Tanda Bahaya
Reaksi berlebihan, mudah kecewa, cenderung meledak-ledak, mengamuk, salah menilai kata-kata dan reaksi orang lain, sukar memahami orang lain, suasana hati yang cepat berubah.
Tujuan perubahan
Anak anda mengembangkan cara mengendalikan perasaan yang kuat agar tidak terlalu cepat bertindak balas.
Mengapa perlu berubah?
Apakah anak anda selalu risau tentang apa yang temannya fikirkan tentang dirinya atau terlalu serius menghadapi ejekan temannya? Apakah menonoton filem atau membaca buku sedih membuat anak anda bersedih? Apakah anda berfikir dengan hati-hati sebelum bicara kepada anak kereana satu komentar yang salah dapat mebuat marah semalaman?
Cara penyelesaian
Langkah 1, Intervensi Diri
1. Hargai pembawaan anak. Perangai anak yang semulajadi anak mungkin lebih berperasaan halus. Ini bukan tentang mengubah pembawaan semulajadinya, sebaliknya membantu anda mengetahui keperibadiannya dan anda perlu tahu keperibadiannyadan jangan sesekali merasa untuk mengubah keadaan dirinya itu. " Kamu adalah anak yang sensitif dan penuh dengan perhatian. Kamu boleh menjadi teman yang baik dan menjadikan dunia ini lebih baik. Kadang-kadang perasaanmu yang kuat itu mempengaruhi hubunganmu. Jadi, marilah memperhalus kekuatan perasaan itu agar teman-temanmu yang lain tidak mengganggumu".
2. Kenalpasti kemungkinan lain. Ya, perangai semulajadi yang emosional biasanya menyebabkan anak-anak sangat sensitif. Namun ada sebab-sebab lain yang mungkin mempengaruhi perasaannya itu:
- Kurang percaya diri
- Mengalami masalah keluarga ( baru berpindah, pertengkaran keluarga, perceraian ibu bapa, tekanan kewangan, reputasi keluarga )
- Dibesarkan jadi orang yang " sangat baik" dan sekarang kesulitan menghadapi dunia yang keras dan kasar.
- Terlalu kelelahan, sakit fizikal, depresi atau di bawah banyak tekanan.
- Dilindungi atau dianggap bayi bergantung pada anda untuk diselamatkan
- Menghadapi kekerasan verbal, bullying atau kekerasan fisik yang berulang-ulang.
3. Kuatkan anak anda. Tekankan kepada anak bahawa dia dapat mengendalikan apa yang orang lain katakan atau lakukan, tetapi kamu boleh mengendalikan tindakbalasmu." Jangan biarkan anak itu bergantung kepada anda untuk membebaskan dan melindunginya. Dia harus mengetahui bahawa dia bleh mengendalikan situasi tertekan itu.
4. Ambil tahu pemberian label (jolokan). Anak-anak yang sangat sensitif sering takut, atau cerewet. jadi jangan biarkan guru, keluarga atau teman memberi label kepada anak, terutama dari anda.
Langkah 2, Respon Cepat
1. Jangan katakan " lebih teguh". Anak-anak yang sangat sensitif tidak dapat berteguh dan bertahan. Mereka sendiri tidak ingin cepat menangis dan hipersensitif. Itu biasanya sebahagian daripada peribadi mereka. Jadi, elakkan daripada mengatakan seperti " Jangan jadi seperti bayi", " hentikan, nanti mereka akan menyebutmu lembik", " anak lelaki tidak menangis," atau " kamu terlalu tua untuk berkelakuan begitu".
2. Ubah jadi suatu kelebihan. Ya anak anda terlalu sensitif, tetapi di sudut lain dia juga selaras dengan perasaan orang lain. Tekankan nilai berharga dari perangai anak agar dia mengetahui kekuatan dari keselarasan emosional semulajadinya dan bagaimana hal itu dapat menjadi alat yang berharga. Anak-anak sensitif dapat mengembangkan rasa hiba yang mendalam, empathy, dan kecerdasan emosional. " Saya tidak mahu kamu berhenti menjadi orang yang penuh perhatian.
3. Jangan menjadi terlalu protective. Tidak mudah melihat anak-anak kita sedih, tetapi jangan selalu menyelamatkannya dari penderitaan emosional itu. Itu hanya akan membuatnya bergantung pada anda dan tidak berdikari.
4. Ajarkan cara menggunakan suara yang tegas. Nada suara merengek, menangis, cengeng, berbisik dan bergetar itu tidak baik. Jadi bagitahu anak untuk membersihkan dulu tekaknya sebelum berbicara dan berfikir " tegas dan kuat". Dia tidak mungkin memerlukan bantuan untuk membezakan antara suara tegas dan merengek, jadi mainkan macam-macam suara dan latih anak membezakannya sampai dia dapat berbicara dengan lebih kuat dan percaya diri.
No comments:
Post a Comment
Awk tinggalkan lah comment
saia cyg awk kalau awk comment
piece (Yo)~