✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Wednesday, 2 January 2013

Pulihkan SemangatMu =)


Semangat kita naik turun. Ada masa kita ingin melakukan segala-galanya dan ada masa kita ingin tinggalkan segala-galanya. Apa yang kita harus percaya ialah dalam diri kita ada potensi luar biasa yang diberikan oleh pencipta untuk digilap dan digali. Potensi kita akan mati jika dibiarkan terus berkubur bersama kelemahan dan keluh-kesah. Sebaliknya ia akan berkembang jika dicanai dengan semangat juang yang tinggi. Saat semangat itu luntur, bagaimana potensi akan bisa berkembang?

Jadi kita harus mengembalikan semangat demi menggilap potensi ke tahap yang optimum. Sehebat mana pun besi yang diberikan kepada kita, ia akan berkarat jika dibiarkan di tengah hujan panas selama beberapa ketika. Namun, potensi besi boleh terlihat dalam kapal terbang yang berlegar di udara, pada kapal yang berlayar di lautan, pada senapang yang menembak tepat dan pada tiang yang menjadi pasak bangunan. Mungkinkah besi akan bererti jika tidak di lebur dan dicanai dengan sehabis baik? Setelah diketuk dan diproses, barulah mungkin besi akan menjadi pedang yang hebat dan digeruni.

Masalahnya kita tak ada kekuatan dan semangat untuk mencanai potensi diri, untuk menggilap setiap aspek yang kita miliki baik akalnya, jasadnya dan hatinya. Kita ibarat mayat hidup yang menunggu masa untuk berkubur bersama semangat yang luntur. Cukup! Sudah lama kita melalui fasa kelemahan yang membuatkan agama dan bangsa kita dipandang lemah dan serong. Kerana kita tak mahu mencari semangat yang hilang dan terus merencatkan potensi.

Wahai orang muda, wahai diriku yang juga muda, sampai bila engkau hanya akan melihat generasimu bermimpi-mimpi dalam dunia yang fana dan engkau terus hanyut bersama mereka? Sampai bila hiburan akan menjadi santapan diri lantas rohani kelaparan dan dahaga memerlukan pengisian? Sampai bila cinta remaja akan menjadi penghalang untuk kau terus maju mencapai cinta Ilahi? Sampai bila engkau akan kecewa ditinggalkan manusia sedangkan Tuhan sentiasa menanti panggilanmu?

Carilah semangat kita di dalam hidup. Jika tidak kita temui, carilah di dalam solat fardu dan sunat, carilah di sebalik doa rintihan di malam hari, carilah di sebalik bacaan Al-Quran yang menusuk jiwa dan membina nurani. Carilah di sebalik penerokaan Sirah Nabi dan para sahabat. Jika masih kau tidak temui, pohonlah agar dikurniakan kepadamu hati baru yang lebih bersemangat dan bertenaga.

Bukan masanya lagi kita dirundung lemah tiada akhirnya, tapi masanya kita memulihkan semangat yang tiada mati dan sentiasa segar di sisi Ilahi.
Comments
1 Comments

1 comment:

  1. Assalammualaikum,,apa khabar adik,,semangat itu umpama obor..jika banyak minyaknya maka maraklah apinya..jika sikit curahannya,maka malap dan kecil la cahayanya..corakkan semangat kita dengan juang yang tinggi jadikan suatu sasaran itu matlamat..ia perlu digilap dan sentiasa bermotivasi..

    ReplyDelete

Awk tinggalkan lah comment
saia cyg awk kalau awk comment
piece (Yo)~