✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Monday 22 April 2013

Kontest Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang!

As-Salam. Sukacita memaklumkan bahawa Kontes Panduan Blogger akan berlansung bermula dari 15 April 2013 - 30 April 2013 (15 hari). Hadiah untuk Kontes Panduan Blogger adalah seperti berikut:

  • 1 x Hadiah Pertama - RM200 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif
  • 1 x Hadiah Kedua - RM150 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif
  • 2 x Hadiah Ketiga - RM50 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif

Satu hadiah penghargaan akan diberikan kepada mana-mana blogger yang buat promosi menerusi entri blog masing-masing mengenai kontes ini. Ianya akan dinilai berdasarkan kedudukan di enjin carian Google dan olahan bahasa serta kreativiti yang digunakan.

Syarat-syarat Penyertaan dan Pemilihan Pemenang

  • Blogger warganegara dan menetap di Malaysia.
  • Daftar sebagai peserta kontes dengan mengisi borang berikut - http://goo.gl/I1rlD
  • Jawab 3 soalan dengan betul dan tepat - jawapan boleh diperolehi dalam blog Panduan Blogger
  • Setiap jawapan perlu dijawab menerusi satu entri khas di dalam blog anda.
  • Anda bukan penaja kontes ini.

Syarat-syarat Pilihan (optional)

  • LIKE fanpage blog ini di SINI.
  • Buat satu entri khas untuk promosikan Kontes ini.

Cara Nak Jawab Soalan Kontes

  • Terdapat 3 soalan mengenai blog yang perlu dijawab oleh peserta kontes. Soalan-soalan tersebut akan diterbitkan terlebih dahulu di fanpage blog ini sebelum diterbitkan menerusi satu entri khas Panduan Blogger beberapa hari sebelum tempoh tamat kontes. 
  • Jawapan kepada setiap soalan adalah subjektif tetapi berkaitan dengan isi kandungan di dalam blog ini. Anda digalakkan menggunakan fungsi kotak carian yang disediakan dalam blog bagi memastikan jawapan anda benar-benar layak untuk menang.
  • Jawapan kepada soalan-soalan yang diberikan perlulah dijawab menggunakan sebuah entri khas yang perlu anda terbitkan.
  • Jawapan perlu dihantar hanya setelah ketiga-tiga soalan telah diterbitkan di fanpage blog DAN di blog ini. Anda perlu menyertakan link atau pautan jawapan tersebut di kotak komen entri khusus untuk penghantaran jawapan yang akan diterbitkan kelak.
  • Setiap entri jawapan perlu menyertakan link-link penaja yang disediakan di bawah - salin kod HTML yang diberikan dan dimasukkan ke dalam entri jawapan anda.

Pemberian Hadiah


Hadiah-hadiah berupa t shirt dan cenderamata akan diuruskan oleh pihak penaja, manakala hadiah wang tunai akan dikreditkan ke dalam akaun bank terpilih. Pihak HH tidak bertanggungjawab seandainya hadiah yang ditawarkan tidak diterima oleh para pemenang.

Tujuan


Kontes ini dianjurkan adalah sebagai salah satu proses pendidikan untuk blogger. Ia bertujuan untuk menambah dan memantapkan ilmu blogging setiap peserta, bagi memastikan bahawa blogger Malaysia adalah blogger yang punyai ilmu.

Masa kontes 15 hari dan cara penghantaran jawapan soalan adalah untuk mendidik blogger supaya lebih tenang dan sabar. Ia juga untuk bantu blogger agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.

HH ucapkan selamat berjaya kepada semua. Oh ya, HH berhak untuk meminda mana-mana syarat sekiranya perlu tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada peserta. Dan keputusan kontes ini adalah muktamad.


Tips:
  • Jadilah sebahagian daripada blog ini di Facebook bagi membolehkan anda menerima soalan lebih awal agar dapat anda cari jawapan kepada setiap soalan tanpa perlu tergesa-gesa.
  • Untuk menjadi pilihan pemenang khas bagi promosi, anda wajib meletakkan link penaja-penaja kontes ini sehingga keputusan diumumkan.
  • Jangan gopoh untuk hantar jawapan anda. Belajarlah untuk bersabar.

Semoga berjaya.


Baca Selengkapnya - Kontest Panduan Blogger - Jawab 3 Soalan dan Menang! http://www.hasrulhassan.com/2013/04/kontest-panduan-blogger-jawab-3-soalan.html#ixzz2RAK6Cc9X
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook
Jom kita beramai-ramai memeriahkan kontest ini agar hubungan kita sesama blogger terjalinnya ukhwah di dunia maya ini =)

Tag :

Aneesa
Syaheera
Wana
Aisyah
Lyna
KA
Ain
Deno
Farah
Ikin
Comments
1 Comments

1 comment:

Awk tinggalkan lah comment
saia cyg awk kalau awk comment
piece (Yo)~