✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Saturday 2 March 2013

Degupan jantung

Jika Kau tahu aku buntu bila perasaan ini hadir ...
Aku tak minta pun perasaan itu hadir malah aku sendiri tidak mahu memikirkan perasaan itu . Adakah itu salah perasaan aku ataupun itu salah aku , diri aku sendiri ? . Setiap hari aku menghadapi perasaan yang sama , aku sendiri pun naik fade up dibuatnya , jujur aku katakan aku tak mahu ... aku tak mahu ... ! perasaan itu hadir sedangkan aku sendiri tak tahu sejauh mana kesahihannya . Bila perasaan itu hadir tanpa ku minta ku pinta , aku mula jadi buntu , binggung .. entah kenapa ia semua hadir tanpa aku minta . 

Bila melihat dia , dia dan dia .. mula hati aku menjadi tewas , degupan jantungku laju bagaikan baru lepas lari keliling padang . Aku mula mentafsirkan degupan jantung itu .. apa maksud degupan jantung itu ? Cinta ? Rindu ? Sayang ? Benci ? Marah ? Aku sendiri tak tahu apa tanda perasaan itu . Semakin aku fikir semakin lemah aku dibuatnya . Jika tak fikir ia datang bertubi-tubi menghempap hatiku .

Aku tahu jiwa aku masih rapuh .. tapi , kenapa ia hadir ? adakahTuhan mahu menguji aku ? 

Ya Rob ...

Adakah aku kuat lalui semua ujianMu ini ? Ya Allah Ya Tuhanku aku tidak yakin , aku boleh lalui semua ini . Aku hanya hambaMu yang banyak kekurangan dan kelemahan . Aku hambaMu yang kerdil , mungkin aku jauh denganMu kerana itu Kau beri seksaan kepadaku . Kau bagilah aku petunjuk , bagilah aku kekuatan menghadapi semua ini .

Aku tahu Ya Allah , aku masih cintakan hambaMu itu tapi , aku cuba untuk melupakan dia kerana aku tahu aku tidak layak untuknya , mungkin dah tertulis di luh mahfuz itu aku bukan untuknya ...Setiap kali aku ingin melupakan dia , setiap itulah aku menunggu wajahnya hadir didepan mataku tetapi bila wajahnya muncul di depan wajahku saat itu lah perasaan benciku membuak-buak . 

Ya Rob ...

Adakah aku mampu lalui semua ini ? peritnya hatiku merasakannya ..

Satu sahaja yang aku minta Ya Allah JIKA DIA TERBAIK UNTUKKU KAU DEKATKANLAH AKU DAN DIA JANGANLAH ADA SEDIKITPUN RUANG PERPISAHAN DIANTARA KAMI BERDUA , JIKA DIA BUKAN TERBAIKKU YANG TELAH TERTULIS DI LUH MAHFUZ KAU JAUHKANLAH DIRINYA DARIKU BIARLAH PERTEMUAN INI KEMBALI BILA DI SYURGA , YA ALLAH KAU KASIHINILAH HAMBAMU INI , AKU AMAT MEMERLUKAN PERTOLONGANMU .

Kadangkala aku benci dia kerana aku akan teringat kisah silam aku dengan dia yang cukup menyakitkan hati tetapi , pada masa yang sama aku rindukan saat-saat bersama dia ..
aku sendiri tak rela perpisahan itu tetapi dia sendiri yang buatkan aku ingin berpisah buat selama-lamanya bersama dia ...

Kenapa saat kau pergi ... ada sahaja dugaan yang lebih berat aku hadapi , dia membuatkan diriku seolah-olah sangat sempurna , Ya Rob kau butakanlah mata dia , aku tak mahu sekarang dimata dia cukup sempurna tetapi bila kesudahannya hanya kelemahanku yang dia nampak , aku tak mahu kerana sesuatu perkara berkaitan dengan nafsu biarlah ia dari hati yang ikhlas dan suci . 

Aku langsung tak percaya kata-katanya walau aku dah kenal dia bertahun-tahun ...

Aku mula binggung dan resah , jiwaku mula gundah ... adakah aku jauh kesesatan di jalan Allah ... Ya Rob ampunilah dosaku ! ...

Kerana takdir aku ditemukan dengan seorang hamba Allah ... aku rasa tenang ... '' Kerana peribadinya aku terpesona " .. Ya Rob aku leka dengan keindahan dunia . Subhanallah !!! tunjukkan lah aku jalan yang benar . aku yakin dia boleh membimbing mana-mana wanita yang dapat mendampinginya kerana dia membimbing dirinya cukup sempurna .

Banyak lagi benda yang harus aku fikirkan bukan ini sahaja . Tetapi perkara ini menjadi ' Top Three ' di kotak pemikiranku . Aku dah tak mampu untuk ungkapkannya lagi ,ia sukar untuk mencari ' Ending ' . Yang aku tahu aku akan terus hadapinya sampai aku tahu kesudahannya , semua itu kuasa dan takdir Tuhan , Aku hanya dapat berdoa dan berserah . Berusaha ? tiada benda yang aku perlu usahakan melainkan tidak terlalu fikirkannya .


Cancel .. Cancel .. Go away Gone ! 

Pergilah engkau ...
Aku tahu ada yang lebih malang dariku 

Created Arina
Comments
6 Comments

6 comments:

  1. apa yg telah berlalu itu memori sebenarnya..kemanisannya adalah pelangi kita namun pahitnya adalah panduan dan pedoman..untuk melepaskan sesuatu kita mesti redha..untuk menerima sesuatu juga harus redha..redhalah dan berlapang dadalah segala kegusaran itu pasti ketemu hujung lorong ketenangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup redha , insha allah lepasni arina lebih redha dan pasrah kepergian semua ini ,walaupun pelangi itu indah tp , .... huallahu alam ... Tuhan lebih tahu segalanya

      Delete
  2. jangan sedih2.. =(

    jom singgah blog teman n klik2 jom.. =) salam kenal yea..

    http://tengkubutang.blogspot.com/2013/03/jom-main-kelik2-nak-u-kelik-i-i-kelik-u.html

    ReplyDelete
  3. don't be sad k..la tahzan..
    join segmen ini jika anda inginkan hadiah menarik seperti design template free,bookmark design oleh BISMI ARTZWORK STUDIO,blog review setiap masa dan,bloglist,apa tunggu lagi..moh ler join sekarang !!
    http://penaislam2u.blogspot.com/2013/03/segmen-jalan-maya-dan-tambah-followers.html

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan Arina dah join =D

    ReplyDelete
  5. tenkubutang dah join =)

    Pena islam thanks =) I hope after this I will more strong with another challenger come on my life, pray for me =)

    ReplyDelete

Awk tinggalkan lah comment
saia cyg awk kalau awk comment
piece (Yo)~