✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Monday 24 December 2012

Bercuti di pulau langkawi (Part 1)

Bismilahirahmanirahim . Assalamualaikum semua . =) apa khabar semua ? sihat ? =) ok Arina nak story pengalaman baru2 ni bercuti dekat Pulau Langkawi , Kedah . Hampa semua pernah pi tak ? haha lorat dah keluar dah hehe . Arina happy sangat dapat bercuti dekat sana walaupun sekejap je . Lain kali nak pergi biar lama sikit . Arina pergi just 3 hari 2 malam . Naik bas Shamisha Express , planning sebenarnya nak naik kereta api nak tempah tiket semua dah penuh . So , terpaksa lah naik bas , sekali sekala best juga . Nak fly ? erm takpelah tunggu Arina kawin dengan anak dato' bukan anak atuk ea hehe . Masuk sekali tidur dalam bas dekat seminggu lah hehe , Arina bertolak hari isnin sampai rumah siang jumaat . Ok ni first time Arina pergi utara jauh tak , Johor - Kedah ?  

Arina dengan family berkumpul dekat Pusat Bandar Pasir Gudang sebab kiteorang penumpang pertama tapi adalah jugak dua tiga orang lagi . Bas ni dia banyak berenti contoh first desti pusat bandar tu pasuh break sekejap dekat Larkin pasuh dekat mana entah Arina tak perasan sangat . Desti yang terakhir dekat Larkin tulah . Arina akan berenti dekat Kuala Perlis tapi , seksa lah kena hantar penumpang yang lain dekat KL , Butterworth , Alor Star , Changlun , area2 sana dan last K.Perlis . So , Arina penumpang pertama dan terakhirlah haha sabar jelah .


Serious ok dalam bas ni sejuk sangat . First2 Kak Long dah dapat msg , dia cakap nanti dalam bas sejuk giler ! kenalah bawa sweater haha . Arina duduk dekat tingkat bawah . First kiteorang bucking tingkat atas , lepastu bas yang sepatutnya Arina naik aircond dia rosak , lah2 nak bas ni tingkat bawah . Memang tragedi tragedis lah time ni . Masa dekat Larkin tengah duk tunggu penumpang masuk tetiba ada satu family ni tau , memang kecoh saat ni . Kan Arina cakap sepatutnya Arina tingkat atas pasuh tetiba dapat bawahkan sebab nombor dalam ticket tu dah ditetapkan , yang family ni dia tak puas hati sebab dia tempah tempat duduk bawah sebab makbapak dia rasanya dah tua , yang mak dia tu sakit kaki dan macam2 sakit takkan nak naik tangga duduk dekat ataskan . Pasuh kecohlah Arina dengan family mana leh pisah takkan Arina dengan family nak duduk atas sebab masa tu , hati kiteorang memang tak sedap nak duduk atas , lagi2 Umie Arina .

Tempat duduk dekat bawah tu semuanya ada 13 so , memang cukup2 family Arina 8 orang dia 5 orang . Dia nak balik Butterworth dari Tiram . Satu family kecoh dengan lorat utara nah haha . Biasalah semua dah puas hati desti pun dijalankan . Serious Arina tak tidur pun dalam bas sambil tu makan gula2 jajan2 main msg dengan Shafie ( kalau tak sebut nama nanti ada budak perasaan pula) . Maybe dalam 12 tengah malam gitu tetiba tayar bas belah kanan meletup ! Berderau jantung ni dibuatnya . Patutlah feel semacam jekan . Melayang2 bas tu dah dekat dengan gaung ! memang seram lah !

