✿Pesanan Arina✿
Salam semua , Kalau dah follow bagitau dekat shoutbox ok , senang Arina nak follow balik Tq , syg kamu semua :)

KLIK IKLAN DIATAS UNTUK JOIN/INFO. MANA TAU NASIB EMPUNYA BADAN =D

Tuesday 19 March 2013

Mukminah Mujahidah

Hi semua =D
apa khabar semua ? sihat tak ? moga sihat dan ceria selalu =)
 
Harini tetiba Arina nak share sesuatu kepada semua , nak tahu apa dia ?

Mukminah Mujahidah Arina suka sangat nama tu , sampaikan Arina pernah letak dalam nama Facebook . makna Mukminah mujahidah ? Mukminah tu dia macam dah di perempuankan haha kata asal dia Mukmin , Mujahidah pula kata asal dia Mujahid Daripada Fudhalah bin Ubaid r.a. Nabi s.a.w bersabda: "Mujahid itu ialah orang yang berjihad melawan nafsunya kerana Allah"(riwayat at-Tarmizi dan Ibn Hibban) . 

In Sha Allah bila kita ada niat baik untuk lebih dekat ke jalan Allah , Allah akan permudahkan jalan tersebut , Mudahan kita selalu ingat yang kita adalah milik Allah dan Dia lah Tuhan kita yang Esa dan Maha Berkuasa , In Sha Allah , Amin Ya Rob .

muslimah, auratmu mahkotamu, maruahmu. Jagalah ia sebaik mungkin..


KESALAHAN KETARA WANITA SEKARANG..

#1 Pakai tudung tapi nampak rambut (tak pakai anak tudung)

#2 Pakai tudung tapi pakai legging (ketat)

#3 Pakai tudung tapi baju pendek (tak tutup pinggul)

#4 Pakai tudung tapi baju jarang (tak pakai inner)

#5 Pakai tudung almost perfect tapi nampak kaki (tak pakai stoking)

#6 Pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek/lengan tiga suku

#7 Pakai tudung tapi tak tutup dada (common problem)

#8 Pakai tudung tapi nampak leher (sebab nak tunjuk perhiasan)

#9 Pakai tudung tapi sanggul tinggi (macam bonggol unta)

#10 Pakai tudung tapi ber-make-up tebal (tabarruj)



Berubah dan Bertaubat lah kita sebelum terlambat 
Jika kita nak berubah jangan tunggu lama2 kerana takut peluang yang ada dah di ambik orang (tak kesempatan) .
Jadilah hamba Allah yang ikhlas bersamaNya =)
Sama2lah kita sedekahkan surah Al-Fatihah untuk diri sendiriagar menjadi lebih baik dari sebelum ini , Amin =) 
Comments
3 Comments

3 comments:

  1. mukminah tu maksudnya, perempuan-2 yg beriman. tak suma muslimah itu mukminah dan sanggup utk bermujahidah. beruntunglah muslimah itu jika mukminah dan mujahidah dapat dicapai dengan tangannya sendiri tanpa ada rasa terpaksa. :)

    ReplyDelete
  2. nice sharing la dik arina..betullah..menjaga aurat bukan sekadar berpakaian labuh dan longgar saja..malah banyak lagi faktor yang perlu diambil kira..kadangkala yang kita rasa kecil itulah yang besar dan berat hukumnya..kalau niat kita baik,,insyaAllah Allah akan sentiasa pandu kita ke arah kebaikkan..cuma kita kena bijak menilai dan berfikir kerana kadangkala ada campur tangan syaitan dan iblis..

    ReplyDelete
  3. Tabah dan sabar menghadapi ujian , setiap perkara baik yang kita lakukan pasti ada ujiannya , insyallah kita akan jadi hamba Allah yang sentiasa redha dengan apa adanya =)

    ReplyDelete

Awk tinggalkan lah comment
saia cyg awk kalau awk comment
piece (Yo)~