti ada . 
Arina : Kalau pergi Kota naik teksi berapa ?
Pakcik : Wah dik ni dah petang sangat ni , boleh tapi lebih sikit r
Arina : Berapa ?
Pakcik : 50 ingit .
Arina : ah ? [ dalam hati - mampus ini orang ingat aku cop duit ? tunggu aku jadi pengganti Zety Aziz r] takpelah pakcik .

Arina telefon Kak Long dia bebel2 apa entah erggg buat penting kepala je . lah2 Kak long ambik dekat BP ni . Jam dah pukul 6.30 petang . Arina nak port mana ni jadi pengemis kah ? nasib ada penyelamat sebab perut pun dah lapar satu hari tak makan , Marrybrown selamatkan Arina hahak
Erggg ni satu lagi nak makan ni takde , nak makan ni strok habis . Habis Arina nak makan apa ? makan akak cashier tu ? apa pun tak boleh lah Marrybrown ni , hahak lah2 makan nasi ayam yang tak sedap tu tapi habis hahak , Sambil tu duduk lama2 sikit sambil layan Setia hujung Nyawa nasib ada Tv kalau takde mintak surat tulis dekat situ . APAPUN TAK BOLEH . BAGI TUTUPLAH INI MARRYBROWN , SEKIAN TERIMA KASIH . pasuh letak dekat peti cadangan . hahak . Syok2 tengok Tv tu lepastu Kak Long dah sampai pe lagi baliklah .

 Terima kasih semua buatkan satu hari yang sangat paling busuk . adakah aku masih kanak2 lagi ? kanak2 lagi kata pakcik jabatan pendaftaran yang nak buatkan i/c baru Arina haha bulan 8 nanti baru cukup 18 tahun ni masih bawah umur lagi , haha sampai hati pakcik tu . Thanks buatkan satu hari terasa masam bau badan ergggg
Comments
2 Comments

2 comments:

  1. Tahniah..on yhe way belaja memandu ye..alhamdulillah..tambah lagi ilmu yang berguna untuk masa hadapan ye..segala pahit manis,,masam masin dan kelat akan menjadi kenangan terindah satu masa nanti..arina boleh..go,,arina go..

    ReplyDelete
  2. thanks kak zu kerana selalu bagi support hehe =D go kak go !

    ReplyDelete

Awk tinggalkan lah comment
saia cyg awk kalau awk comment
piece (Yo)~