Sengal yang bawak bas tu lain kali check lah dulu bas ni , ni main lejan je . Kalau dibuatnya excident masa uh tak ke sasau tak dapat pi Langkawi hehe . Serious time tu memang istigfar banyak2 memang berserah je kepada Allah . Macam nak nangis pun ada . Tak sampai beberapa minit dia bawa slow2 depan tu ada tol nak masuk Melaka . So , dia berenti dekat dpean tol tu pasuh dia panggil orang workshop ke benda entah dibuat untuk betulkan tayar . Serious Arina tepon Pie cerita beria2 dengan dia haha lah dia care rupanya hehe [senyum malu]*

Dari pukul 12 sampai pukul 4.30 pagi . Ishh ! memang bazir masa dekat situ lah . Time dorang tengah betulkan tulah Arina ambil kesempatan tidur , tu pun tidur2 ayam . Lepas pukul 4 lebih tu barulah bas tu leh jalan . Tapi , tengah jalan tu  sampai dekat simpang tetiba bas tu bergoncang katanya tayar senget . Alahai , macam2 ujian . Then , dengan keadaan macam tu dorang main jalan je . Bawak laju pulak tu . Ishhh memang lah sampai Arina jerit " Abg ! bawa bas slow2 boleh tak ? " . Tu pun tak dengar bahasa . Tak sangka Arina dah terlelap , bangun2 tengok jam pukul 6 lebih nak dekat pukul 7 . Masa tu baru sampai penang perlis gitulah . 

Bila dah sampai je Kuala Perlis . Wah ! semua ceria balik bila nak nampak signboard Ferry ke Pulau Langkawi =) Time tu sampai dalam pukul 12 tengah hari gitulah . Semua bawa beg2 baju dengan jalan yang pantas sebab perut semua dah lapar ! hehe ferry gerak dalam pukul dua gitu . Lepas je makan pergi tempat tunggu ferry . 

Berebut2 nak naik ferry ni takut tempat duduk takde , rupanya tempat duduk dah disediakan ikut nombor dalam ticket . maklumlah first time naik ferry ni . Seronok dalam ferry ni sejuk ada aircond lagi . tempat duduk pun selesa =)
Jangan disangka air yang tenang tiada buaya hehe . tenang jekan tengok laut2 semua =) Masa tengah usyuk tengok laut ni tetiba nampak dolfin gitu tengah main lompat2 , siapa yang duduk sebelah tingkat tu memang riuh lah . hehe yang duduk sit tengah diam2 je hehe . 

Pasuh lalu dekat pulau2 tasik2 yang famous Pulau Duyung Bunting lah aishhh ! macam lah dekat situ memang best sangat =) Arina memang jenis orang yang sukakan air haha sebab Arina ketegori Air hehe . tenang je =) Ah kalau nak tenang mai pergi laut hehe

Bila dah sampai je dekat jeti langkawi tu . wah ! berdebar2 . Lagi2 bila nampak mall dia tu hehe . Masa tu dah penat samapi pun dah petang . Sebelum tu dah bucking homestay so , ada orang homestay tu ambik dekat jeti dan terus balik homestay dekat Teluk Yu . Homesaty tu nama dia Homestay Rabiatul Adawiyah . Berbaloi lah siap ada package dapat kete sewa sekali . So , maknanya rumah dengan ketera sebijik , kereta inova .
Peralatan rumah semua disediakan , memang selesa lah setiap bilik ada aircond yang sangat sejuk hehe . ni pic time nak balik sebenarnya =) Bila dah sampai rumah ni je semua pergi mandi sebab satu hari tak mandi pasuh solat . Pasal satu hari tak mandilah Jerawat pun tumbuh erm . Pasuh malam tu keluar sekejap je just beli barang sikit . So , takdelah tempat yang menarik cuma dekat sana banyak Mall Shopping2 hehe =)

Part 2
Comments
3 Comments

3 comments:

  1. wah bestnya..kak reena yg stay alor setar ni pown blom pernah jejak lg langkawi..=..="

    ReplyDelete
  2. seronoknya la hai..nak sangat pergi la..maybe oneday dengan family sekali..

    ReplyDelete

Awk tinggalkan lah comment
saia cyg awk kalau awk comment
piece (Yo)~